CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 26, 2011

Ucapan Hari Raya dari Perantau

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Dari pelajar-pelajar Universiti Tokyo




Dari pelajar-pelajar Universiti Musical




Dari pelajar-pelajar Universiti Mesir



Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.


Tata!



















Oppppppsss! Aku belum buat ucapan lagi, takkan dah habis entry.. Huhuhu (._.*) Yang kat atas tu ucapan undersea. Ya, undersea. Bukan oversea okeh. Tapi aku punya ucapan bukan undersea atau oversea.. Tapi ucapan entrysea. Eh?

Kad raya macam dah tak relevan je lagi kan.. Dulu kemain lagi beli kad raya, setem, lepas tu bila dapat kad raya hias kat dinding rumah bila raya. Sekarang? Malas beli ke atau malas nak menulis aku pun tak tau. Tapi ayah aku still dapat order buat design kad raya utk ADUN ke Ahli Parlimen ke aku tak pasti pulak. Lebih kurang gitu la.. Selalunya pangkat2 mcm tu kena la berkad-kad.. Takkan nak pakai sms. Nanti rakyat kata 'cikainya'. Tapi kalau macam kita-kita ni takpe.. Sebab memang cikai pun. Wahhahaha..

Cakap orang, aku pun sama. Mana ada beli kad raya untuk kawan2. Kepala otak ni letak mana ntah. Bukan nak singgah mana-mana pi carik kad raya. Pemalas betol. Last aku bagi kad raya zaman sekolah tingkatan 6 dulu. Tak pakai setem. Lukis setem (tu kerja aku la tu). Sekarang ni errrr.. Aku bagi ucapan kat sini jela eh.. Dasar pemalas sekali lagi. Pedulik. Hehehe!




Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,


Kepada follower blog Little Rabby yang ntah hape-hape ni, terima kasih kerana sudi mem'follow' blog LR walaupun korang dihadapkan dengan cerita-cerita hampeh, suam-suam kuku, perahsan sendiri dan seterusnya. Selamat hari raya bloggers semua.

Kepada silent readers, korang memang terbaik. Baca blog aku senyap-senyap. Tak baek tawwww.. Bikin gempak je korang ni. Silent reader lagi ramai dari follower. Ahahaha.. Takpe.. Korang suka, korang baca. Selagi ada feed back dari korang walaupun silent readers, semangat nak menaip tu semakin kuat. Walaupun hampeh. Kalau nak sebut nama sorang-sorang memang lebam.. Tapi aku sgt appreciate dengan Kak Wan (ofismate En Gaban), tenkiu akak sebab gigih baca blog saya (._."). Mariati (mek Ti) jahattt.. Baca blog saila senyap2.. Takpe2, baca tapi cover2 okayyy :) Romlah pun sama ;) En Gaban (pemantau blog LR tenkiu sebab sudi jadi pemantau. Lain-lain, you know who you are, thank you so much. Bukan taknak sebut semua nama, tapi takut ada yg tercicir.. Tamau ada sentap2 di bulan raya ;D Kepada hater, selamat hari raya jugak lah.


Jemput bertandang di hari raya,
Minuman dihidang tembikai laici,
Salam sayang buat pembaca,
Terkasar bahasa harap dimaafi.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin


NuSaila Norman



Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri
tak sabar nak makan lemang cicah susu pekat F&N




Tata!

No comments: