CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 4, 2011

Ada nama saya lah!

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Tengah makan bubur ni. Bubur pisang. Kalau kat rumah time ni kan haruslah minum petang. Tipu. Minum petang kat rumah pukul 6petang. Kat ofis bantai minum petang pukul 4petang. Perut bocor kannn..

Tadi masa beli nasik kat cafe, Ina mintak aku tolong bayarkan sekali nasik dia. Macam tau-tau je kami nak bayar asing.. Pakcik cafe tu terus kira asing-asing.

'Sheila punya rm4.50.....' sambil bukus bekas polistrin aku.

'kawan punya rm4.........' sambil bungkus polistrin Ina.

Bila orang sebut nama Sheila depan aku, aku assume dia tengah sebut nama aku la tu. Beriya aku tengok bekas polistrin kat tangan pakcik tu. Kot-kot ada tulis nama aku kat situ. Tapi takde pun. Putih je aku tengok polistrin tu. Cemana dia tahu nama aku Sheila walaupun salah sebut salah eja.

Bagi duit kat pakcik tu pun bengong2. Still tak puas hati mana pakcik tu tau nama aku.

Bila blah dari kaunter pembayaran yang semakin mahal sejak lepas Hari Raya Aidilfitri yang mulia tu.. Ada benda goyang-goyang kat atas perut aku. Bila aku pandang...

Ohhhhh! Ada name tag NURSAILA kat atas pass kerja aku.

Tempah. Tapi baru nak pakai. Itulah padahnya.

p/s : masa mintak En Gaban g tempah name tag untuk aku dulu tahu dia menakutkan aku apa.. Dia cakap dia dah tertempah nama aku NURSAILA NORDIN. Sah2 bapak aku bukan Nordin. Norman okey!! Tapi rupanya dia tipu. Korang tolong la jangan tipu aku.. Sebab aku ni cepat naw percaya. Muahaha..



thanks sayangs!
gigih korang baca sampai habiskan.
tenkiu tenkiu


Tata!



No comments: