CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 2, 2011

Raya Kedua : Makan Sakan

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Ampun dipinta eh korang-korang.. Mood raya membuak2 sampai terbawak2 ke dalam blog.. Pergi beraya rumah Ifah pun bukak blog kat laptop. Gila melampau kan.. Tapi bukan update entry pun.. Saje buang masa ngadap blog. Melampau tol manusia zaman canggih ni.. Nenek2 kita dulu takde la buat perangai macam ni kan.. Haihhh.

Okayyy korang.. Pengenalan dah settle. Jom amek tahu apa aku buat pada raya kedua. Aku tau walaupun korang tension sebab kena paksa amek tahu apa aku buat, tapi nak buat macam mana kan.. Hahaha.. Paksa rela jelah korang ehhh.. Walaupun raya aku takde la hebat sangat sampai beraya dengan Dato' Seri Najib, bersalam dengan Sultan Mizan.. Tapi aku tetap emosi nak over-over kat sini. Takpe kan? Tenkiuuuu..

Raya pertama je bangun awal.. Hahaha.. Raya kedua dah start dah liat nak bangun awal. Sarapan pagi pun kitorang skip sebab dapat arahan nak g beraya rumah sedara mara lagi. Ya.. Lagi. Kelam kabut la bersiap.. Padan muka. 


Rumah pertama kami.




Nampak tak Nafis dgn Firdaus kat belakang tu..
Mentang-mentang seat full.. Diorg cop meja makan terus.




Sesi makan kuih raya. Rumah sedara aku ni kuih raya dia semua sedap2. Rasa macam takmau balik.




Sila abaikan kelebaran muka di atas.




Aku tak tahu nama biskut ni. Tapi sedap mcm aiskrim cornetto. Serius.
Aku terover makan lak biskut ni.. Malu den. Hahaha..




Muka orang terlebih makan kuih raya yang lazat.. 




Ni rumah kedua lak.. Rumah nenek sedara. Ntah, banyak sangat sedara aku ni.




Korang nampak tak? Tak sudah-sudah makan lagi.. Sampai kosong balang tu okay..
Nak kata kat rumah sendiri takde kuih nampak sangat menipu.
Kat rumah nenek aku tu bersusun kuih, kerepek, kek bagai.. Buat tak tau je..
Kuih rumah orang jugak yg sedap kan.. Hahahahaaa




Nak ziarah rumah sedara yang lain ramai yang takde.. So kitorg pun terus pergi Kajang pulakkk..




Snap picha aku sorang sudah. Yang lain-lain emosi main iPad masing2.




Our big boss.



Hye Nadiahhh..




Jangan kutuk Justin Bieber. Nangis 5 kali okeh.
Dia rename nama dia dalam henfon aku 'Najihah Bieber'. Pengsan.




Rumah wajib bila raya. Semua pun wajib kot. Tapi ni rumah Mak Iti.
Aunty paling cool! Tapi sedih. My beloved cousins takde. Siti beraya kat JB. Nissa kat Australia. Sob sob sob!
 



We love each other.




My baby~




BlackBerry. Duduk berdepan pun nak berborak guna BBM. Melampau budak2 zaman skrg nih.
Terkontang kanting aku sensorang. Huh!!




Najihah Bieber bersama Coach daku. Handbag dia atas riba aku tuh. Exchange katanya.




Last rumah. Rumah Aunty Senah.
Time ni dah full gila. Nasik lemak dah bermastautin dalam perut. Mata pun dah layu..




~ ~ ~ Kami ~ ~ ~



Kena suruh pergi ke meja makan walaupun dah tak larat.



 Makan lagi.. Semua orang makan ala kadar.. Aku? Siap habiskan Najihah Bieber punya okeh..
Besar sungguh perut. Hahahahaaaa



Settle sudah sesi berhari raya kedua. Untuk dua hari berturut-turut aku serupa jin makan macam-macam. Kalau sebulan aku buat perangai macam jin lapar ni mesti kena reject dengan En Gaban. Mamp gue! Nasib baik dia takde. Kalau dia ada sekali dengan aku sure kena sellotape mulut aku nih. Okay lah.. Tak mandi lagi nih..Bai.



Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tata!

No comments: