CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 23, 2011

Berebut majalah free

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

*
*
*
*
*
*
*

Phewww!
Tengah-tengahari ni gak Karangkraf nak edarkan majalah-majalah terbitan diorg secara percuma.
Masa baca email rasmi tadi terasa jugak nak g.
Tapi aku tau mesti ramai yang nak dapatkan majalah percuma.
Yelah kalau pun edisi lama tapi time2 bulan puasa ni boleh gak la buat mengisi masa lapar lapang kan.
Aku pun buat-buat mcm malas lah nak g.
Tapi tiba-tiba Ara ajak g amek majalah percuma.
Nak g ke tak, nak g ke tak..
Jom jelah..

Sekali hambek kau..
Bukan dia bagi majalah percuma secara pemberian doorgift mcm kenduri kawen tu..
Dia susun atas lantai lobi.. Sebijik mcm amek buku teks zaman skolah tu.. Ala yang SPBT tu..
Tapi ni lagi sadis dari amek buku teks.
Kalau amek buku teks dah sah-sah kena amek sorang-sorang ikut nama kan..
Yang ni lain ya.. Sila berebut..
Rasanya pihak Karangkraf takde niat pun nak suruh orang berebut, tapi disebabkan diorg yang volunteer nak berebut nak buat mcm mana..
Nak tegur semua dah pangkat makcik-makcik, akak-akak.. Aku je adik.. Hahaha
Eh, abang-abang pun ada tauuu.. Mintak majalah Maskulin. Takkan nak mintak majalah Nur pulak kannn.. Tak maskulin la bro..

Untuk seumur hidup aku kena berebut amek majalah.. Tidakkkkk.. Aku tak reti buat aktiviti terlarang itu.. Huhuhuhu.. Aku tolak2 manja Ara suruh dia je masuk dalam lautan (takde la lautan sgt pun. tipu je lebih) manusia yang tengah berebut2 amek majalah.
Cissss.. Kalau dapat sekotak KFC sedap jugak kan?




Macam ni la.. Tapi aku tunggu je majalah tu terbang datang kat aku. Boleh pulak kan..




Mun selaku jurugambar. Gambar apa la yang Mun dapat snap tadi kan..




Kak Pidot. Kalau teruk sangat sila guna Lif Bomba tu ha..




Muka puas hati. Ara, Kak Pidot ngan Kak Aida.
Diorg amek mcm nak buat jual okay.
Nak bt lauk berbuka kot..










Ni jela majalah yang selamat sampai ke tangan aku.
Ingatkan edisi lama-lama. Not bad la edisi bulan Julai..
Macam mana aku leh dapat padahal aku tak berebut? Hahaha
Akak-akak berhati suci murni pass kat aku.. Hohoho
Last sekali aku nak gak majalah Maskulin. G depan sikit.. Agak-agak leh nampak muka abang Karangkraf tu terus aku cakap 'nak majalah Maskulinn..' Kau ingat kedai mamak ke?
Orang lain berebut, aku relax je mintak ala-ala kedai mamak.. Hahaha

Motif entry ni?
Ntah.. Dah lama kekeringan idea sebab kekeringan tekak.
Banyak nak taip. Tapi keja menghalang mood berblog.
Ni dapat la meng'up' kan satu entry walaupun entry sampah.
Ada member kat FB tanya 'majalah Pengantin ada?'
Takde laaaa.. Aku pun mengharap kot2 dapat majalah Pengantin edisi Tasha Shilla tu..
Tebal kot dia nak bg free.. Sila beli sendiri.
Makin banyak aku refer majalah2 Pengantin makin pening kepala aku.
Itu nak ini nak.
Eh.. Aku nak up kan entry pasal pandangan lelaki tentang duit hantaran.
Tapi nanti2 lah ya.. Dengar lelaki bercakap pasal duit hantaran semalam boleh tahan jugak pedasnya.
Harap bersabar.


Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!

No comments: