CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 2, 2011

Raya Pertama : Lupa sikat rambut

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Kejap je dah raya yang ke-4 kan korang-korang.. Macam mana raya korang-korang? Letih layan tetamu ke letih g beraya? Okay, korang takyah la gigih sangat nak jawab soalan aku tu. Sebab aku tau dalam mulut korang masih penuh dengan kuih raya kan? Kan tersembur lak..

Raya aku tahun ni? Macam selalu.. Meriah nauzubillah. Macam la dasyat sangat. Ala, macam biasa la.. Makan-makan, borak-borak, gelak-gelak pastu makan lagi, borak lagi, gelak lagi pastu penat. Makanan feveret aku harus lemang cicah susu pekat F&N. Memula nak amek lemang dulu, tapi tiba-tiba nampak udang galah masak apa ntah. Okeh, lupakan soal alergi. Tawakal jelah eh.. Hahaha.. Lepas tu baru la lemang cicah susu pekat F&N..






 Yummy!!



 Mempoyokan diri di pagi raya. Lepas dah snap2 bagai nak rak, baru tersedar..
'aku tak sikat rambut rasanya tadi' kata si baju coklat.
Ampunkan perempuan itu eh. Dia kebulur di pagi raya.




Kek Lapis Sarawak ni dah jadi tradisi family kitorang lak.
Gigih mak usu aku bawak berkotak2 dari Sarawak.
Kek pun naik kargo MAS. Aku? Ada la sekali dua kala naik MAS (sedih!)
Kek ni tiap2 tahun naik kargo. Kelas kau jah!












 Muka di atas adalah muka orang penat melantak melayan tetamu.
Belakang tu bukan bantal busuk aku tau. Nak sape punya ntah. Malu okehhh!

Tu aktiviti di siang hari Syawal pertama. Petang bantai tido sebab mengantuk, penat, kenyang, perut ketat, semua lah.. Malam baru beraya rumah sedara mara yang berhampiran. Bila part berjalan raya takde sorang pun yang penat.. Cuba melepak kat rumah.. Ada je yang bergolek macam dugong kat tengah2 alam. 




Leha & Nafis
Our first house that nite.
Muka fresh lagi sesekor.




 Sekali ada baby daaaa..
Apa lagi.. Semua kerumun baby macam hape je..




 Najihah yang naik sawan bila nampak baby. Dia nak picit2 baby tu sebab geram. Apa kau gilaa..
Last2 tangan kitorang dipicitnya..
Lantak kau la Jihah..




Dia je setia duduk kat tepi baby tu. Kitorang dah bertabur ke sana ke sini dah.
Kejap je excited.. Lepas tuu.. 




Gangguan dari makhluk jahat.




Meja makan full. So kitorang mempoyokan diri dulu sebelum dipanggil untuk makan. Hahaha




Lets eat!









I choosed Chicken Chop as my dinner. Besar selera kan..





Rumah pakcik makcik yang seterusnya terlupa nak snap picha. Alasan? Kenyang melampau. Mata semua layu je.. Tapi gigih gak sumbat kuih raya sebijik dua. Hahaha.. Pastu melayankan Nur Kasih.. Elok la sangat kan, datang beraya rumah pakcik sendiri pastu ngadap TV semuanya. Penutup malam raya pertama ialah sesi kekenyangan dari pagi sampai ke malam. Balik rumah nenek menggelupur kemas badan lepas tu pakai baju tidur semuanya siap berstokin (sejuk mcm kat London tak jadi). Tidur ramai-ramai adalah nikmat paling indah bila balik rumah nenek. Apa guna rumah besar tapi tak bergolek sakan kan? Hahaha..

Episod raya kedua aku update esok jela eh.. Dah ngantuk plus aku sensorang je ni.. Jomtido. Bai!


Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri



Tata!

No comments: