CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 18, 2011

Berada di Jalan Bellamy sewaktu solat jumaat.

Assalamualaikum

Mood : memaksa diri sendiri buat entry. Kalau entry ni mcm sampah maafkan lah eh.. Siyes malas. Tapi sebab En Chu E Zhul, aku taip la jugak. Tapi sebelum aku tekan 'Enter' untuk perenggan baru ada sedikit pesanan ringkas. Belagak bagus? Tidaklah.. Salah ke kalau kita nak bersimpati? Simpati pun salah eh.. Okay.

Jumaat lepas kitorg berempat g carik rojak sotong terbaik ( Zhul yang kata ). Dari Putrajaya gerak g Jalan Istana dengan CikB kepunyaan Zhul. Meriah. Yang meriah tu Zhul je la. Aku dengan Ara kat belakang elok je duduk diam2. Sambil jaga anak Zhul.

Zhul : okayyyy,pakai tali pinggang semuaaaaa.. (sambil tarik seat belt)
Aku pandang Ara. Ara pandang Aku.
Ara : kitorang nak pakai mcm mana.. Anak kau dah pakai!!

Ni ha. Anak dia. Dah siap2 pakai seat belt dah. Habis kitorg nak pakai apa?







Rojak biasa : RM3.00
Extra Sotong : RM4.50
murah okay.

Jejak Kasih : Zhul dengan En Askar

Rojak Bellamy

Lepas Rojak Sotong, Ina order Mee Goreng Mamak pulak. Dia kan mak tiri. So kitorg kena paksa makan jugak mee tu. Kejam.

Cendol Special. Apa yang special? Ada jagung, kacang merah. Okay.. Special sangat.

Cendol biasa.



Time balik sume takleh berdiri tegak. Sebab? Perut dah ketat. Zhul siap sandar kat meja sementara nak tunggu giliran kat kaunter bayaran. Azab sangat kan.. Tu la makan tak hengat. Aku pun sama gak. Takyah cakap orang. Dalam kereta mata masing2 kejap besar kejap kecik. 

Mak tiri ngan Zhul.

Nak hilangkan ngantuk, korek2 hidung anak Zhul.

Hari sabtu saje promote Rojak Bellamy kat En Gaban. Tapi tak jumpa jalan nak masuk. Apakah? Sila cuba lagi. Zhul, lepas ni Ikan Bakar Rubiah Suparman lak eh, ayah aku promote.



Thank sayangs!




Tata!











2 comments:

chu-E said...

aku suke entry ni! aku kasik sejuta peratus! suke suke suke suuuuuuuuuukkkkkkkeeeeeeeeeee

Cik Tata said...

wahhh..kemain lagi memuji..kalo camni kalah hanis zalikha ;p