CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 2, 2011

Kenapa cari kurma di bulan Ramadhan je?

Assalamualaikum

Bersempena dengan bulan Ramadhan ni makanan paling wajib ada dalam rumah mesti lah kurma kan. Bila bulan puasa baru nampak kurma atas meja makan kan. Kalau tak, takde nya nak jumpa kurma dalam rumah kan. Sama lah aku pun. Tapi sejak kebelakangan ni dalam setahun dua ni rumah aku ada je kurma. Ibu dengan ayah aku beli. Untuk diorg2 jela. Kitorang yang budak-budak kecik ni tak heran langsung. Tapi bila dah start bulan puasa.. Kemain lagi menggelabah makan kurma. Sahur makan kurman, bukak puasa pun makan kurma. Tapi kan dulu masa aku kecik-kecik aku geli dengan kurma. Sebab aku cakap kurma tu macam lipas. Buduh sungguh aku time tu. Teruk kan aku g pk mcm tu. Moga-moga Allah mengampuni dosa aku tu. Huhuhu! Sekarang? Makan kurma macam makan kacang Cap Tangan okay. Kurma dah la mahal. Cepat lak habis. Aku punya kerja lah tu.

Semua orang pun tau kurma ni banyak gila khasiat kan. Dari segi protien, serat, dan yang penting gula glukosa ya. Tapi khasiat yang satu ni paling menarik perhatian. Oh, bila tau ada khasiat baru terhegeh-hegeh nak makan hari-hari kan? Kalau tak tu, tunggu bulan puasa baru nak makan kan? Kesian penjual kurma.

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mengusirnkan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


Kebetulan dapat kurma. Siap dengan mug sekali. Pastu buat jus kurma terus. Tapi kurma ni kurma lembik. Aku suka kurma keras, kering tu. Ala, kurma Mariami tu.. Semalam dah beli. Sekilo rm38.00. Makin lama makin mahal. Takpe demi kurma. Kurma China pun sedap. Kering. Tapi terlalu manis. Kalau kurma lembik-basah ni aku kurenggg.. Huhuhu. Tak payah banyak cakap. Orang dah bagi tu hambek jela. Jangan banyak songeh boleh? Kurma dalam dia ada walnut lagi sedap kan,kan,kan.. Mengada!




Satu Malaysia punya kurma workeh
Tenkiu ya Dato', Datin..
Nanti bagi kuih raya dengan duit raya sekali tau..
(sengih mcm kerang busuk)


Thank sayangs!

Tata!

No comments: