CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 13, 2011

Tak pernah main bowling. Tapi boleh menang besar pulak.

Assalamualaikum

Kalau entri si merah jambu aku pening dengan kaler pink, kali ni korang pening lak dengan kaler kuning eh..
Ahad ( semalam ), En Gaban ada tournament bowling.. Dua minggu sebelum tournament En Gaban sibuk risau.. Tak reti main, tak pernah main.. Tanya aku mcm2.. Aku pun pernah main 2x je seumur hidup lagi mau tanya aku kan.. Ke longkang la jawabnya..

So En Gaban dan rakan2 pergilah menuntut ilmu, ada la 2x berlatih.. Baling bola batu tu ntah mcm mana ntah kan En Gaban.. Baling jelah kannn.. Oh sebelum tu, dengan aku sekali kena pakai baju kaler kuning. Mana la aku ada baju kaler kuning.. Baju  kurung kaler kuning ada la.. Dah tu lepas tgk KLG singgah Danau Kota jap carik baju kaler kuning. Aku taktau la apa la yg merasuk En Gaban gigih sgt nak aku pakai baju kaler kuning. Aku dah kata takmau.. Dia nak jugak.. Lantak lah labu.. Berkeliling kami cari baju kaler kuning. Susahnya nak jumpa.. Last2 aku dah fed-up En Gaban suruh aku pakai jersi.. Jadahnya.. Bukan nak support dia main bola.. Minit2 terakhir sebelum aku menangis sebab letih tgk KLG pastu kena carik baju kaler kuning lak akhirnya jumpa sehelai.. Aku dah taknak pk pape dah.. Kalau En Gaban setuju ( sebab duit dia ) aku hambek je.. Akhirnya pulang jugak aku dengan sehelai baju kaler kuning. Cissss..

Bila tiba hari tournament diorg dok tanya apahal aku pakai baju kaler kuning.. ' Gaban paksa ' hahahaha.. Ayat mudah.. Yelah2.. Aku pakai sebab aku nak support En Gaban yang tak reti main tu.. Support la sikit walaupun aku rasa mcm sedikit Hindraf. Erkkk!
Bersediakah anda untuk meng'kuning'kan bijik mata seperti gambar di bawah?


Time ni baru nak warm up tekan button snap.. Dah kena marah.. Hahaha
'woi gaban, nak bercinta pulakkk..pergi daftar nama cepat..'
Bukan bercinta la.. Bergambar. Hahaha

Are you ready??
On
Your
Mark
.
.
Get
.
.
Set
.
.
Go!!!





Apanya? Pic En Gaban main bowling mcm hampeh je pun.. Jom kutuk En Gaban.. Yeahhh..







Gaya seorang pengalah (.........................)


En Abg Azam a.k.a Big Boss tak puas hati.
'apahal Ban, kau boleh strike tak? carik Ban, carik..'
'yang abg asyik masuk longkang apa citer..'


Rehat jap. Kata nak jadi mcm Aaron Aziz. Yang lembik sgt ni apahal..

Game pertama En Gaban langsung tak menunjukkan prestasi yang bagus mcm masa menuntut ilmu aritu.
Pastu aku lak kena marah dengan En Abg Azam..
'kau jangan kacau dik..'
Aku pulak.. Mana ada kacau.. Aku memberi kata2 perangsang la..
En Gaban la.. ada je benda nak cerita kat aku.. Bila aku layan dia En Abg Azam marah aku..
'adik,jangan kacau..' Aku lagi.. Bengang okay.. Aku buat muka majuk. 'kau nak tot tet tot tet jap lagi eh..'
Hampeh!


Katanya shuffle. Tapi apahal aku tgk mcm tarian kuda kepang?
Adakah En Gaban konfius antara Shuffle dgn Kuda Kepang??


Minum jappp.. Minum berdiri. Kurang sopan.


Layan nuget jap.
'elok ta niaga nuget dgn fries kat sini..'
A'ah.. Aku bawak utk En Gaban tapi ramai pulak yg join.. Nasib baik mmg bawak lebih.. Haha


Aku tanya dia ' apa benda tu?'
' 10. Strike '
Hampeh.


Kau tengok.. Dia yang main.. Tapi apahal rambut aku yang serabai?
Macam orang kalah judi.

Nama sebenar Iqhwan. Tapi nama perasan Noh Hujan. Boleh? Geli okayy..
Tapi En Gaban panggil dia Justin Bibir. Tu pasal aku tunjuk bibir dia. Tahan gelak. Tahan.


Tengok. Takleh blah dengan gaya hero angkasa (gaban) dia tu. Mcm orang cacat dah aku tgk.
Yang ni group En Gaban menang tempat ketiga!! Yayyy.. Dapat pingat dan duit. Pakcik kayo!


Yang dua orang ni ahli kumpulan En Gaban. Tgh excited sebab tak sangka menang. Aku tgk En Gaban kat belakang tu mcm budak tadika nak amek hadiah.


Kumpulan 8. Tempat ketiga. Sorang rm40. Boleh sesangat..


Ya.. Saya tahu kamu lapar.. Sabar sikit ya..


Dan.. Aku pun nak jugak.. Penat okay aku bg sokongan moral sambil mkn nuget. Errr..
'dari tadi asyik suap tak benti b tgk..'
'ala..cakap la nak..'
Sumbat nuget dalam mulut dia bg dia senyap. Haha
Penat kan? Harus la posing jap dgn pingat.


Okay, yang ni lah guru masa menuntut ilmu aritu.. Wakil Malaysia ke sukan Olimpik. Lupa lak nak tanya nama akak ni.. Sebab akak ni la En Gaban menang.. Kalau tak.. Takde la kan..


Yang pin bowling tu En Gaban menang tempat ketiga bagi jatuhan pin paling banyak bagi kategori lelaki. Dan dapat duit lagi. Masa ni memang aku sayang En Gaban lebih. Wahhh hahahaaa..
Noh, kau tepi sikit.


Nak jugak..


Yang kuning tu bukan gf En Gaban walaupun diorg sama kaler. Ni kat sini ni baru gf En Gaban. Ooppss..

En Gaban tak pernah tau pun main bowling.. Tapi boleh menang besar lak kan..
Cayalah En Gaban.
En Hafiz cakap 'kalau awek kau pakai kasut kuning, mesti kau juara Ban'
Err.. Kasut aku pun dia leh perasan ke kaler apa..
Bahaya.
En Gaban, hakikatnya anda menang adalah sebab saya pakai baju kaler kuning.
Sekian.




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)


Tata!

No comments: