CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 20, 2011

Asam Pedas Claypot : apasal pedas sangat?

Assalamualaikum

Tengahari semalam sambil perut lapar, otak pun berlegar-legar la mikir apa benda yang best untuk dimakan. Tapi kan.. Memang best tau kawan dengan Chu E Zhul ni.. Bab makan bagi jela kat dia.. Setakat ni belum pernah lagi dia gagal memperkenalkan makanan2 terbaik untuk seisi tekak dan perut. Terima kasih ye Zhul atas kerjasama anda mengetatkan perut daku hampir setiap hari.
Pilihan kitorang tengahari semalam ( bajet JJCM la kan ) ialah Asam Pedas Claypot di Jalan Diplomatik, Putrajaya. Ikan Bakar Rubiah Suparman nya bila Zhul? Aku dah teringgat drama Naik Tangga Turun Tangga dah nie. Serius. Kau ingat? Haruslah kau ingat sebab kau lahir dulu dari aku kan.
Okayyyy.. Lupakan pasal Rubiah Suparman dulu. Siyes tengahari semalam aku makan sambil kepedasan. Dah lama tak makan makanan pedas mcm semalam. Ya, aku tau bagi kau takde pedas mana. Macam makan sos cili Mc'D je kan ( <----- ayat dituju utk Zhul ). Tapi tetap pedas bagi aku.



Sampai-sampai je kat Asam Pedas Claypot, terus capai menu. Menu tak semenggah okay. Tapi bak kata rakyat George W.Bush ' dont judge a book by its cover '. Yelah, menu dia agak lemau okay.. Jadi perasaan aku pun lemau la jugak bila nak meng'order'.


Kannnnn..


Ni page belakang.. Lemau gak..


Zhul & Ara
Part ni baru aku perasan.. Nama kedai ni Asam Pedas Claypot ke, Precinct the kopitiam?


Adik manis yang mengambil order.
Aku rasa nama kedai dia Precinct the kopitiam la. Awek ni pun pakai apron tulis mcm gitu..
Tak main la tulis atas memo pad ya.. Hoho!


Tenyummmmm.. Cikgu Seni dengan Cikgu Geografi.


Anak murid kepada dua orang cikgu di atas sana.


Tropicana


Mocha. Ni Mocha ke? Laaaa.. Aku ingat Milo Ice la weih.. Baik aku order  Tropicana.


Zhul cakap : kalau daun pisang ni aku leh makan, aku makan dah..
Aku faham dia lapar tahap kebuluran.


Asam pedas dalam Claypot. Sepotong ikan pari dengan dua potong terung.
Nampak mcm tak cukup kan? Hahaha.. Kelaparan sungguh kau ni.


Semua sama je. Tak payah nak berebut-rebut.


Tu terung tau. Aku ingatkan apa la memula tu.. Haha


Nampak je kecik kan? Ni la punca kepada aku hilang pedoman sebab pedas sangat.
Kalau En Gaban yang makan, harus aku sediakan sekotak tisu Premier untuk dia. Sekotak cukup ke?


Lepas dah kepedasan, kitorang order Gunung Kinabalu ni. Cendol Aiskrim.
Aku tak sukaaaa.. Huhuhu.. Sebab rasa santan dia kuat melampau.

Zhul satu, Ara & aku satu.


Makan. Walaupun kau cakap tak sedap tapi makan eh. Jangan nak termuntah2 lak.


Cucur Ikan Bilis Kuah Cair Sampai Boleh Nampak Tag Dalam Piring.
Panjangnya nama cucur ni.. Makan ya makan.




Harga memang sesuai dengan kepedasannya. Sekali tu jela aku g.. Pasni taknak lah. Pedas!! Tapi kan.. Yang ni lagi sedap dari asam pedas kat Melaka yang aku g aritu. Gigih la mencari Kota Laksamana kat mana? Ramai orang makan kat situ. Tapi rasa dia okay2 jela.



Tetiba teringat Melaka. Bila nak pergi lagi ya? Nak makan ikan bakar kat Umbai lagi. Siap dapat diskaun tetiba. Makan dua orang RM37 je? Je? Murah terlampau kan. En Gaban, bila?


Thank sayangs!


Tata!














2 comments:

chu-E said...

miah ha ha ha.. tu baru sikit tu

Cik Tata said...

sikit ehh.. huhuhu