CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 7, 2011

Sudah tua tapi maju bajet muda kew?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Saya sedar saya sudah matang. Sudah lama tidak berjiwa muda lagi. Sudah lama saya tinggalkan kelakuan-kelakuan muda yang kononnya hot itu. Walaupun saya selalu dianggap dan diperkotak katikkan seperti budak tingkatan lima. Tetapi saya seorang yang serius. Tegas. Berfikiran matang dan bijaksana. Okay, cukuplah setakat itu pengenalan aku. Lebih2 kang pasti ada yang muntah lemang.

Yang sebenar-benarnya dah lama dah aku perasan satu perkataan ni.. Dan, kepantangan aku kalau orang tulis/taip atau apa-apa yang menyebabkan aku perlu baca, tulisan tu jadi annoying. Mungkin sebab otak dan minda aku disogokkan dengan ketertiban tatabahasa yang terlampu jadi menyebabkan aku tak boleh la kalau ejaan cacat macat ni.

Perghh seriusnya kauuu.. Okay,okay.. Ni bukan entry nak marah2. Ni entry nak kutuk sebenarnya. Jagalah kamu wahai En Gaban. Macam ni ceritanya (klasik kan?) sejak dua menjak ni kan, aku kerap gak la terperasan ada satu perkataan ni aku mcm tak berkenan. Tapi aku tak highlight kan la. Baca pastu abaikan.. Sebab aku macam blur.. Macam ada benda yang tak kena tapi aku tak pasti apa. So berlalu lah perkara itu begitu sahaja.

Tapi perkataan tu sering menghantui sms-sms aku. Tapiii.. Hari ni, baru jap tadi aku baru perasan okayyy.. Apakah benda yang menghantui sms-sms aku, apa yang buat aku rasa macam tak kena bila baca msg En Gaban.. Ada ke patut dia eja perkataan 'je' menjadi 'jew'.

Jew???? Apa jew? jew? Heyy.. Panjang dagu aku nak menyebut benda alah ni lah. Niew pengaruh dari budak remaja manew niew.. Heyy, marah niew.. Hamboi,hamboi,hamboiiiii.. Jew yew.. Panjang jugak dagu aku kang.

En Gabannnn, ni saya nak bagi sikit tazkirah petang eh.. Anda tu sudah tua.. Hahaha.. Tak payah nak jew,jew sangat.. Bajet muda la konon kalau taip jew,jew kan.. Hadoiii.. Dah la 'je' tu singkatan bagi perkataan 'sahaja'. Buat apa la g tambah2 jadi 'jew'. Kalau nak jimat huruf macam tak logik lak. 'je' lagi jimat huruf dari 'jew'. Haihhhh..

Saya tak sukew larr awak taip msg mcm tuew.. Geli larrr.. Pasni jangan guna jew,kew,niew,ittuew dan semangkuk denganya okay.. Kalau siapa bersms dengan aku memang tak wujud la perkataan singkat tahap meroyan ni. Takat simple2 tapi still boleh baca boleh la.. Ni sampai bunyik pun jadi lain mmg tak la dengan aku. Bayangkan bila aku kena sms lecturer aku zaman U dulu, nak mamp aku taip macam tu.. 'En.Zaim, bilew En.Zaim free ek? Sayew nak tunjoks tesis sayew yang sayew dah tambah niew.' Tak pun sms dengan boss aku 'En.Abu, Dato' dah setujuew dengan kertas kerja kitew'. Pitam diorg.

Dah la tu.. Pernah sekali En Gaban guna perkataan 'dowh' kat aku. Aku gelak gak la baca msg dia masa tu. Gelak sebab 'ada hati nak berjiwa muda busuk aku ni' tapi lepas tu aku tersedar 'dia cakap dowh kat aku???' Aku tanya la apasal guna perkataan 'dowh' kat aku. Boleh En Gaban cakap dowh tu maksud dia sangat. Apa sangat,sangat? Dowh tu asal perkataan bodoh. Bodowh. Dowh. Sebab tu ada budak-budak bajet howt ni cakap 'tak boleh la dowh'. Dengan aku sekali kena dowh dengan En Gaban. Hadoyaiii.. Sabar jelah aku ni.. Nak gelak tapi tahan2. Nak marah kesian pulak.. Ni harap-harap dia tak sentap hati baca entry aku.. Hahahaha.. Sebab ai sayang yu la ai bagi nasihat mcm ni.. Nasihat sambil mengutuk. Hahahaha.. Jombalik.







Thank sayangs!
Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tata!

No comments: