CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 22, 2011

Umbai. Bukan Mumbai.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Sabtu baru ni bersamaan puasa yang ke-20 kitorang berbuka kat Umbai. Hambek kau.. Dalam KL takat buka kat The Chicken Rice Shop, buka kat tabung dengan iced tea latte ( teh ais je pon ), tetiba Umbai terus. Tak cukup2 ke kedai2, restoren2, hotel2 ( ceh je lebih ) kat KL ni kau nak buat berbuka? Merentas hiway yang tak seberapa tu pulak eh.. Tak seberapa lah sangat.. Otot tengkuk aku sakit lagi sampai skrg ni ha.. Cisss.

Memula tak nak pergi. Alasan jauh. Buang masa. Nak kena balik sebelum kul 12am. Sempat ke? Yelah.. Aku kan Sindarela Makansambalbelacan mana boleh balik sebelum pukul 12am. Tapi pagi sabtu tu aku ubah fikiran. Dasar pening okay. En Gaban yang sedia menggeletis tu pun apa lagi.. Melompat2 mcm anak katak baru nak tengok dunia.

First time aritu kitorg g dah makan-makan kat Umbai tu.. Masa tu kitorg berdua je. Layan ikan bakar lepas tu pusing2 area Melaka. Terus simpan perasaan nak beli rumah kat Melaka. Tak New York la kau ni.. Orang nak hadap Pavi baru la New York.. Sukahatiaku boleh? Aman damai cantik kaler-kaler je rumah diorg.. KL ada? Ada. Taska.

Cut it short. Jejak jugak kitorg buat kali kedua di Melaka.. Teringat-ingat time kitorg berdua main hentam je nak ke Umbai. Kali ni ada leader.. So kitorg yang sedia maklum jalan menghala ke Umbai ikut dari belakang walaupun dalam hati 'aku tau,aku tau..' Janji bertolak dari tol Sg Besi pukul 4.00petang. A'ah. Janji Melayu. Yang datang awal tu super tahniah. Yang datang lambat ni.. Pukul 5.20pm baru munchol dengan senyuman manis dia berikan.. Rasa nak lempang je kan? Tapi tu belum gerak lagi.. Tunggu isi minyak lah, jual minyak lah, naik minyak lah.. Baru gerak. Sempat aku buat biskut raya kat rumah.




Ni muka excited. Baru sampai. Excited la. Ingat nak gerak dah.. Yang ado..





Terus jadi mcm ni lepas sejam. Dah mcm pelarian pun ada. Mcm pengemis pun ada.





Abang Inspektor Shell ni pun dah bosan tengok muka kitorang tersadai lama-lama kat situ. Kalau dia boleh halau kami, sure dia halau mcm halau ayam.















Ngam-ngam Maghrib kitorg sampai. Masing-masing membatalkan puasa dengan korek hidung masing2 ( tipu je ). Macam biasa la. Rokok jadi pembuka selera. Sedap agaknya telan tembakau. Erk!





Tapi kami yang seumpama kanak-kanak riang memerlukan Milo sebagai penambah tenaga. Yang lain nak korek hidung, silakan. Kami takmau. Milo setin kongsi dua.





Hambek kau dah mcm kena serang dengan lalat. Tetiba area dapur pun jadi tempat park Ninja diorang. Terkojut makcik2 tu tengok kitorg datang tanpa memberi salam.





Kami memilih park di tepi bot karam ni ha.. Klasik sangat. Haha


Jangan mimpi Umbai tu untuk korang-korang je. Penuh okay. Nasib baik dah minum Milo.. Hahaha.. takde la meleleh air liur sangat.. Rilex je tengok orang makan. Aku dgn En Gaban dah takleh nak berdiri lama-lama. Ajak kawan En Gaban nama apa ntah, Khairul Syam kot kitorang carik meja kosong. Tapi takde. So kitorg jalan jauh sikit pilih restoren lagi satu. Ada! Yeah.. Kitorang makan jauh sikit dari tempat parking. Takpe. Kebanyakkan yang datang situ semua riders kental bawak motor serupa bawak roket. Kami sangat salute.













Menu kami tak seberapa. Sebab dah lapar jadi main amek je pape pun janji kenyang.
Kalau ikut kan nak amek kerang, kupah, lala, udang.. Tapi nanti kena marah dengan En Gaban sebab nafsu raksaksa. Huhuhu.. So dalam hati pk 'kalau tak kenyang gak aku nak singgah McD Ayer Keroh jap lagi' gila punya nafsu.



Pukul 10.00pm kitorg bertolak dari Umbai pulang ke KL dengan Khairul Syam. Yang berpuluh-puluh bijik lagi masuk Bandar Hilir Melaka. Nak amek-amek gambar. Silakan. Aku kena balik sebelum pukul 12am. Khairul Syam nak punch card pukul 12am. En Gaban je bergelora jiwa nak ikut diorg masuk Bandar Melaka. Akhirnya? Cakap Sindarela Makansambalbelacan jugak kena ikot. Hehe





Thank sayangs!
Selamat Berpuasa Semua.



Tata!


No comments: