CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 22, 2011

Trend Kita : cepat sangat sentap

Assalamualaikum

Di akhir-akhir Ramadhan ni banyak yang berbuka di luar. Maybe sabtu dan ahad ni sahaja ramai yang berpuasa dan berbuka di kampung. Tapi rasanya masih ramai yang berbuka di sekitar KL sebab mood shopping last minute beserta sales yang semakin menggila. Macam semalam, tempat wajib kami pun penuh padahal selalu ada je meja kosong. Ahad kan.. Berbuka kat luar lebih seronok sebab hari-hari dah penat memasak untuk berbuka kan..

Kalau berbuka ni mesti la ngam dengan makanan kan. Kalau cakap pasal makanan mesti la subjektif. Betul? Tak semua orang akan cakap tempoyak tu sedap. Dan tak semua orang akan cakap kicap tu wajib makan dengan nasik. Kalau dah cakap pasal makanan ni mesti la bersangkut paut dengan tekak. Tekak beza-beza jadi selera pun beza-beza la kan.. Dan semestinya susah kita nak handle tekak semua orang. Nak handle 5 tekak pun payah.. Ni kan pulak nak handle tekak ratus-ratus, ribu-ribu orang kan.. Migrain terus. Tapi disebabkan citarasa itu subjektif, akan kedengaran la suara-suara sumbang mambang kat belakang. Itu tak okay lah, ini tak okay lah. Nak buat macam mana.. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.. Sob sob sob!

Susah sebenarnya jadi manusia ni. Ingat senang ke? Manusia je ada hati dan perasaan. Pokok takde. Kucing pun takde. Kucing ada la rasa sakit kalau kena pukul, tapi pernah ke dia sentap bila kita cakap ' kau ni reti makan je, pastu tido. apa pun takleh pakai kau ni tau '. Tak pernah lak kucing sentap siap lari dari rumah. Rilex je aku tengok dia golek2 walaupun kena bebel. Tapi manusia ni lain.. Ada hati. Ada perasaan. Bila kena tegur atau bebel mula la muka panas. Sentapmaktau.

Apa-apa pun dalam hidup kita kena, wajib ambil risiko. Apa pun yang kita buat, tak semua orang suka. Apa pun yang kita cakap tak semua orang suka. Sama jugak dengan penulisan, tak semua orang setuju dengan apa yang kita tulis. Risiko babe. Hidup tak kental la kalau takut amek risiko. Takat takut kena hentam baik duduk rumah jahit baju sendiri kan.. Teguran tu ada sebab perlunya kita ditegur.. Tak luka kalau kena tegur.. Dari teguran kita leh betulkan mana yang tak betul, mana yang kurang. Kalau asyik nak makan pujian je.. Memang tak jejak kaki kat tanah la jawabnya kan? Nak kena timang je.. Parah la.. Orang yang timang kau lenguh kot.. Muka senyum tapi dalam hati maki hamun.
Orang Barat minda terbuka je terima kritikan. Orang kita? cepatsangatsentap. Kalau bagus orang cakap bagus, kalau tak bagus cakap tak bagus. Yang komplen ramai kot.. Tapi standard orang kita : cakap belakang-belakang. Negara demokrasi.. Tapi..

1 comment:

chu-E zHuL said...

mek stuju yuols!!! takut kepada penolakan!