CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 15, 2011

Majlis Kahwin - aku tak pernah alami. tapi banyak dah pengajaran yang aku pelajari.

Assalamualaikum

Aku tau bulan Jun ni banyak jemputan walimatulurus. Kawan2 aku pun ramai yang kawen bulan Jun ni. Tahniah aku ucapkan sebab ada yang dah lama bercinta akhirnya bersama juga. Ada juga yang baru kenal dah bersatu. Alhamdulillah. Semoga kekal ke akhir hayat. Kalau cakap pasal majlis kahwin ni memang la isi kandungannya gembira belaka. Tapi hakikatnya tak semuanya sempurna. Mesti ada cacat cela. Mesti ada yang kurang sempurna, biasa la.. Setiap yang kurang itu kan datang dari kita. Hanya Allah saja yang sempurna, so jangan lah mengharapkan kesempurnaan dari manusia.

Bagi pihak sedara mara terdekat aku, dah lama takde buat majlis kahwin ni. Paling baru aku hadir majlis kawen ( bukan dtg mkn semata, tlg menyibuk sekali ) pun masa abang Ifah kawen sabtu lepas. Takde la lama mana pun aku tolong2.. Tolong tgk je lebih. Bagi pandangan mata aku segala2nya sempurna. Takde yang kurang pun, kecuali katering dia mmg lambat buat kerja. Lain2 semuanya okay je. Tapi bila jumpa Ifah malam tadi ( dh lama tak buat sesi luahan perasaan ) baru aku tau.. Bukan semuanya sempurna sampai aku pun terkejut.

Bila dah jadi mcm ni, aku dengan Ifah terfikir apa sebenarnya niat orang yang hadir ke majlis kenduri kahwin ( walimatulurus ) ni eh? Benda ni buat kitorg terfikir bila ada sorang perempuan agak berang bila lauk habis. Berkali2 perempuan tu tekankan yang lauk tak di refill. Apa salahnya kalau dia cakap baik2. ' adik, lauk lambat lagi ke nak refill? ' takpayah lah nak tinggika suara dan berlagak datin tak siap. Siap bagitahu dia dapat lauk sikit je. Apakah?? Dengan pakaian dia yang bajet datin ( kira banyak duit la tu kan? ) apa la kau kisah sangat dapat lauk sikit? Macam pelahap sangat ( ayat Ifah ) apahal. Takat lauk kenduri pun kau hadap sangat ke. Kita kena la beringat dan pesan pada diri sendiri.. Kita datang majlis kenduri kahwin bukan datang kelaparan. Kita datang atas undangan, apa yang dijamu itulah kita makan. Kalau sikit makanan, terima jelah seadanya. Kenapa nak demand macam kau pergi Karnival Makanan Malaysia?

Aku faham ada yang cakap ' dah nama pun kenduri kawen, mesti la ada makan2. tuan rumah kena la sediakan makanan secukupnya, sedap2, elok2 '. Ya, betul. Ada ke tuan rumah saja2 nak hidang makanan cincai2 mcm bagi kucing makan? Takdenya. Tapi kalau kita hadir ke majlis orang dengan niat ikhlas bukan sebab nak hadap sangat nasik minyak, takkan timbul isu ' lauk tak sedap' 'lauk tak cukup' atau 'aku dpt kaki ayam je..apahal'. Datang sebab diundang, makan bila dijemput. Bila makanan dah masuk dalam perut, jangan la banyak bunyik pulak lepas tu.

Sebolehnya utama kan bab makanan. Sebab tetamu yang datang pun memang untuk dijamu dengan makanan. Tapi bila lauk tak cukup, katering mcm hampeh ( sebab murah ) kita check la balik.. Apa punca jadi mcm tu. Mungkin kita letak kan bab makanan tu yang last. Sebab bab pelamin, karoke, photographer, kompang, silat tu jadi benda utama. Bila bajet dah lari bab makan kita buat ala kadar. Cuba check balik maksud walimatulurus tu apa. Banyak sangat yang dah menyimpang jauh.

Teringat dulu masa kenduri kawen kawan baik aku dulu.. Sorang kawan yang semeja dengan aku tegur. Dia bandingkan majlis keturunan dia dengan kawan aku yang tengah kawen tu. Kalau kau rasa majlis keturunan kau lagi bagus, kenapa kau tak mintak keturunan kau tolong apa yang patut kat kenduri kawan aku tu? Cakap je lebih kan. Nikah kahwin ni ikut agama. Bukan adat. Apa la mangkuk sangat kawan aku yang komplen tu aku pun tak faham. Sambil makan sambil komplen. Elok la tu. Nasik orang kau suap ke mulut. Sambil tu kau mengata. Malu okay.

Ni bukan teringat, tapi memang aku ingat makcik sorang ni. Kawan aku kawen, makcik ni datang. Lepas seminggu makcik ni tegur pasal kenduri kawen kawan aku ni. Katanya ' nape nasik putih kan.. kita nak makan nasik minyak. kenduri kawen kena la nasik minyak.. tak best la nasik putih kan ' Kau pergi kenduri orang ke pergi restoren makcik? Kemain lagi kau mintak.. Dah tu yang tuan rumah bagi, makan jelah. Eh, lupa. Dah makan dah pun. Dah seminggu nasik tu dalam perut dia. Boleh dia mengumpat. Apahal jelah kau ni makcik. Datang majlis orang niat kena ikhlas. Bukan mengharap ada chicken chop makcik!

Banyak lagi kalau nak tulis pasal orang tak reti bersyukur dan ikhlas ni. Kesian pun ada. Apa la diorg ni. Esok kau buat kenduri tau la cukup kakitangan ke tidak, cukup lauk ke tidak.. Bila baca blog Mantot, tersenyum sorang2. Apa yang dia tulis sebagai seorang yang dah berpengalaman dalam hal kahwin ni rasa ada baiknya dia bentangkan kat parlimen.



Encik Sood said... Penguin, bersanding hukumnya haram. No leeway about that.
Berinai tak haram, tapi kalau dah macam nak meraikan Deepavali, makanya jadi haram.
Hantaran tak haram, tapi bila dah masuk bab letak harga, menyusahkan, bila barang atas dulang tu kena barang kaw2, boleh menghampiri haram sebab mungkin menghalang orang nak nikah (simpan duit punya pasal). Konsep nikah kita nak selamatkan orang dari buat dosa. Bukan halang dia nikah.
Bersanding bukan menda asing. Itu adat yang datuk moyang kita zaman tak masuk Islam lagi buat.
Kalau betul nak moving forward, xyah buat adat2 ni, kita buat SISWI aje. pastu buat kenduri untuk maklumkan yang kita dah bernikah. Aku cakap best je, tapi dalam kes aku ni aku cuba sekadar aku mampu. sebab menda ni melibatkan sedara mara. boleh bergaduh sebab hal sekecik door gift. entahlah.  June 14, 2011 12:11:00 PM GMT+08:00

AkuTakSukePublisiti said... Encik sood..
part pasal hal kecik doorgift pn leh gado..mang xdnafikan..hahahahahaha..
nk glam sgt..last2,famly2 gak sush payah terkial2 nk siapkn doorgift last minit.. June 14, 2011 12:20:00 PM GMT+08:00

and bese nye aku tgk, yg POMPUAN TU YG NK MACAM2 n besenye org suke masuk cmpur tangan ikut POMPUAN tu la, haiya bab halal haram ni yg mane nyata HARAM jgn buat, yg HARUS bole dibuat tp kene jage jgn bg smpy jd HARAM
aku paling xsuke ORANG BERHUTANG untuk buat majlis kawen, skali seumur hidup alasannye nikmat kawen ialah hidup bersama selamanya tp demi NIKMAT SEHARIAN tu, pegi SACRIFICE NIKMAT MASE AKAN DATANG, bengong tol biaq p org ckp ape psl majlis korng nnti ko susah berhutang, BUKAN DIORNG Y NK TOLONG BAYAR HUTANG KO sat g DIORNG GAK YG CAKAP MASE NK KAWEN XINGT DUNIA SAMPAI BERHUTANG mulut org bai, kite xbole kawal, even kite buat grand cane pn, komfem ade bunyi sane sini so majlis kite, biar kite yg tntukan

-BERUANG-

Yang lain2 aku tak larat nak baca and copy kat sini. Silalah ke blog Mantot eh. Harapan aku cuma satu.. Simpan puluh ribu tapi buat seIslam yang boleh. Duit lebih buat belanja rumah baru ngan have fun laki bini sampai lebam. Entri ni takde niat nak paksa2 orang ikut cara kita. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Duit bukan senang nak carik, nak puaskan hati semua orang adalah mustahil. Biarlah orang nak kata apa, janji kita bahagia.



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)

Tata!

No comments: