CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 14, 2011

Tips minggu orientasi ikut suka U

Assalamualaikum

Tetiba lak teringat zamanzaman belajar kat kampus dulu. Sebelum masuk kampus, cikgu Hal Ehwal Pelajar ada cakap ' zaman yang paling best sekali adalah zaman kampus ' ni kira katakata perangsang la utk kitorg student tingkatan 6 time tu. Perangsang ke? Haha

So bila dapat tawaran masuk U kelam kabut la prepare macam2 hal. Aku lak jenis kalau balik kampung pun nak bawak segala benda yang ada dalam bilik aku tu. Ni kan pulak nak ke Utara Tanah Melayu. Lagi la. Nak je aku angkut sekali almari baju aku tu. Lagilagi aku ni anak first, keterujaan dan kebengongan aku pun agak terserlah lah bila nak pack barang2. Bila dah lama kat U, pk2 balik terdetik lak hati ' apa jelah aku nak angkut segala mcm brg..mcm la kat sini takde kedai ' Last2 ada barang2 yang aku bawak dr rumah aku buang je sebab tak guna pun. Malah aku g beli yang baru ada la. Pembaziran.

Selalunya bila dah terjadi baru kita tahu apa patut kita buat kan.. Tapi nak buat mcm mana, segalanya dah terlambat pun.. Tapi.. Ada tapi lagi.. Belum terlambat bagi adikadik yang bakal nak masuk U termasuklah adik aku.. Ni kalau adik aku tak retireti gak, haruslah disalahkan kakaknya sebab tak mendidik adik sendiri. Aku lah tu.

Cadangan / tips ni aku tulis ikut kesesuaian aku je tau.. Pastu korang adjust la ikut kesesuaian masing2.
Korang kena tahu bahawa bila masuk IPTA mesti ada minggu orientasi. Minggu orientasi akan berlangsung selama seminggu je. Je. Tu pun dah azab. Bukan sebab kena buli. Tapi sebab tak cukup tido dan penat ke sana ke sini. Jadi korang kena prepare elok2 supaya minggu orientasi tak menjadi hari paling menyusahkan dan tertekan bagi korang eh.

Perkara paling penting adalah pakaian. Kalau boleh tu cari / guna pakaian yang senang di gosok. Seeloknya pakai jelah baju kurung jenis kain cotton. Tak payah lah pakai kain jenis silk.. Korang takkan ada masa yang cukup untuk menggosok baju selama 2jam. Kecuali korang memang rajin melampau. Aku tulis baju kurung sebab IPTA ni takde la boleh pakai jeans dan t-shirt sendat selalu okay.

Lepas tu kasut. Kalau dah tahu takkan ada orang yang akan dukung korang ke sana ke sini tak payah lah nak pakai heel masa hari orientasi. Aku dulu kena ke library untuk belajar sistem diorg, ingat naik bus ke? Jalan kaki okay. Lalu kat tepi tasik, naik bukit, turun bukit. Gila kan. Padahal selama 6 semester takde kuasa aku nak lalu tepi tasik, tgk burung2 berterbangan on the way nak ke library. Naik bus sudah. Lepas tu kena ke Dewan Utama U pulak.. Naik bukit mcm naik Batu Caves tanpa tangga. Rasa nak guna kereta kabel je. Tu tak kira lagi kakak2 fasi tunjukkan dewan kuliah. Sebijik kat sini, sebijik kat sana, sebijik kat atas bukit. Takde maknanya diorg nak angkut budak2 junior ni naik bus. Jalan la ramai2 mcm anak ayam. Jadi seeloknya pakai la kasut yang flat, ballerina supaya selesa.



Bawak iron sendiri. Sebab kalau nak pinjam tu boleh. Tapi lambat la. Macam aku dulu, ada je kawankawan yang tak bawak iron, boleh je bagi pinjam. Tapi kena tunggu giliran la.. Bayangkan setiap hari dalam minggu orientasi tido lewat. Pukul 12 tengah malam baru bersurai ( tu pun kalau habis awal ) lepas tu pukul 5am dah nak kena bangun. Tak sanggup dah nak tunggu giliran untuk gosok baju kan.

Bawak la makanan untuk mengalas perut time2 lapar tibatiba, mana la tahu.. Pengalaman aku dulu kedai yang jual barang2 keperluan selalunya tak cukup stok. Stok tak sampai lagi lah, stok habis lah.. Biasa la, minggu orientasi kan dibuat time cuti semester.. Mana la ada orang nak berniaga. Dah la setiap satu kolej penginapan ada satu je kedai. Nak g kedai kolej sebelah? Takde masa okay.. Masa amat terhad, nak menapak jauh pulak.

Cermin muka penting. Kang takde cermin dah senget tudung. Rambut pun tak brape nak centre.. Dah tak cun kan..

Baldi, penyapu, mop segala mcm benda tu tak payah lah bawak dari rumah. Nanti kat sana ada la orang jual. Tak pun lepas minggu orientasi korang g la shopping segala mcm tu. Duit PTPTN kan ado.

Lagi apa eh.. Haaa.. Kalau boleh.. Kalau la benda ni terjadi.. Kalau tak terjadi bagus la. Kalau boleh masa minggu orientasi tu tak payah lah korang gigih nak kemas kain baju korang bawak masuk almari bilik korang tu nanti. Jadi mcm kes aku, lepas minggu orientasi kitorg kena pindah kolej. Faham2 jela kan.. Mcm la diorg bg masa byk sgt walaupun diorg tau bagi 2jam pun kat kita still tak cukup. Tapi apa diorg pedulik kan.. Tak ke kelam kabut mcm lipas kudung kena sumbat balik segala kain baju aku masuk dlm beg.. Kawan aku siap dah sangkut kat hanger okay.. Hahaha. So hati2.

Lainlain jangan lupa bawak pakaian seperti yang diarahkan. Macam pelajar lelaki kena bawak baju melayu hitam siap sampin dan songkok. Pelajar perempuan kena bawak baju kurung biru. Ikut lah arahan yang diorg suruh. Kalau tertinggal memang tak tau lah jadi apa.. Kena mcm aku ni.. Rumah kat KL, U kat Kedah.. Takde la mak ayah aku nak hantar baju tertinggal.. Azab la sorang2.

So jangan tertinggal apa2 barang k. Buat la check list.. Benda penting jangan ditinggalkan. Angkut je semua. Kalau takat tertinggal selipar takpe. Kat sana ada kedai. Shopping la puas2 nnt.



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)





Tata!

No comments: