CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 24, 2011

Ketupat rendang, sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Lagu raya dah berkumandang di sana sini. Sana sini apa.. Dari PC Zhul je boleh sampai tempat aku dengar lagu raya dia. Tak payah aku nak pasang kat PC aku dah. Lagu Sudirman kau.. Tetapi aku harussss mencaaari rezekiiiii.. membela nasib kitaaa bersamaaaaaa.. Nangis. Nangis. Nangis. Nangis! Orang lain suka ria nanyi-nyanyi lagu raya, anyam ketupat kaler-kaler pastu gantung kat syiling ofis, pasang lampu lip lap lip lap dah macam deepavali, aku?


Lunch hour nak ke Carrefour. Nak bershopping apa yang tercicir dari list. Aku?


Apasal la baru minggu ni nak meeting sana sini. Apasal minggu ni jugak la kelam kabut nak update itu ini. Urgent. Urgent. Urgent. Gaji hari ni pun aku lupa. Lupa semua. Dah pukul 12 tengahari. Ingatkan baru pukul 10 pagi. Lagi 5hari je lagi nak raya. Tapi apasal aku rasa mcm lagi sebulan baru nak raya? Adakah aku terlambat keretapi Aidilfitri atau dah tertinggal terus? Huhuhuhu T_________T




No comments: