CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

Biskut Jejari untuk tersayang dan mak ngah Leha yang beraya sakan.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Lagi 4 hari je lagi nak beraya.. Seronok takkk? Baju raya dah amek dari tailor belum? Biskut raya dah siap? Aku macam biasa la takde mood sangat nak beraya.. Sebab baru hari ni aku raya 'eh, nak raya dah eh? Yeah, yeah nak raya' lambat kan? Orang lain minggu ni dah lemau je sebab tak sabar2 nak beraya. Kesian, kesian, kesian kat aku ni.

Baju raya takde so aku takde la menggeletis sangat. Yang ada kasut raya. Kau pakai la dengan seluar tido, t-shirt tido. Sedihhhh T______T. Harapan? Mix and match baju yang ada. Macam ni pun boleh ke? Belasah lah labu.. Pakai cantik-cantik pun layan orang makan pastu basuh pinggan sampai lebam jugak. Huhuhuhu

Cuma.. (nak start poyo bapak menggelabah ni..ready eh korang) Cuma.. Ehem2.. Raya tahun ni kan.. Hehehe.. First time aku buat biskut raya sendiri. Perghhh.. Masuk bakul angkat sendiri. Kalau larat apa salahnya. Hahaha.. Okay, sebelum ibu aku, Leha ngan Cica baca blog aku baik aku ngaku jela eh.. Siapkan doh ibu aku.. Bakar kan pun ibu aku.. Aku cuma menjadikan doh kepada bentuk biskut sahaja. Okay la kan.. Sebab tahun-tahun sebelum ni aku tolong sapu telur atas biskut je. Lepas tu susun dalam balang plastik. Lain? Tiada. So tahun ni aku ada improvement dari aspek kerajinan. Nak tahu rahsianya (mcm iklan apa eh ayat ni?).. Rahsianya ialah biskut tu aku nak bagi En Gaban. Wahahahahaha.. Sebab tu rajin. Kalau tak kau jangan harap aku nak buat. 

Biskut apa? Biskut jejari je. Bukan jejariruncing tau. Tak runcing okeh biskut aku. Serupa jari aku yang gemok-gemok ni ada la. Sedih aku tengok biskut tu. Harus nama dia Biskut Jari Gemok. Wahahaha!


Nak tengok? Malu la pulak..






Tapi...






Nak poyo punya pasal, nak bagitahu seluruh dunia yang bajet aku ni pandai buat biskut kononnya.. Kira boleh lah aku tunjukkan eh..





Jangan pengsan tau..


**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**
**



Biskut Jari Gemok kan? kan? kan?


Biskut ni kira biskut feveret family aku tapi malas buat sebab leceh. Dah la leceh, pastu dapat sikit lak tu. Sebab dia kena tampal-tampal. So makin lama makin sikit la.. Huhuhu..Lagi satu yang hangin satu badan kalau buat biskut ni ialah kacang dia suka tanggalllll! Bogel-bogel terus Jejari Gemok tu okeh. Selalu dia tanggal masa tengah sibuk menampal. Hangin tak? Elok je ada kacang tetiba bogel. Lagi satu dia suka patah. Patah hati okeh bila kita dah tampal tetiba dia patah. Mengamuk-ngamuk la apa lagi (aku je, orang lain relax je).


Selalunya aku tampal dengan jem stroberi. Tapi En Gaban agak gatal la jugak, dia mintak aku tampal dengan Peanut Butter. Jem takmau. Jem la.. Murah. Tekak makan nak yang mahal je. Aku tampal dengan jem timun baru tau. Nasib baik dia tak mintak tampal dengan Nutella. Eh, sedap jugak kan kalau tampal dengan Nutella..





















Ta Daaaaaa~ Biskut Jari Gemok atau nama saintifik dia jejaripeanutbutterfat.. Malam tadi siap dua balang. Gigih ni buat depan tv. Ayah aku kacau, adik-adik aku kacau semua dugaan aku hadapi dengan tabah. Siap makan Mee Hailam depan aku lak. Aku pun stop dulu, makan dulu. Hahaha.. Pukul 12.30am siap. Siap okehhhh.. Ni pun ibu aku suruh bagi kat mak En Gaban. Sebab masa mak dia datang ke rumah, kitorg tak sempat nak bagi apa-apa. Padahal mak dia bawak buah tangan sampai lebam kami sekeluarga makan. Sedapppp.





Yang ni Macaron. Leha dapat.




Ni pun Leha punya. Untung la kerja kat Celcom.
Kerja dikelilingi abang-abang yang sangat penyayang.
Semua dia dapat. Jeles den. Aku ayik dapat kurma je.. Hahaha.. Syukur,syukur.
Untung la boss2 dia semua sayang kat dia (bunyik mcm jeles jek)
Jeles laaa.. Sebab boss aku tak romantikkkk.. Huhuhuhu




Last but not least

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ni pun bukan aku punya. Leha jugakkkk..
Uhuk,uhuk,uhuk..
Raya sakan kau kan?
Kemain lagi BB Storm.
Boss sayang boleh laaa (jeles lagi)
Uwaaaaaaa...

Okbai!




Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
tak sabar nak makan lemang cicah susu pekat F&N



Tata!



1 comment:

chu-E zHuL said...

aku pun jeles gan gamba yg last skali tu huh!!! leha belikan tuk aku leh x he he he