CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 23, 2011

Suara Lelaki : Duit Hantaran

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Bulan puasa nape takde orang buat majlis nikah eh? Tak boleh ke? Tetiba di bulan puasa yang lebih afdhal kita bercakap tentang lauk berbuka, tarawih, baju raya, kuih raya aku nak cakap pasal duit hantaran kenapa? Boleh je kan? Sebab bulan Syawal ni ramai jugak yang buat kenduri kawen. Macam Asyraf Muslim ngan kak jumie. Diorang kawen time orang tengah sakan beraya dengan lemang. Cayalah..



Punca nak membebel tak tentu hala kat sini ialah semalam (22 Ogos).. Semalam pulang dari kerja En Gaban jemput ( perghhh..merasa kau En Gaban jemput balik kerja) kitorang terus park dekat tabung. Ingatkan berbuka berdua je dengan baju kerja (terasa matang lak semalam), tiba-tiba muncul En Abg Azam. Eh? Ada pulak orang tua ni? (harap dia x baca blog aku. mamp). Lepas tu datang pulak En Epul. Eh? Ada jugak.. Lepas tu En Man.. Lepas tu En Toin. Lepas tu En Sahak. Lepas tu En Kelat. Ah, sudah.. Dah berjanji ke apa hari isnin berbuka macam majlis berbuka bersama anak-anak yatim la pulak.. So sementara menunggu waktu berbuka tiba (time tu baru pukul 6.30pm) masing-masing bercakap-cakap serupa murai kelaparan.

Entah apa punca ntah.. Tiba2 masuk bab kawen. Ni yang lemah ni. Lepas tu mula la sorang2 berhujah mcm ahli parlimen. Aku selaku speaker dewan diam jela.. Diam-diam ada makna tuu.. Hahaha.. Biasa la orang lelaki kalau dah bercakap, mana la ada ruang untuk orang perempuan aku ni bersuara. Lelaki-lelaki matang yang dah layak jadi bapak orang lak tu. So antara ramai-ramai semalam sorang jela yang dah bertunang dan bakal jadi suami. Aku malas la nak guna nama samaran seperti Saila (bukan nama sebenar). Aku malas nak create nama-nama palsu ni. Tak feel. En Abg Azam bakal jadi suami (padan muka dah takleh nak jual saham dah).

En Abg Azam : rm8ribu tu alhamdulillah sangat-sangat.

En Epul : sekarang duit hantaran ikut taraf tau.. Diploma lain, Degree lain. (Macam tu aku nak sambung buat Master pastu buat PhD terus. Boleh Mark-Up duit hantaran. bengong!).

En Man : buat ala kadar je.. buat yang wajib (klise sangat kau Man. Heee)

En Toin : (ntah apa dia cakap. pelan je suara. mata jelingan manja pandang aku. apakah?)

En Sahak : kau nak buat grand2 sebab nak menunjuk tak guna (kasar sikit mamat ni. lempang kang)

En Abg Azam : kau punya duit hantaran berapa dik? (nak je aku jawab : seikhlas mungkin. tp nanti diorg cakap aku poyo walaupun ianya benarrr). Cakap la berapa?

Aku geleng kepala, angkat bahu.

En Abg Azam : kau kalau mintak sampai rm20ribu tak guna gak dik. Besok gaban tak mampu bagi kau makan kau gak yg susah. Dia sedap2 je dapat kau. Kau dapat apa? Dapat sakit.. Pastu esok2 carik lain. Orang lelaki ni lain. (agak sadis ayat ni)

En Sahak : yang penting masa lepas kawen. banyak nak pakai duit. banyak nak pk. kalau dah habis kat kenduri kau makan batu jela.

Banyak lagi ayat-ayat lelaki yang keluar waktu itu. Hanya aku je yang tak mampu nak hadam satu2. Mentang-mentang aku sorang je perempuan. Aku je yang kena. Saya bukan jenis mcm tu.. Huhuhuhu.. Saya tak letak harga hantaran ikut taraf pendidikan saya, kerjaya saya.. Saya hanya seorang perempuan yang mahukan nikmat menjadi isteri mendapat perlindungan dan kasih sayang sehingga ke akhir hayat saya. Kenapa mesti aku yang kena fire semalam.. Huhuhu.. Ini tidak adil.

Aku : saya kalau boleh nak buat majlis nikah dengan makan-makan je. Tapi family belum tentu setuju lagi.. (suara bajet sayu)

Encik-encik sekalian yang berapi-api tadi angguk2 mcm burung belatuk. Mengiyakan kata-kata sayu aku. Ah, dasar kamu lelaki.. Mentang-mentang korang yang kena bagi duit hantaran.. Kemain lagi berhujah kan. Yelah, diorg yang menyimpan, ikat perut.. Haruslah ada rasa sakit dan perit di situ. Ok jom balik.


Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.
Tata!

2 comments:

ayut said...

hihi..tp kl ikt mmg nk bt kecik2 je tp mulut org ni mmg payah..ada je xkena.bt kecik slh.bt bsar slh.nk bt kecik ckp ada pape la tu.mcm dia nk bg duit..huhuhu..cane tu?nak bt kecik2 je jgk.nnt duit hantaran ada lbh nk smpan bt lpas kawen.cian kat en suami kang :)

Cik Saila said...

entry ni thn lps kan ayut, thn ni lagi 3bln je lagi akak nk kawen hehe :)) alhamdulillah,akak berjaya jgk bt majlis simple mcm niat akak..duit hantaran akak byk spend dekat rmh kita :)) berbaloi2.. hehehe :D