CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 6, 2011

Shopping selepas raya : tenang,aman dan damai

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Hari ini adalah hari pertama bekerja. Setelah bercuti 10 hari. Serupa orang hilang pedoman bila cuti 10 hari nih. Pedoman yang hilang ialah pedoman sedar diri yang kau tu ada tugas. Tugas kau banyak okeh. Banyakkkk.. Sampai nak update blog pun tunggu time lunch. Hehehehehe..

Patutnya takleh update blog arini tau. Sebab kerja banyak. Tapi lagi 25% siap lah. Untuk hari ni je. Esok loading baru lak. Huhuhu! Semalam patutnya kerja. Selamba badak makcik Esah je aku tambah cuti sendiri. Tu pun hasil hasutan Ifah. Kemain lagi dia hasut aku time2 maghrib ari ahad lepas. Aku ni dah la pantang kena hasut buat benda2 terlarang ni, pasti laju je aku ikut. Selaju Ferrari. Akhirnya aku setuju. Tambah cuti secara terburu-buru. Hehehe..

Isnin semalam bangun awal mcm biasa.. Macam nak g kerja.. Tapi bangun pagi semalam cool je.. Lengah2. Sebab tak kena punch card. So buat apa kelam kabut kan.. Siap sarapan nasik lemak bagai.. Ifah dah msg dah tanya dah siap belum. Belum okeh. Baju pun tak iron. Rasa2 nak je suh iron tu jalan sendiri. Ironing cloth is so not me! Cut it short.. Sampai lah kami di bumi Kuala Lumpur pada pukul 9.15am.

Urusan pertama patutnya ke AKPK. Tapi apahal pagi tu aku rasa lemau lak. Rasa gemuruh. Rasa debar2. Terus tak jadi. Terus g bangunan KWSP. Nak buat i-Akaun katanya. Senang. Takyah nak ngadap bangunan KWSP. Lagi pun nak print penyata boleh 3 kali je sebulan. Kalau bt i-Akaun dr rumah boleh print ribu-ribu kali sehari. Print penyata KWSP ribu-ribu kali utk apa? Bungkus nasik lemak? Perumpamaan jee.. Konon-kononnnn.. Hahaha

Nak ke PTPTN macam malas. Ah, malas lah. Kat KWSP pun dah dekat sejam, buang masa kat situ. Malas dah nak g PTPTN lak. Sejam? Kau buat apa lama-lama kat situ? Gelak2 lebih mana tak lambat. Lagi pun mesin penyata dia slow sikit.. Kena tabah kalau nak guna. Tabah tau.. Salahkan mesin. Padahal tak tahu guna.

Dah pukul 10.20 tu perut pun mintak macam-macam. Nasik lemak pagi tu dah lenyap dah. Time tu semua benda aku nak. So kitorang layankan perut dulu. Kalau tak nanti kami menangis sambil berjalan. Makan kat food court Sogo pun best jugak rupanya.. Tapi nak sampai kat food court tempat paling atas sekali wajib aku singgah kat semua tingkat. Sampai Ifah merayu2 mintak aku jangan singgah lagi.. Hehehehe.. Aku memang kejam terhadap kawan-kawan tercinta.. Heeeee..


Ifah cakap : kau suka tol makan benda ni kan..
Ya.. Wajib. Jangan dilarang okeh.




Lokasi pilihan Ifah sangat strategik. Amat sesuai untuk kami berbincang soal masa depan, kewangan, anak-anak, suami, dasar-dasar negara termasuklah soal hidup dan mati. 


Lama gila aku dengan Ifah melepak kat situ. Pastu Ifah ajak aku g kedai buku. Tempat terbaik untuk tidak pulang ke rumah terus. Tapi sebelum nak sampai kat kedai buku, kitorang singgah kedai baju,tudung,baju lagi.. Perempuan kannn.. Orang takde. Tipu la takde. Ada. Tapi boleh la nak menari bollywood kat situ. Nak jalan pun lapang siap dihembus angin lagi. Kalau tak sila berlaga segala yang boleh dilaga. Ngeri.


Kalau duduk kat sini setahun pun aku rela.




Separuh buku gak la aku baca. Lelaki dgn Perempuan?
Tak payah baca buku ni pun dah tahu. Lelaki tu lelaki. Perempuan tu perempuan. Nothing gonna change.




Target this book. Nak beli skrg macam.. Errr.. Malu-malu taik kucing.




Demi Allah, tempat macam ni adalah kedamaian para hati yang sunyi.
Time sekolah dulu tiap2 minggu datang sini. Dengan baju sekolah, beli buku. Time belajar dulu layankan library U. Dah kerja ni.. Lupa terus dengan sisi-sisi ilmu ni semua. Haihhh.




Untuk saya!!
Untuk anda jugaaa.. Cuma wanita bekerjaya mcm kita2 ni lebih hebat lagi cabaran dia.
Beli tau,tau,tauuu :)




Motif tutup mulut? Tamau uncle kedai tu nampak aku tersengih. Nampak sangat snap picha kan. Pastu kena halau. Chane? Haha




Model rasmi kedai buku tersebut.


Lepas shopping buku, kitorang shopping baju raya lak. Baju raya? A'ah.. Sabtu ahad ni aku nak sambung beraya rumah sedara mara sebelah ayah aku lak, dan sebelah ibu aku lagi. Ibu aku ni kan.. Ramai sangat sedara. Pitam aku. Raya first dgn second dah g rmh sedara pun tak habis2 lagi sedara ibu aku.. Haihhh.. So kena la beli baju raya lagi. Alasan.

Besar jasa Ifah ni okeh.. Dia tawar menawar harga dengan jurujual itu dengan bersungguh2. Harga? Nak nangis aku byr. Sebab murah kau. Mesti akak tu takmau Ifah masuk kedai dia lagi. Aku lak sedap je posing2 depan cermin. Ifah gigih tawar menawar. Aku mintak pario, pario pun Ifah mintak kurangkan harga. Lepas ni aku kena angkut Ifah kalau aku shopping. Silap2 nett price pun leh dpt diskaun. Hahahaha..

Bila dah dapat pario, akak tu cakap la buckle dia bagi percuma. Aku pun suka la.. Bila tima nak bayar sorang bangla ni cakap harga buckle rm15. Padahal akak tu cakap percuma.. Tapi bangla tu still cakap kena byr rm15 gak.. Aku dah malas nk tawar2 sbb aku tawar hati dengan bangla tu hahahaha.. Aku pun redha jelah. Tapi Ifah gigih cakap 'takde,takde..akak tu cakap free. saya takmau bayar. you kasi hadiah je benda tu' ulang-ulang okayyyy.. Aku pandang bangla tu pastu pandang Ifah. Pandang bangla tu pastu pandang Ifah. Last-last akak tu cakap 'dia main-main je'. Bangla ni kan.. Ada yang aku hantar balik jugak raya-raya ni kang..

Ifah belasah jubah. Satu muat untuk dia, satu muat untuk aku. Aku gedik try jubah tapi tak beli.. Hehehehe.. Takpe kan.. Try jeee.. Hehehe. Ah,gedik. Balik dari memenatkan diri bershopping sakan, kitorang hirup ice blended pastu jalan kaki bajet macam Jalan TAR tu kitorang yang punya.


Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tata!

4 comments:

Eifa said...

hehehe..kelakar la plk bila teringat blik yg kita g jalan TAR semalam...Ponteng kerja pastu merayau kt sana, bruk laku btul kita ni, hehe...

D Yatie said...

syurga dunia...kedai buku!!!!!!!! saya teruja bila berada dalam kedai buku...dulu-dulu library sultanah bahiyah tempat bercinta dengan tenangnya sampai bertukar-tukar pasangan = buku-buku...(encik suami bukan budak u so tak ada lah bercinta dengan beliau d library...haha)

Eifa said...

D Yatie...dulu awak student UUM ke?

Cik Saila said...

seronok ngan leka bila membaca kan..skrg ni sy keep in touch dgn library tmpt kerja saya lak..rs nk duduk situ smpai mlm..tp mana boleh kan..huhuhu

bila dpt pinjam buku library ofis ni, sure mlm sblm tido membaca sampai pedih2 mata ;)

dayang, rajin2 la membaca time pregnant nie..nnt baby awk pun kuat membaca :)