CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2011

Tak reti masak tak boleh kahwin. Cancel merisik.

Assalamualaikum


Yang penting sekali aku nak bgtau yang aku memang tak pandai masak. Macam mana nak kawen kalau tak pandai masak ni? Tula masalah nya.. Sebab-sebab aku tak pandai masak salah satunya adalah malas. Hahaha.. Ya, malas. Aku dah biasa ibu aku yang masakkan. Hari minggu giliran ayah aku lak masak. Bila masa aku nak masak? Makan jelah kan.. Order saja. Cis! Tapi bila dah makin dewasa ( padahal tua ) ni nafsu untuk pegang sudip, senduk, kuali ni dah ada sikitsikit. Terhegeh2 lak tanya ' ibu, nak masak sambal ayam mcm mana? '

Aku awal2 lagi dah bgtau En Gaban yang aku tak pandai masak. Pastu dia cakap ' takpe kita makan luar je nanti '. Wahhh.. Untung lah weihh.. Makan luar setiap hari.. Halus tapak tangan aku sampai ke tua. Untung2. Kau ingat boleh? Jangan mimpi. Belum kawen boleh la ajak aku makan luar. Dah kawen kang tak pasal2 lak dia 'makan luar' aku makan pasir kat rumah. Nak taknak kena la belajar masak.

Dah jelas dan nyata, ' orang perempuan ni tinggi mana pun dia belajar, ke dapur jugak akhirnya '. Tapi bukan la kata2 tu suruh kita benti kerja pastu duduk kat dapur semata2. Maknanya aku, ya aku ni.. Kena la memasak jugak.. Masa zaman belajar dulu aku gtau Ifah ' mati la aku weih, aku tak reti masak '. Risau okay.. Dah la balik cuti semester membazir masa semata2. Tau2 lauk dah siap.

Kerisauan aku ni berlarutan sampai la aku dah keja ni. Risau tetap risau. Tapi takde lak nak berubah. Wahaha.. Cenggitu jugak aku tgk. Tapi sejak dua menjak ni ringan je tangan ni nak pegang apa yang patut kat dapur tu. En Gaban order saja. Wahh.. Dulu aku order kat ayah aku.. Skrg orang pulak order kat aku eh. Puncanya sejak En Gaban duduk bujang ( menyewa secara bujang ). Dinner dia aku buatkan. Dinner eh.. Atas persetujuan bersama aku masak kan makan malam untuk dia.

Memula aku takut2. Takut tak sedap tahap nak muntah. Aku try buat sambal bodoh2 je. Dah dia suka sgt sambal. Pelik aku. Pastu the next day dia mintak lagi. Eh.. Sedap la tu ( perasan sudah ). Sampai la ke hari ini. Bila balik keja je aku terus masak ( actually takde la terus masak. melepak kat meja mkn smapai mgrb dulu. amek mood katakan ), sebelum masak msg dia dulu tanya nak lauk apa mlm ni. Kang aku masak ikut tekak aku kang dia tak makan lak. Dah la dia tekak simple nak mati. Aku tekak demand ntah hape2. Mana nak ngam.

The 'best part' is.. Best part kat sini ialah tak best pun bila mak En Gaban akan tanya ' makchek masak lauk apa malam ni? '. Saya masak lauk simple, sambal bengong2 tahap boleh mendatangkan kebosanan sahaja makcik. Huhuhuhu. ' Makchek ' adalah panggilan untuk aku oleh mak En Gaban. Saya muda lagi.. Huhuhuhuhu.  Saya mohon ampun kalau saya masak mcm hampeh untuk En Gaban, sebab saya memang hampeh makcik. Huhuhu.. Lepas ni kena usaha lebih!!! ( T___T )

Walau apa pun pujian yang dilemparkan oleh En Gaban aku taknak terima sebab nanti aku bajet bagos. Hahaha.. Benda paling kelakar dalam hidup aku adalah bila aku google resepi masakan. What the H***............ Macam google benda salah pun ada aku rasa. Curik2 google. Malu kat orang. Kau google resepi masakan?? Apakah.. Tengok aku, sume aku tahu.. Cakap je kau nak lauk apa. Takyah google2. Ya,ya.. Kamu handal.. Aku hanya insan paling lemah bab masak. Nak buek camno. Huhuhu.. Ni pun En Gaban dah bagi soalan membunuh ' lauk tomyam tau masak? ' Kata tekak simple.. Nape mintak tomyam pulakkkk? Adoi, tukang masak Siam mana la aku nak carik nie.. Tolong la extend dulu nafsu nak tomyam tu ya.. Tunggu aku google dulu eh. Hahahaha!!

nah amek. tomyam la ni.. batal puasa aku kang.
sumber : pakcik google


Last perenggan untuk entri mengutuk diri sendiri ialah, big boss aku ( Pn Fikah ) bgtau, dia pun tak reti masak gak. Tapi bila dah kawen tetiba jadi reti masak lak. Betul ke ni Fikah oii.. Betul la kot. Sebab dulu kitorang datang rumah kau, kau masak meggi je untuk kitorg. Meggi tomyam. Kau ingat tak? Skrg kalau aku dtg rumah kau, kau leh masak nasik beriyani lak kot. Cayalah..







tetiba ada nota kaki lak kali ni........
p/s : kalau lelaki nak perempuan yang pandai masak, perempuan pun nak lelaki yang  boleh jadi imam kalau perempuan berusaha belajar memasak, lelaki pun berusahalah belajar jadi imam.






Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!

1 comment:

chu-E said...

weh start tomyam - kuib kan dh ade hihi , skang ni dh banyak yg instant uols , koyak, masuk, masak, tara siap!!