CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20, 2011

Rojak : Entri malas oleh si pemalas

Assalamualaikum

Tajuk memang macam har**. Aku tau. Yang penting aku bukan nak cerita pasal rojak buah, rojak mee atau pun rojak pasembor. Tak kuasa. Entri kali ni versi rojak. Atau bahasa modennya versi campur segala macam bagi kerja aku senang. Alasan pertama apahal aku malas nak update entri tak macam sebelum2 ni gila rajin.. Pasal suar dalam pun kau nak cerita kan. Sebabnya takde mood ah nak menaip. Alasan kedua adalah sebab malas. Hari ni makan nasik dua kali. Macam mana kau tak malas kan? Kau tu orang Selangor Darul Ehsan.. Nenek kau tak ajar kau makan nasik pagi2. Yang kau bajet orang Kelantan Darul Naim tu sape suruh.. Makan nasik lauk rendang ayam kul 10 pagi apahal? Dah orang paksa aku makan.. Takkan aku nak bergaduh kat pantri cakap aku taknak makan. Kang orang cakap ' diet la tu '. Maaf. Istilah diet belum wujud dalam hidup aku. Ngeh Ngeh!

Pastu pukul 1 tengahari nasik lagi. Perut aku jenis bocor kan.. Tu malas tu. Kerja pun aku taip sikit. Selak2 je lebih. Nasib baik esok aku tak kena g Shah Alam jadi peneman boss aku. Kalau tak memang menaip la aku malam ni. Bila dah malas sebab terlebih makan nasik tambah lak dengan takde mood, jadinya entri aku ni mcm sampah lah eh. Takpe2.

Sebelum aku mengarut panjang2 baik aku cakap awal2.. Apa susah naw nak bagi orang lelaki ni paham? Apa banyak sangat ke debu2 tersumbat ke kat telinga diorg tu? Ke wayar dari telinga dah tercabut dari plug kat otak? Tu pasal tak connect. Susah nak dengar dan faham. Ish! Dah la tu, cakap lak bukan leh panjang2. Cakap panjang2 kang sepatah dua je diorg paham. Yang lagi patah2 tu memang tercicir la. Takdenya diorg nak kutip. Kita cakap panjang2 bagi diorg paham. Macam pemahaman. Boleh kau jawab Ya dengan Tidak? Kalau tak penuh dua baris ayat jangan harap dapat markah penuh. Sebab tu la nama dia pemahaman. Nak bagi kau paham. Paham?
Orang perempuan anggap itu pemahaman.
Orang lelaki anggap itu bebelan.
Haishhhhhhhhhh!!!!!

Lagi satu aku suka bila seorang perempuan mem'blog'kan diri dia dengan cara paling sempoi tanpa perlu memperjuangkan barang2 mewah, kecantikan tak abadi dan keayuan masing2. Sopan itu penting. Aku tau. Tapi bukan bajet ayu raudhah. Bila layan blog perempuan ayu raudhah ni buat jiwa rasa ' untungnya diaaaa.. bf kaya, bf hensem, keta besar, baju lawa2, kasut byk kau, tudung beribu helai, joli2 katak ' Tapi bila layan blog perempuan sempoi buat jiwa rasa ' cayalah dia ni..jujur seadanya, kau selamber tapi kau buat orang ketawa ' Banyak jasa dia kan untuk jiwa2 kosong mcm aku. Hahaha! Jadi aku pilih blog perempuan selamber mcm mereka :  Tijah, Kak SendukKak Jumie, Ahkak Geli Adik Pandai Manipulasi Bahasa. Diorang tak berselindung dari jubah ayu diorg. Diorg nampak tak senonoh tapi diorg buat jiwa ketawa masa membaca.

Sebelum lagi mengarut, baik aku stop menaip sekarang. Aku tulis entri bukan nak ramai follower, tapi aku memang suka menulis dari dulu sampai ke tua. Nak selamatkan pokok2 aku kena la guna keyboard sebagai alternatif bagi menyelamatkan pokok dari kena tebang untuk dijadikan kertas untuk aku tulis2. Kan bazir. Taip kat keyboard tak menjadikan pokok2 sebagai mangsa. Dah la suruh kitar semula kertas takmau. Susah!



p/s : entri tak puas hati apahal wayar telinga tercabut dari plug otak takde kena mengena dgn En Gaban. Sebab En Gaban dah sah2 robot buatan. Dia kena diarahkan. Kalau tak.. Mati la kau kat situ dia buat taktau. Ahaks!!



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!


No comments: