CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 24, 2011

Kuingin berulang, manisnya bersama, menyambut hari bahgiaaa

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Sejak dah bekerja, dah dewasa, dah apa-apa lagi ni excited raya dah tak macam dulu. Ke sebab aku dah bosan dengan rutin raya yang sama tiap2 tahun eh? Yelah.. Balik kampung, sahur ramai2, masak rendang, ketupat, lodeh, side menu belambak ramai2, pastu berbuka ramai2, lepas tu bergelimpangan depan tv ramai2, lepas tu bangun pagi siap juadah ramai2, yang pergi solat ramai2, aku dengan berapa kerat yang tinggal siapkan apa yang belum siap, lepas tu bermaaf-maafan ramai2, makan ramai2, ziarah kubur ramai2, melepak depan tv pun ramai2. Maaf la family sebelah ibu aku memang ramai. Kalau nak bergambar dah serupa alumni Universiti. Kalau bercakap tak tahu siapa yang nak dengar. Meriah macam pasar borong.

Tapi apa yang aku rasa still kurang tiap kali nak beraya eh? Mood kot. Takde mood. Bak kata ayah aku 'takde mood? carik la boyfren nama mahmood' Ayah aku.. Buat lawakkk.. Menyampah. Tak macam zaman skolah dulu, zaman menggeletis dengan baju raya, kasut raya.. Sekarang? Tiap2 bulan beli baju, beli kasut, beli segala macam. Bila raya tak excited nak pakai barang2 baru. Padan muka. Keja kilang memang feveret aku okay. Nak meraya melaram tunggu raya. Keja opis? Haihhh..

Tiap tahun family aku takde tema. Pakai ikut suka. Kau kaler merah, aku kaler kuning, kau pulak hijau. Biru, coklat semua ada. Tak sehati sejiwa sungguh kan? Aku la tu. Peel (perangai) dari kecik tak suka sama kaler dengan orang. Dah besar baru kau tau tak sehati sejiwa. Pastu tak sabar nak kawen.. Nak pakai baju kaler sama dengan suami. Gedik.

Tahun ni nenek dah takde. Raya tahun ni dengar-dengarnya ada tahlil untuk arwah nenek. Mesti solat jemaah macam selalu, baca yasin lepas tu tahlil beberapa malam. Raya tahun ni agak syahdu bagi adik beradik ibu aku. Mesti banyak air mata yang akan mengalir. Sebab dah takde lagi yang suap arwah nenek makan, pakaikan arwah nenek baju cantik2. Okay aku sebak.

Dah dua tahun aku beraya sebagai pekerja. Bohsan nya hidup. Macam takde life pun ada. Kesian aku dengan Ifah. Aku tengok dia, dia tengok aku. Paling sedih bila orang sibuk nak beraya, kami? Kerja macam orang takde rumah dah. Life is getting hard. Sedih. Dulu tak macam ni pun. Dulu seronok. Sekarang.. Sibuk,sunyi dan bohsan.

Tak sabar nak beraya dengan orang baru, tempat baru, suasana baru.. Berangannnnnnnnn!


Sibuk, sunyi dan bohsan.



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!

No comments: