CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Lelaki kalau gatal + curang tu pasal dah memang kromosom diorang itu cacat!

Assalamualaikum

Hah. Bos suruh buat report tapi aku buat entry.
Terbaik.
Takpe. Dah lama kan tak on blog. Ntah hape berlaku pun aku tak tahu.
Aku cuma dapat report dari Zhul. Dia bagitahu orang itu sudah ada Dahlia Teck.
Apahal Dahlia Teck? Dahlia Tajuddin ke Dahlia Tarmizi ke tak leh?
Teck apa Teck?
Teck Kucing kot.

Dah la bru je bertunang. Dah ada si Teck Kucing tu kejadah.
Okay, lama aku tak baca blog2 orang jadi aku lambat tahu semua ni.
Takpe.
Orang semua dah doakan, dah marahkan bagi pihak si tunang, dah makikan untuk Teck Kucing tu,
dah emo kan..
Aku lak baru terhegeh2 baca komen2 rakyat Malaysia yang sayangkan mereka berdua itu di sini ha.

Ada yang salahkan si tunang.
Ada yang salahkan si itu.
Ramai yang kutuk si Teck Kucing.

Tapi kan adik aku yang takde la bagos mana. Tak bagos langsung pun bab motivasi ni sebab dia pun asyik kena motivasi je dengan ibu aku tiap kali makan malam ( tak elok bercakap time makan kan ). Tapi dia cakap ' semuanya salah perempuan jugak. lelaki dah sah-sah gatal. kita yang perempuan ni yang kena jaga diri ' Tenkiu ya adik. Terkesima aku dengar teori kau.
 Betul okay.
Lelaki dengan gatal memang takleh dipisahkan.
Lelaki dengan tamakkan perempuan pun takleh dipisahkan.
Tak habis-habis pakai perisai kuota. Kuota, kuota, kuota.
Kuota kat U tu banyak kosong untuk para lelaki. Pergi isi lagi elok abang2.
Jadi kalau dah lelaki dengan gatal/miang/geletis/suka ngayat/test2 seumpama isi dgn kuku, kita yang perempuan ni kena la jaga diri sendiri. Check. Kalau dia dah ada awek/tunang/bini, tak reti2 abaikan makhluk lelaki cenggitu?

Jangan jadi mcm budak indon sekor aku kenal ni. Bila orang tanya apasal kau bercinta gak dengan si Faizal tu. Boleh dia jawab 'dah dia ngorat saya, saya layan jela' Boleh mcm tu kannnn.. Padahal budak indon ni tau terang2 yang si Faizal kromosom cacat tu dah ada bini. Anak dua orang. Anak-anak dia pun selalu main-main depan kedai budak indon ni. Kalau si Faizal kromosom cacat tu abang aku, memang aku jadi wakil bagi pihak kakak ipar aku untuk hantuk kan kepala budak indon tu dengan kepala si Faizal tu.

Justeru, betul lah teori adik aku yang tak berapa nak bagos itu.
Semuanya berbalik kepada perempuan jua.
Jatuh bangunnya seorang lelaki itu adalah kerana seorang perempuan dibelakang dia.
Kalau En Gaban berjaya pun sebab seorang yang perempuan ikhlas hatinya. Tapi kalau En Gaban jatuh tersungkur pun sebab seorang perempuan yang penjahamkan juga.
Perlu ke guna contoh En Gaban? Perlu. Takkan aku nak guna contoh bf orang lain kan.
En Gaban, ingat ya. Berdirinya anda sekarang dengan dua belah kaki yang tegap adalah kerana seorang perempuan yang ikhlas hatinya menjaga anda. Jangan lupa dengan jasa mak anda.
Jangan derhaka!



Dah, cukup2 lah buat entry ( membalas dendam sebab lama tak menaip ). Pergi buat report cepat!
On Your Mark..
Get Set..
Go!!!!

Thank sayangs!


Tata!

No comments: