CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 4, 2011

Kisah Masjid : lawatan. bukan rawatan.

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan. Rasa macam laju la pulak. Tau-tau dah masuk hari ke-4. Lagilagi bila dah bekerja ni. Lagi la tak terasa sangat. Tau-tau dah balik, dah boleh bukak puasa.. Lauk pun dah siap tinggal nak hidang je.. Besarkan pangkat kau kat dalam rumah tu. Ala, nak buat macam mana.. Balik kerja dah lambat.. Mana sempat nak berlauk bagai.. Alasan sangat!

Okay, xyah membebel bukan-bukan. Tajuk pun pasal masjid kan, dah jom aku gtau apa citer kat masjid semalam. Semalam, masa kat masjid.. Lepas solat Isyak ada la sikit pengumuman. Masa tu mata aku belum layu sangat. Mata Leha je layu lelebih. Time tu layan la carpet masjid. Dok kuis-kuis habuk comel-comel yang ada. Pastu belek-belek sulam kat telekung.. Lemau sangat kan. Masa dok lemau ni la pengumuman dibuat.

Disebabkan aku tak pay attention masa tu, jadi aku tak hingat la ayat dia.. Tapi lebih kurang macam ni la ' abu bin labu dalam sesi rawatan ke sini malam ini blablablabal ' pastu si pembuat pengumuman diam sesaat dua. Time ni la aku terdetik ' ada buat rawatan dlm masjid ke mlm ni ' tetiba si pembuat pengumuman bersuara semula ' dalam sesi lawatan ke sini malam ini blablablabla '. Tetiba aku terus nak gelak. Aku tahan sambil pandang Leha. Laaa.. Rupanya Leha dok tahan gelak gak. Ibu aku senyum2. Apa lagi.. Aku dgn Leha gelak tapi tamau bagi kuar suara. Pastu Leha cakap ' aku pelik gak tadi.. aku ingat ada doktor datang untuk bagi rawatan ke kat kita jap lagi ' Hadoiii.. Lama gak la kitorg amek masa untuk hilangkan kejang kat mulut. Segar terus bijik mata. Rupanya big boss MP* datang. YB. Datang buat LAWATAN.. Ter Caps Lock pulak. Part gelakkan orang kemain lagi kan. Tak baik tauuu.. Huhuhu.

Lepas pengumuman tu si YB bagi ucapan pulakkkk.. Makcik-makcik semua dah terlentok-lentok okayyy.. Dah la budak-budak main terjerit-jerit kat luar tu.. Tak larat nak dengar bebudak tu main lari-lari, jerit-jerit, nangis bagai.. Haihhhh. Lama gak aku main carpet nak hilangkan bosan. Malas dengar YB cakap. Haha. Pastu aku tanya Leha apa yang lama sangat nih. Rupanya.. Tengah cerita pasal apa sumbangan dia kat kawasan. Apakah YB? Dalam masjid pun mahu cerita pasal sumbangan ke? Bukan ke kalau kita sumbang atau sedekah tu kena diam-diam. Siap bagitahu guna microphone pulakk.. Tensi okay. Dah la tarawih start lambat, kena dengar ucapan kosong pulak.

Itu lah dia kisah masjid ya kawan-kawan. Pelik tapi benar. Perlu ke bawak anak-anak datang masjid pastu biar diorg main kejar-kejar, rebut-rebut kerusi.. Bila dah main kejar-kejar harus lah terjerit-jerit mcm kena histeria. Nak je aku cubittttt mulut diorg.. Eh, anak kau ke? Kalau anak aku itu macam aku ikat kat katil rumah. Tunggu aku balik. Jangan nak buat perangai kat masjid. Malu mak kau.. Hahaha.



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa semua.


Tata!





No comments: