CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan : Ramadhan ke-5 kita bersama

Assalamualaikum

Hari pertama berpuasa untuk tahun 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432
Ada 2 perkara yang mengejutkan diri sendiri pagi ni.

Pertama : pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) tak halal bagi Muslimin dan Muslimat.
Betul ke ni? Sorang kawan baik aku g tarawih malam tadi. Sebelum mula solat, ada sikit pengumuman. Berkenaan simpanan di ASB adalah haram. Sebab menggunakan kaedah riba'.
Okeh. Aku baru nak g ASB hari ni. Haruskah aku simpan semula dalam Maybank?
Hahaha.. Alamatnya memang lesap la duit tu nanti.
Tapi bos aku pernah cakap beberapa bulan lepas, iklan hasil perbincangan Risk Management kami.
Katanya ' bagi saya riba' dalam simpanan tu tak salah. riba' yang salah tu kalau kita kenakan pada pemiutang kita. tapi kalau yang simpanan tu kan faedah saja. faedah kepada kita. ikut pandangan saya la.. saya ni liberal '
Apa-apa pun simpan dulu. Kalau habis kang memang tak dapat di cari ganti la jawabnya.

Kedua : Khairul Fahmi Che Mat & Elia dah putus tunang.
Baru je bertunang 17 Mei aritu. 29 Julai ( kalau tak salah ) dah putus.
Aku lak yang terasa mcm putus tunang.
Rasa penuh dengan sesak.
Rasa bingung kejap.
Berita yang ni aku lebih terkejut dari berita ASB tadi.
Ada yang kata Elia beriya2 nak ikat KFCM tu sebab takut dia hilang.
Kata orang tu lagi KFCM mcm dipaksa rela.
Ntah lah. Tu kata orang.
Orang lelaki ni jangan dipaksa kalau dia taknak.
Ikut kan sangat pun jangan jugak.
Kalau dia cakap tak ready, kita ajar dia slow2 mcm mana nak ready.
Jangan paksa terus.
Kalau ada jodoh mesti bersama juga okay.
Saya sangat sedih untuk kamu berdua.
Bersabarlah.

Tahun 2011 adalah tahun ke-5 aku dengan En Gaban berpuasa sama2. Alhamdulillah. Tahun pertama tu sebagai kawan. Empat tahun yang seterusnya tu kawan paling rapat. Tapi apa-apa pun puasa kali ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas. Alhamdulillah. Bulan puasa tahun ni kena masak lebih dari biasa la nampaknya. En Azrul a.k.a teman tidur En Gaban mintak lauk sahur. Korang ingat aku ni bukak bazaar ramadhan eh? Saya masak untuk awak, awak bagi Neo CPS awak kat saya eh. Haha..

Selamat Berpuasa
Rajin-rajin g terawih k
Excited nak buat kuih raya
Baju raya ada sehelai je
Sebab almari baju dah takde ruang
Padan muka.



Thank sayangs!


Tata!

No comments: