CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 4, 2011

Kisah Kentut : aku mangsa keadaan dan kesukaan tumbuhan.

Assalamualaikum

Amaran Keras : Jangan baca sambil makan!

Korang ingat ada Kisah Hati, Kisah Dongeng, Kisah Cinta je ke.. Aku pun nak buat jugak.. Kisah Masjid, Kisah Kentut lagi apa eh.. Ermmm.. Eh jap.. Bulan puasa ni takde sape yang makan kan? So takde la kejadian muntah sambil baca entri aku ni kan? Hahaha.. Bukan apa.. Aku dah tulis kat atas tu amaran keras kan.. Takut ada yang tak berbuka lak maghrib kang. Eh ada okay.. En Gaban cerita.. Terus tak makan lepas dengar bunyik kentut. Harus kurus la kalau cenggitu kannn.

Cerita pasal kentut ni aku teringat hasil pembacaan ( skema dol ) aku kat blog Marya Hana semalam.. Shomel sangat ini awek.. Dia cerita pasal rahsia dia kentut diam2 tanpa pengetahuan bf dia.. Gerek sangat cerita dia okay.. Pastu aku pun teringat terus kisah-kisah kentut antara aku dgn En Gaban. Ehhh.. Kisah kentut En Gaban sahaja. Aku masih waras dan senonoh yaa.

Aku tak kisah kalau nak kentut, tapi tamau ada bau okay. Bau itu akan menyebabkan aku tak lalu nak berbuka jap lagi.. So setakat ni En Gaban belum ya.. Belum lagi menghasilkan bau. Takat hasilkan bunyik takpe.. Dan bunyik biar senonoh sikit.. Jangan mcm ambulans memang aku hangin.. Bunyik kalau pelannn takpe.. Bunyik mcm mercun kalau.. Memang aku cubittttt perut tu. Biar bocor senang sikit angin keluar ikut perut lak.

Edisi En Gaban Kentut memang aku sedia maklum agak lama la jugak.. Memula rasa nak siku je anak orang tu.. Nasib baik anak orang.. Lelama aku dah imun. Atau bahasa mudahnya bebal. Okayy.. Aku sedia bebal dengan bunyik2 agak sopan tetiba muncul di saat kami berdua tengah layan speed atau teh ais mamak.. Syed! So di satu hari yang hening sambil aku picit hidung kuat2 pastu mulut membebel bising sebab dia kentut lagi. Ya lagi.. ( walaupun takde bau tapi aku tetap nak picit hidung.. Selain merupakan tindakan refleks semulajadi, aku saje nak buat gimik lelebih ) dia tanya.. ' Bila masa ta kentut eh? ' Oh soalannn.. Kemain lagi kan.. Tanya pulak bila aku kentut.. Sebab dia bengang la tu.. Asyik aku je picit hidung kuat2.. Dia dok tunggu giliran dia lak nak picit hidung kuat2 pastu buat effect muntah. Tak payah! Jangan harapppp.. Sambil muka merah macam kaler bunga rose, malu la aku sebagai perempuan kena terjah dengan soalan cenggitu kan.. Hilang kegadisan aku time tu. Aku dengan sopan menjawab ' ada la '. Ada laaaa.. Takkan aku nak bagitahu kottt.. ' gabannnnn, tata dah kentut dahhhh ' What The Hey! Tak kuasa aku..

Korang jangan close entri ni dulu. Belum habis lagi.. Huhuhu.. Walaupun agak jewjiks ( ayat ina dgn zhul ) tapi kentut tak batalkan puasa kan,kan,kannn..

Actually kisah kentut aku agak tragis dengan kehadiran En Azrul dalam kehidupan aku dengan En Gaban. Eh jap.. Kalau korang nak tahu.. Life aku bukan berdua je dengan En Gaban tau. Bajet lagu Acha Saptrisa Berdua Lebih Baik tu korang ingat praktikal ke untuk kitorg. Tidak sama sekali.. Berdua bagi kami bila ke Tesco sahaja.. Lain-lain aktiviti harus bawak anak berderet-deret okayyy.. En Abg Azam lah, En Iqhwan lah, En Naim lah.. Sekarang En Azrul ya.. Ramai naw anak kami.

Di satu hari yang agak tegang ( sebab Singapura VS Malaysia kat Singapura ) aku sedap je layan nasik kerabu. Layan nasik kerabu lagi bagos bila tengok asyik Singapura je gol. Tengah dok belek2 taugeh tetiba En Gaban kentut. Okay, takpe. Telinga aku dah bebal kan. Takpe2. Diorg gelak2. Beberapa minit lepas tu boleh pulak En Azrul kentut jugak.. Argghhhh! Aku start nak membebel dah. Tapi aku malas nak membebel kat anak baru ni kan.. Aku sabar lagi. Lepas tu terus mcm hape je dua-dua dok kentut2. Kejadahhh.. Aku tengah makan okayyyy.. Aku pun apa lagi.. Start la hentak2 kaki.. Mana yang dekat dengan aku itu aku cubit. Orang lelaki ni kann.. Eeeeeiii.. Suka hati je tau. Takde bau takpe. Kalau ada bau aku sumbat sekor2 dengan nasik kerabu aku sampai habis.

Lepas ni diorg kentut lagi depan aku, aku sumbat pensil dalam vontot diorg. Padam muka. Sekian dulu kisah kentut dari aku. Lepas ni kisah lain lak eh. Aku janji pasni kisah senonoh sikit.. Takde jewjiks-jewjiks lagi k.

Nah, nasik kerabu.
Tedappppp..




Thank sayangs!
Selamat berpuasa semua.


Tata!

No comments: