CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 4, 2011

Secara Logik : Perempuan mesti la back-up perempuan kan? Takkan nak back-up lelaki pulak

Assalamualaikum

Ehem, ehem! Entri ni untuk orang perempuan sahaja okay.. Kalau rasa diri tu bukan perempuan baik buat2 xnampak jelah entri ni eh. Bukan apa, takut tersentap mcm mamat sorang tu, susah pulak kan. Back to nature.. Lumrah la orang perempuan akan backing orang perempuan. Tak tau la kalau ada jugak yang g backing orang lelaki. Kecuali la dah sah-sah orang perempuan tu jenis datang dari neraka kan.

Punca backing mem'backing' ni terjadi bila En Gaban suruh aku like satu page ni ( kita panggil page Double U je k ). Katanya best. Aku pun g lah kat wall En Gaban. Ada la sorang mamat ni post page Double U  tu kat wall En Gaban. So aku pun tengok la apa yang bestnya. Kalau betul best baru la aku like. Kalau takat promote2 barang murah baik takyah. Start dari atas semuanya okay.. Takde la best mana pun. Sama je mcm page2 lain. Tetiba bila sampai kat bahagian agak tengah la jugak ( bengongnya ayat ) aku nampak sorang perempuan ni post  sesuatu. Dia mintak maaf kat page Double U tu. Beriya2 la perempuan tu mintak maaf. Panjang berjela la perempuan tu tulis. Lepas tu aku tengok komen ada la dari fan2 lain, okay je. Tapi bila part page Double U tu sendiri komen.. Tak melambangkan profesionalisme langsung. Aku tak tau la brape ramai admin page tu. Tapi semua admin nak maki hamun kat situ gak. The best part is, ada admin panggil perempuan tu ' betina '. Lain2 suruh perempuan tu ' berambus ' dari page tu. Ayat admin2 tu semua sangat sopan, indah dan sedap mata membaca.

So aku pun tak jadi la nak like page cenggitu. Aku takde la nak hanggin ribut taufan katrina.. Tapi bila seorang perempuan mintak maaf secara terbuka, mengakui kesilapan dia secara terbuka tapi kena panggil 'betina' lak, aku sebagai perempuan tak banyak sikit ada la jugak angin. Walaupun aku tak kenal sape ntah perempuan tu tapi dia perempuan dan aku pun perempuan. Panggil orang 'betina' di laman terbuka mcm tu di mana profesionalisme admin?

Disebabkan aku takde peluang nak ber'sms' dengan En Gaban, aku tinggalkan la komen kat wall post page Double U yang elok je bertepek kat wall En Gaban, dengan harapan En Gaban baca. Aku just persoalkan sape page Double U tu dan kenapa elok sgt bhs yang dia gunakan kpd seorang perempuan yg meminta maaf secara terbuka? Tapi En Gaban itu slow.. Bukan dia yang baca. Orang lain lak yang baca.. Orang itu ialah mamat yang meng'post' page Double U ke wall En Gaban. Maknanya komen aku utk En Gaban sampai ke dia jugak. ( korang paham tak ni eh? hahaha ).



"aik ? kenapa adik nak ngamuk nik ? adik, bg salam dulu na, Assalammualaikum, kan mulia tu. Asami Syima tu hanyalah propa semata2.. dia adalah dalang kepada hakers facebook. dia punca kepada fitnah antara user n admin. So, dia punya perangai admin wujud dah kantoikan dia, sebab dia jugak page misteri & keajaiban alam (fake & fact) dah kena hack dgn hakers yg x bertanggungjawab. apa yg dia minta maaf itu adalah drama semata2, kami dah kenal cara pompuan jenis macam tu.. itu lah adik jarang tgk page tu kot sbb tu adek x tau.. dalam dunia ni x semestinya pompuan tu baik when time kita nampak dia bertudung n minta maaf open, hati dia kita x tau pun kan.. kenapa ? adek terasa ka ?"



Ohhh.. Paham la gua.. Perempuan tu hacker apa ntah.. Tapi Tuan-Tuan sekalian.. Para wanita seperti saya ni kalau ternampak, terbaca, terdengar orang perempuan kena maki.. Sure la para wanita mcm saya ni tidak menyukai nya. Hanya orang2 yang dah sayang dengan page tu je tau hal sebenar kan.. Orang mcm saya yang jarang ( bukan jarang, bru 1st time ) tengok page tu mesti la pelik, kesian dekat perempuan tu.. Sedap2 je kena 'betina' dengan engkorang.

Lagi dilayan lagi menjadi sebenarnya. Be professional. Page kat FB tu sepatutnya jadi pemangkin kepada pembangunan minda rakyat. Bukan tempat nak kumpul fans teramai. Ramai gila like page A, tapi tak pernah hidup pun. Takat post ' morning all ' kejadahnya. Buat la page yang boleh merangsang minda masyarakat, aktiviti berbincang tentang metabolisme ke, cara nak tingkatkan mutu permainan sukan negara ke.. Aku tau ramai yang kat luar sana tu yang statusnya 'orang biasa-biasa' sahaja tapi idea diorg luar biasa.

Minah tu hacker, okay lah. Nak buat mcm mana dah dia pilih untuk jadi hacker kan. Tapi kita sebagai manusia, jangan la senang2 nak maki orang depan khalayak. Aku takde la nak angin sangat. Angin sikit jela sebab tengok perkataan 'betina' tu. Lepas diterangkan rupanya perempuan tu ialah seekor hacker, still aku rasa tak payah la nak panggil dia dengan bhs2 caruts sume tu. Kalau betul dia tu bikin panas, bagi jela penumbuk saploh kali. Tak boleh nak bagi penumbuk? Diam jela. Lagi dilayan lagi menjadi. Tak pasal2 orang yang baru 1st time intai page engkorang dah salah anggap. Wahahaha.. Yelah, minah tu dah sah2 buat drama ( mcm yg diterangkan di atas ) buat skrip minta maaf, sure la aku kesian kan? Yang page tu lak tak buat drama.. Terus hentam maki hamun segala benda, sure la aku pelik kan? Plus dia perempuan, perempuan kena la backing perempuan. Ahaks!!

Yang si perempuan tu aku taktau la betul ke jawatan dia hacker atau tak, aku taknak amek tau. Aku takde pun nak backing dia lebih2. Cuma sifat kewanitaan aku terlalu menebal tu yang memaksa aku komen kat wall En Gaban. Anyway, kepada mamat yang terpaksa aku rahsiakan namanya tu, saya belum naik angin lagi.. Belum. En Gaban je tau saya punya angin mcm mana. Sekali jin saya dah keluar memang susah la nak suruh dia masuk balik. Terasa pun tak jugak. Sebab saya bukan emak kepada perempuan itu. CUMA, perkataan betina tu tak patut tertera di page secara terbuka.

Kalau ada lagi para lelaki nak sentap jiwa lepas baca entri ni baik tak payah lah eh. Takde apa yang nak di sentapkan. Aku cuma rasa terpanggil ( bluweekk ) untuk membebel kat sini sebab perkataan betina tu terlalu sadis untuk dipergunakan secara terbuka. Perempuan mesti la back-up perempuan. Hormon kami sama dude!




 Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)



Tata!






4 comments:

Anonymous said...

salam.. saya nak komen sikit berkenaan dengan ape yang awak tulis. saya tahu ape yang berlaku kat page wujud tu. saya telah tengok semuanya. budak perempuan tu dah minta maaf pada sorg admin wujud. tapi admin tu tak nampak la pulak dia balas post girl tu. lepas tu pulak,fans2 suka ungkit2. adminnya pulak macam ape ntah punya perangai. saya rasa ada diantara admin2 page tu yang sengaja hotkan lagi suasana dekat page tu dengan memberi post2 yang pada saya agak biadap penggunaan bahasa. fans page tu pun ape lagi,jadi batu api la. mengapi2kan lagi keadaan. pada saya admin2 disitu tak ada sikap pro langsung. padahal kebanyakannya dah dewasa. yang pangkat ayah pun ade. tapi kenapa perangai macam budak tak pergi sekolah?? yang admin dewasa tu pulak,kononnya kerabat diraja la. saya perasan juga ada beberapa post dari wanita cantik dengan bahasakan dirinya puteri la,patik la. siap cakap lagi 'daulat masih ada',ape la. saya tak tahu kenapa dorang kena post macam tu di situ. nak semua orang tahu status dorang tu sapa ke???pelik. kalau kata golongan kerabat diraja,kenapa perkataan yang digunakan oleh mereka2 ini sangat biadap??? bukankah golongan2 kerabat diraja dikenali dengan sifat alim ulamak?? tapi kenapa macam itu jadinya?? awak percaya pada daulat??? zaman dahulu mungkin ada daulat,kerana raja2nya memang alim ulamak. ada karamah. mungkin daulat itu wujud. siape yang engkar,akan terima tulah. tapi zaman sekarang daulat tu dah tiada. sebab??? golongan2 kerabat diraja sekarang nie,kebanyakkannye ade yang buat banyak masalah. mereka tidak memelihara 'status' mereka yang dahulunya dikenali sebagai orang yang alim ulamak. bangga sangat dengan status mereka seolah2 mereka sangat berkuasa. tidakkah mereka tahu yang di padang masyar nanti,semua manusia tidak ada nilai disisi allah swt. tiada yang akan duduk di atas kerusi emas atau apa sahaja. semua manusia sama. tidak perlu dicanang kesana sini memberitahu status. mereka pun allah juga yang jadikan. disebabkan oleh perkara itu,budak perempuan itu difitnah bukan2. dialah dalang semua admin kena tendanglah. dialah juga si hacker lah. dia bersekutu dengan si hackerlah. itu semua dusta. kalau lah budak perempuan tu hack page tersebut,kenapa dia tidak melarikan diri??? kenapa dia susah2 meminta tolong untuk mendapatkan semula page tersebut?? sememangnya terdapat segelintir mereka2 yang tidak berpuashati dengan keadaan tersebut. awak tahu tak fitnah tu dosanya macam mana??? ramai fans2 yang tidak reti nak berfikir. dengar cerita sebelah pihak sahaja. ada pula yang tokok tambah. yang lain2 pun memanaskan lagi keadaan. bukannya nak tolong. nie lah perangai melayu sekarang. dah lama saya perhatikan perangai segelintir admin2 di page wujud. sifat bongkak,ego,khianat, memang menjadi perangai mereka. golongan kerabat diraja pun serupa. kerabat la sangat. ade otak,tapi takde akal. saya kesian tengok budak perempuan tu dihina. tapi saya respect dengan dia sebab dia mendiamkan diri. tiada pula dia menghentam mana2 pihak tika perkara itu masih lagi hangat. pihak page tu sanggup memalukan budak perempuan itu dengan menyebarkan perkara yang terjadi dimerata2 tempat. kesian sungguh. saya harap budak perempuan tu menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa tanpa memikirkan apa yang telah berlaku. perkara yg berlaku di fb itu,hanyalah di ruang siber sahaja. perangai manusia memang bermacam2. harap dia tabah. -bunga wangi-

Cik Tata said...

wkslm bunga wangi.. terima kasih sbb sudi singgah kat blog sy, bc entri sy dan tinggalkan komen..

sy bru sekali je intai page tu trus rs xperlu lg sy like, tengok atau apa2 pun kat page yg admin2 nya jenis maki hamun ni.. sy xkisah sgt bab perempuan tu, kalo btl sape la sy nk suruh perempuan tu jgn jd hacker, tp kalau perempuan tu kena fitnah pandai2 la yg membuat fitnah tu bersiap sedia dgn balasan Allah..

cuma sy xsuka kita sesama manusia memaki hamun manusia lain.. tu yg bt sy btl2 xpuas hati..

kalau setakat buat page utk cari glamer, tunjuk hebat lebih baik xpayah ya, buat la sesuatu utk majukan bangsa.. kita dh lama sgt duduk atas pokok.. hidup masih nak busuk hati.. apa la manusia nie..

tenkiu ya bunga wangi :))

Anonymous said...

blgk baek!bdh!

Cik Tata said...

yes mr/mrs anonymous? kenapa tak guna nama sebenar saja?