CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 14, 2011

Facebook : Mukabuku

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Pekabar you all? Tapi aku patut eja macam ni u olls! Haaa.. Baru terasa remaja hot. Kalau tak tu terasa i olls sebagai makciks makciks kertu. Wahhh.. Dah la I. Olls (all) pulak. Pitam aku. U olls, i olls. Hambek kau.

Entry ni aku saje nak buat sebab kes semalam. Saje katanya. Nak buat tutorial pakai shawl, tak mampu. Nak buat tutorial pakai eyeliner, gua segan. Tak gempak pun eyeliner gua. Takat ofismate tegur boley lahhhh.. Lain2? Boley blah kau. Nak buat tips, tips apa la yang aku reti. Tips tido boleh lah. Sebab tu gelaran aku 'puteri beradu'. Kejam Zhul.

Ni jelah entry yang aku mampu.. Entry membebel macam mak nenek. Tu jela. Kalau sudi bacalah, kalau tak sudi close jek. Muahahaha.. Jom cakap-cakap pasal Facebook. Yayy!

Aku dah ada akaun Facebook sejak akhir tahun 2008. Masa tu tengah lemau layan Friendster. So gatal la jari2 aku ni create akaun Facebook. Bila balik kelas, singgah lab, aku pun layan la Facebook ni bengong2. Time tu aku taktau nak kawan dengan sape. So aku add la sape2 yang nama dia 'Shahir' dengan 'Salihah'. Hahahaha.. Belasah la labu.

Sejak akhir tahun 2009 baru la segar bugar Facebook aku. Tahun 2010 kemain meriah lagi. Sampai satu tahap ayah aku pun ada akaun Facebook. Damn. Bab teknologi ni aku memang susah banyak nak kelentong dia. Aku sebagai anak yang mithali, aku pun add la ayah aku sebagai friend. 'Add as Friend'. Tak beringat ayat dia. Aku klik gak la ayat tu.

Adik-adik aku apa lagi. Lebih dari aku. So keturunan Norman pun bermaharajalela la dalam Facebook itu. Anak tiga orang. Bapak sorang. Hahahaha.. En Gaban? Aku yang suruh dia buat, aku ajar dia sikit2. Sekarang dah pandaiiii.. Terlebih pandai kau tau. Habis dinding (Wall) aku dia conteng. Grrrr!

Tu dulu. Time tengah galak dengan Facebook. Tak bukak sehari mula la serabut macam hilang anak. Pokok aku tak siram. Nanti mamp. Kucing aku la weihh.. Kena bagi makan. Makanan aku.. Habis laaa.. Tak angkat kang mesti rosak. Sampai tahap ibu aku cakap 'makanan apa?'.

Tu dulu. Time tengah galak tag picha. Mati aku nak delete email. Berpuluh-puluh. Semua orang punya conversations. Semak. Tag barang jualan lagi aku hangin. Kalau borak pasal barang takpe. Ni borak pasal anak kat situ. Hangin okeh.

Tu dulu. Sikit-sikit bagi hadiah kat wall. Bagi kiss. Bagi hug. Bagi ntah apa-apa lagi ntah. Tak balas kang kata sombong. Balas jugak la. Pastu dia balas lagi. Bila nak habis daaa.. Tang kawan lelaki tak dikenali bagi kiss tu aku blur. Aku balas gak tapi dengan niat takmau nampak sombong. Dia balas lagi. Lantak kau lah. Penat aku. Sekarang jenis Poke pulakkkk.. Apa cucuk2 nih? Hahahaha.. Poke Back. Pok kangggg.. Hahaha

Sekarang? Segala macam request dari orang semua aku tak check. Maaf ya. Dulu tak bukak sehari confirm demam. Sekarang ni tak bukak seminggu pun takde hal.

Semalam En Gaban tanya nape aku tak online time lunch. Sebabbbb.. Aku g mengisi perut kat Mc'D. Memula takmau. Tapi sape la takmau isi perut kann.. Facebook, byeeee. Hahahaha.. Dulu online all the time kat rumah kat ofis macam tak cukup2. Kat ofis boss pulak sporting yang amat. Bila free kejap aku selamber je bukak Facebook. Dia bukan tak nampak. Hahaha.. Balik rumah sambung lagi. Sekarang.. Online time lunch sahaja. Padan muka kau. Kat rumah dah tak boleh ada berokband lagi. Padan muka jugak.

Kalau aku tulis status pun.. Lain status aku lain jadinya. Ada je sahabat handai yang terlebih pandai memanipulasikan status aku. Kalau tak cecah 24 comments ke atas tak sah. Hanginnnn.. Hahaha tapi seronok. Kengkawan jenis gila babeng ni memang suka tol menjahanamkan status aku. Ada masa aku balas. Takde masa diorang berbalas sendiri. Selalunya En Gaban tolong balaskan. Cissss.

Jenis kaki Like pun ada. Baru 54 seconds status aku up terus likeeee.. Perghhh.. Ni jenis dah bohsan tahap dewa atau memang suka naw dengan status aku. Hahahaha.. Dulu rajin la reply. Sekarang ni aku bantai gelak melalui email jela. Nak balas balik? Tak mampuuuu.. Huhuhuhu.

Akaun Facebook anda macam mana? Masih galak atau dah suam-suam kuku kaki cagu seperti saya juga ke?




Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri





2 comments:

rara pinkmafia said...

akk pon tak buat2 ag tutorial eyeliner.segan.

Cik Saila said...

rara bt tutorial make up pls :)