CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 21, 2011

Nasib baik jadi. Kalau tak jadi? Malu aku.

Assalamualaikum

Macam entri baru2 ni aku kutuk diri sendiri sebab tak reti masak kan. Entri kali ni nak puji diri sendiri lak. Okay, sila baca senyap2. Jangan bising2. Ya,ya.. Aku tau benda baik perlu dihebahkan. Tapi bab aku pandai buat kek ni takyah lah nak hebah sangat. Kita2 jelah ya.

Sabtu lepas membeli belah kat kedai menjual segala macam bahan untuk membuat kek dan seangkatan dengannya. Macam point asal iaitu ketidakpandaian aku tentang bab memasak, menjadikan bila aku masuk dalam kedai tu aku agak kehutanan sikit. Ala macam kera dapat bunga. Ke sana, ke sini. Apahal. Pegang tu, pegang ni. Nak itu, nak ini. Serabut okay. Leha buat cool. Sebab dia dah pernah buat kek coklat resepi orang. Ahkak kau ni tak pernah kan, tu berlari2 sana sini dalam kedai tu. Ah, aku dulik apa. Tetiba rasa nak suruh ayah aku bukak kedai bahan kek jugak lak. Senang sikit aku nak kaut je apa aku nak kan.

Dah puas berkeliling tujuh kali, puas hati aku dapat amek apa yang patut dan yang tak patut. Benda tak perlu pun aku nak amek. Nasib baik duit bayak berapa helai je. Kalau ratus helai? Itu pun Leha mintak itu mintak ini. Sampai pisau potong kek hari jadi pun dia nak amek. Apa dapur rumah kau dah takde pisau? Pisau tu jugak yang kau nak. Suka sangat kopak kan kakak kau kan.

Bakul penuh. Berat. Seberat poket aku jugak. Lebih rm50 kang, aku gadaikan je si Leha tu. Kira,kira nasib baik cashier tu mintak rm47.30 sahaja. Lebih rm3 simpan dalam tabung elok2. Untuk masa depan. Hari ahad start buat. Eh, beli bahan hari sabtu. Tapi start membuat hari ahad? Pemalas. Macam tu la. Ahad pulak dah pukul 7 malam baru mula. Maghrib kau? Kelam kabut.


*nak masukkan gambar. lupa. gambar dah transfer kat PC aku. ni bukan PC aku. ni PC zul*

update 4.31pm




Gambar aku takleh letak. Berlari sana sini. Agak serabut gayanya.


Akhirnya siap gak kek coklat, Puding Roti dengan Puding Trifle kitorg. Ya, agak jahaman dapur rumah kitorg. Tapi nasib baik ibu kitorg takde. Kalau ada? Memang terbantut kek dengan pusding kitorg. Err, ibu aku tak reti baca blog. Nasib baik.

Gambar kek dengan puding takyah letak lah. Janji sedap. Siyes. Sedap. Betul. Aku tak tipu sebab Yana makan puding trifle aku sampai tambah2 pastu siap spray Whipping Cream melampau2 mengalahkan tuan rumah. Lepas ni kalau kau beli Ice blended, whipping cream dia sikit, kau datang rumah akak. Akak spray kan whipping cream untuk kau. Skali tekan 50sen. Kek coklat? Sambil iron baju kerja malam tadi sambil makan kek coklat sendiri buat. Sadis tak? Bukan sedap sangat. Tapi lapar sangat. Lepas ni benda alah apa lak kau nak try Leha? Tapi poket kau lak eh..





Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!


2 comments:

chu-E said...

cet cerempet update blog gune pc aku! bak sini seslice kek terbabit! kalo dh abis sile buat semula khas tuk aku! mua ha ha ha

Cik Tata said...

dah habis dalam tempoh kurang 24jam la weih..huhuhu..aku akan buat semula asap.. ;)