CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 9, 2011

Tips bercampur dengan sampah. Menyampah!

Assalamualaikum

Selamat Hari Selasa.. Takde maknanya Selamat Hari Raya. Lambat lagi walaupun kedai-kedai diseluruh ibukota dah pasang lagu raya 'berlalu lah sudah ramadhannn.. sebulan berpuasaaaaaaa..' Waima kedai cina sekali pun.. Kemain lagi diorg support raya kita.. Pancing mesti kuat nak suruh kita masuk kedai dia pastu tinggalkan purse terus di situ.. Sebelum memulakan entri harini saya dengan rendah hati nak mengucapkan selamat hari raya ribuan terima kasih kpd Cik Rara yang sudi mem'follow' blog saya.. Wahh blog memula dicipta utk feeling2 sendiri tetiba blogger famous mem'follow'? Tak ke melompat aku pagi tadi.. Tenkiu,tenkiu :)

Update :

Perenggan pertama dibuat pada waktu pagi. Tetiba kerja datang mencurah-curah smpai air mata aku pun ikut mencurah-curah jugak. Cut it short. Tips kita pada hari ini ialah Cara-cara Untuk Memusnahkan Hubungan Cinta Korang. Haaa.. Cara-caranya? Senang sahaja. Bahan-bahan pun tak banyak. Ciput je. Tapi hasilnya gila memberangsangkan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah
1. Seekor anda
2. Seekor dia
3. Sesedap suara
4. 5 kilo ungkit-mengungkit

Cara-caranya :
Anda bercakap dekat dia sebanyak 5 kilo ungkit mengungkit dengan sesedap suara. TaDaaaa~ Siap!

Okeh. Okeh. Mengong punya opening. Oh Pening jadinya korang kan. Okay, sebenarnya aku nak smpaikan tips tapi bukan la tips sangat. Ianya lebih kepada mesej.. Dalam hubungan percintaan ni banyak benda yang kita perlu jaga. Terutama sekali laras bahasa kita. Laras bahasa ni ada banyak (cuba bukak Kamus Dewan Tatabahasa yang tebal mcm kitab tu). Salah guna laras, gagal lah exam BM korang. Macam tu jugak lah dalam hubungan kita dengan pasangan kita. Bukan boleh guna ayat suka suki je.. Ada masa boleh bawak gurau.. Tapi tengok benda jugak la.. Hal-hal tok nenek pun nak buat main itu melampau namanya..

Okay, jangan menguap lagi eh.

Tips utama hari ni sebenarnya jangan mengungkit. Bahaya okeh. Itulah bahan paling sedap kalau nak menghancurkan hubungan. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. For sure masing-masing akan ada kekurangan jugak kan. Dengan itu kelebihan yang kita ada adalah untuk membantu atau cover baik punya kekurangan pasangan kita. Macam tu jugak la pasangan kita. Kelebihan dia adalah untuk cover baik punya kekurangan kita. Give and take. Tak reti? Meh aku ajar bagi reti. Reti ya. Bukan erti.

Macam ni.. Apa pun yang kita buat, tak kira la untuk kawan-kawan kita ke, untuk adik-adik kita ke, untuk family kita ke, boss kita ke.. Kita kena ikhlas kan. No point kita nak ungkit apa yang kita dah buat kat diorg. Tak ikhlas la namanya tu. Same goes dengan pasangan kita. Tolong menolong, bantu membantu.. Kenapa perlu nak ungkit. Kita kena ikhlas. Bila ikhlas, walaupun dia tak pernah balas apa-apa kat kita tapi kita relax je kan.. Takde la tetiba feeling 'asyik aku je bagi hadiah mahal-mahal kat dia..aku bilanya nak dpt hadiah mahal dr dia neh!'  Sape soh kau bagi hadiah mahal-mahal kalau tak ikhlas. Kan dah rugi. Wahaha..

Tapi tula kadang-kadang bila amarah menguasai diri kita jadi out of service lak kan.. Hahaha.. Ntah pape ntah kita cakap tau-tau je 'Opppppsss! terlepas sudahhh..' Tapi kalau tak sengaja nak ter out of service tu cepat-cepat la mintak maaf k.. Tak rugi pun mintak maaf.. Yang penting kita set kat fikiran dan hati kita kuat-kuat.. Takmau ungkit apa-apa kebaikan kita, bantuan kita, usaha kita ke apa-apa jelah kat pasangan kita selama ni. Kerana itu hanya mengundang bahaya.

Tips itu tadi dibawakan oleh Cik Tata a.k.a Kaunselor Chinta Dea bajet macam bagos padahal entri sampah. Uwaaaaa.. T_______T





Bebird.. You tamau la marah kat I ehh..
Kemain lagi dapat Burung Marah ni last Friday..
Siap soh aku pejam-pejam mata.. Suwitttttt la sangat (muntah)
Aku main-main je aritu mintak Bebird ni.. Tau-tau dia belikan betol-betol.
Aku dah la aku bukan jenis gegirl yang suka kumpul Teddy Bear @ hanak patong ni.. Huhuhu
siap dia tanya pulak ' lepas ni nak apa '
Waduhhhh.. Kok ditanya sih..
Gaji 8 juta kan. Lupa lak.. Rumah sebijik. Buleh?
Eh ni.. Bebird ni ikhlas kan.. Jangan diungkit pulak mampus gue..
Tenkiu ya sayang.. Saya tahu anda membaca entri ni.. Saya mohon ampun ya.. T__T

Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.


Tata!


No comments: