CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 9, 2011

Buang bapa tepi masjid. Buang anda di tepi longgokan sampah.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Pagi-pagi lagi dah mengundang air mata. Ni bukan tajuk lagu jiwang karat tangkap lentok kat bahu boyfren macam bagos tapi hakikatnya sampah itu okay. Ni serius punya entry. Mood nak baca entry ni korang kena serius dan sedih.

Ramai dah baca surat khabar Metro pagi ni kan? Walaupun aku xsuka Metro dengan Kosmo sebab banyak sangat isu sosial tapi tadi masa g beli sarapan kat cafe, terbaca la muka depan Metro 'Buang bapa tepi masjid'.

Cerita lanjut sila baca metro dengan sendirinya ya.. Tujuan tulis entry ni bukan aku nak bajet jadi wartawan surat khabar mahupun wartawan Melodi.. Tapi rasanya selain kita menyampaikan guna suara (mulut), kita boleh jugak menyampaikan sesuatu melalui tulisan (tangan). Disebabkan suara kecil aku ni pasti takde siapa yang sudi nak dengar, so aku gatal nak tulis jugak walaupun ada yang baru baca seperenggan pastu close. Takpe. Aku nak tulis jugak.







Tak sedih ke tengok muka atok tu? Walaupun dia bukan bapa kita.. Tapi dia seorang lelaki tua yang mungkin sebaya dengan ayah kita atau atok kita kan.. Bayangkan ayah kita yang kat dalam gambar tu. Aku tak sanggup nak bayangkan sebab aku mesti nangis kalau aku bayangkan muka ayah aku kat situ. Tak payah bayangkan pun aku nak nangis. Anak-anak dia rasa apa eh..

Buang tepi masjid macam bapa kita ni kucing lak. Letak kat rumah kebajikan orang2 tua tak boleh ke? Bukan aku galakkan buat mcm tu. Jangan buat okeh.. Tapi sekurang2nya.. Ada sedikit keselesaan walaupun bukan pada hati dia. Ni tak, kucing pun takmau kena buang kat masjid. Paling kejam buang la kat pasar. Sana ada makanan, ada ikan busuk yang apek2 tu buang.

Jahat mana pun bapa kita, dia tetap bapa kita. Tak payah la pk atau ingat kekurangan dia pada kita. Kita ni lagi la banyak kekurangan. Lupa ke dulu dia yang sikatkan rambut kita, suapkan kita, pakaikan baju kita, bawak kita g kedai, ajar kita main basikal.. Banyak lagi sebenarnya ayah kita buat. Cuba ingat balik. Macam aku, kalau aku demam aku carik ayah aku (sebab ibu aku garang hahaha). Sanggup aku tunggu ayah aku balik kerja baru aku demand macam2. Nak itu lah, nak ini lah, pening lah, sakit badan lah, mintak picit lah. Sekarang pun. Bila dah besar, dah ada anak bini sendiri tetiba lupa terus apa ayah kita buat dekat kita. Esok anak-anak kita

Paling koman pun takkan takde satu dua perkara yang tak terkesan kat hati kita tentang jasa ayah kita kat kita. Tipu kalau takde. Kalau bapak kita jahat sampai tahap gila vavi punya jahat pun, percayalah.. Dia mesti pernah cium kita masa kita tengah tidur. Lupa ke.. Aku sebak.

Kalau tak suka, rasa macam semak je ayah atau ibu kita.. Jangan la buang kat tepi jalan. Rumah kebajikan cantik2 lebih cantik dari rumah kita bersepah. Ada makan, ada orang jaga, selesa.

Kalau ya pun dah kawen, ada family sendiri bukan tiket kau nak buang mak ayah kau. Bini kau tak bagi kau amek tahu pasal mak ayah kau? Sah2 perempuan jenis ________ (sila isi tempat kosong dengan perkataan yg anda suka). Lagi mau simpan? Kalau tak boleh nak diajar dah buang je tepi masjid bini macam tu. Kahkahkah (sila gelak macam syaiton). Laki kau syurga dia bawah tapak kaki mak dia. Sampai bila2 dia wajib bertanggungjawab ke atas mak ayah dia. Bagi duit, jaga, amek tahu.. Laki kau bukan milik kau sorang selagi mak ayah dia ada. Sama la jugak kalau laki kita tak bagi kita bagi duit, jaga, amek tahu pasal mak ayah kita. Laki kita berdosa. Padan muka dia. Kawen dengan kita nak, mak ayah kita tak nak. Syaiton yang direjam sangat.

Banyak kes macam ni. Banyak kes buang mak ayah ikut suka hati. Banyak dah si tanggang moden. Banyak dah suami dayus dengar cakap bini syaiton sampai sanggup ke tepikan mak ayah sendiri. Banyak jugak suami syaiton tak bagi isteri jaga mak ayah dia. Dah banyak sangat. Tak heran kan. Tapi tolonglah simpan baik2 dalam hati, dalam akal, dalam jiwa bahawa.. Kita jangan sekali-kali buat macam syaiton2 tu semua. Kita sayang mak dan ayah kita kan..





p/s : pasang lagu Sudirman 'Ayah dan Ibu' sekarang. tak insaf gak tak tahu lah. Bebal namanya tu.
p/s/s : sorry. dah lama aku tak emosi bila buat entry. kali ni takleh tahan dah sebak didada.



Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tata! 

No comments: