CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 12, 2011

what goes around comes around

Assalamualaikum

Orang kata hidup ni macam roda. Bukan takat orang kata. Dah memang hakikatnya kita pun berpijak atas bumi yang nyata bolat. Memang la kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Tapi tula.. Kalau kita pilih untuk jadi manusia jenis busuk hati, berdengki dengan orang, nak jatuhkan orang ni.. Lama mana kita boleh duduk kat atas? Tak payah la kita sibuk sangat nak berdengki dengan orang lain. Time kita rasa kita hebat, dapat apa yang kita hajati, plan-plan kita dah berjaya, boleh gelak-gelak tengok kejatuhan orang lain, sampai masa nanti kita tak tahu nasib kita mcm mana. Semua yang kita ada tu pasti ke kekal ada dalam tangan kita?

Aku takde la sibuk menghitung hari bila tibanya hari kejatuhan kau tiba - mcm mana kau sibuk menghitung hari tunggu aku terjun tingkat 55 sebab tak tahan dijatuhkan. Dari aku sibuk menghitung hari untuk kau, baik aku menghitung hari tunggu hari-hari kebahagiaan yang makin lama makin bertambah ni. Ada jugak maknanya. Bermakna tang mana? Bermakna la, dari jatuh terduduk, skrg dah boleh berlari semula kot.

notajari : jangan busuk hati, jangan jatuhkan orang, jangan tunjuk hebat, jangan buat perangai menjengkelkan. what goes around comes around.

notakaki : buat baik kat orang tak rugi. tak payah nak belagak sangat kalau apa yang kita pegang bukan dari titik peluh kita pun. what a shame.





Thank you sayangs!


Tata!

No comments: