CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

Berita gembira pasti ada selepas air mata

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Selalunya lepas hujan gerimis di tengahari pasti akan ada pelangi. Walaupun sekejap, tapi tetap cantik berwarna-warni. Bukan selalu nak dapat tengok pelangi. Tapi kerap kali diri terkena tempias gerimis di tengahari melebihi melihat indahnya pelangi.

Alhamdulillah.. Di bulan Ramadhan ni pintu langit terbuka luas, berdoalah sebanyak-banyaknya. Allah Maha Mendengar. Malam tadi jumpa Ifah. Lama tak lepak sama-sama. Bila dapat jumpa banyak gila benda nak cerita. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi yang pasti pandangan mata menceritakan segala-galanya. Cukup dah kami mengerti isi hati masing-masing yang gundah gulana.

Tengahari ni, sebaik aku sampai je kat ofis, Ina cakap 'tahniahhhh' dia tarik tangan aku lepas tu salam kuat2. Birthday aku ke? Nak kata aku ni pelakon tak pulak. Kot-kot aku dapat anugerah pelakon paling hampeh kan. Alhamdulillah.. (korang jgn pk bukan2 seperti : adakah saila akan berkahwin?) No, no, no, no. Tapi berita yang aku terima tu dah cukup aku rasa gembira dan terus bersemangat nak teruskan perancangan yang sedia ada. Doakan kami ya :)


Tahun 2011 ni walaupun agak lambat aku dengan dia nak rasa selesa, bahagia dan tenteram tapi okay lah.. Takde la sampai stress sepanjang tahun ni. At least sejak bulan Mei 2011 segala-galanya berubah. Dan semakin lama semakin selesa dan tenteram. Sampai la sekarang ni.. Berita gembira yang aku terima membuatkan aku dengan dia yakin masanya dah hampir dekat. Usaha tangga kejayaan. Cepat cari tanggaaaaaa.. Lagi-lagi sejak ibubapa kami dah saling kenal mengenali, hubungan kami semua sangat baik dan selesa. Alhamdulillah.. Banyak sangat berita gembira tahun ni. En Gaban pun bukan main bahagia aku tengok dengan life baru dia sekarang. Sonang hati den.


Tapi aku tahu.. Semuanya takkan ada tanpa bantuan dari-Nya. Alhamdulillah. Lepas ni.. Haihhh.. Doakan ya :) Lepas ni aku harap Ifah akan semakin bahagia. Aku tahu, harinya pasti akan tiba.




Terimalah gambar perahsan sebelum Aidilfitri. Trial menyarung baju raya sebelum tibanya hari raya. Gila apa.. Belum raya dah pakai baju raya???  Lantak kau lah saila.. Janji ko bahgia.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Korang jangan cakap aku geletis walaupun hakikatnya ya..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

bagi lah chance eh, eh, eh.. ;p






p/s : ni entry semalam. tak sempat nak habiskan ayat, tetiba dah pulang time. so hari ni baru publish.

Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!

No comments: