CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 10, 2011

Bersyukur ada KAMU

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua

Berkat doa, doa dan doa.. Akhirnya stress pergi jua.. Ada macam lirik lagu Adam Ahmad tak? KAU PERGI JUA.. Hahaha

Okay, pagi2 sejuk nie aku nak korang bersedia dengan mood puisi. Eh! Puisi eh? Ala yang mood macam slow motion, pastu feeling2 terbang kat awan.. Pastu macam ada daun2 kering gugur atas rambut/tudung korang.. Haaa.. Feeling macam tu tau.



Kalau pun dia penuh kekurangan..
Tapi hakikatnya kekurangan pada diri kita lebih dari kekurangan diri dia..
Kekurangan dia hakikatnya mengajar kita erti sabar dan kuat mengharungi dugaan hidup..
Kenapa mesti kita tak pernah bersyukur.
Kenapa mesti banyak rungutan dari kesyukuran.
Kenapa mesti yang buruk itu kita perdendangkan..
Sedangkan masih banyak kebaikannya kita kaburkan..
Cuba kira..
Berapa banyak tawa yang hadir dalam hidupmu hasil usaha dia..
Cuba kira..
Berapa banyak air mata yang hadir dalam hidupmu dari kata-katanya..
Sama..
Lebih baik jumlahnya sama..
Dari terlalu banyak air mata dari tawa..
Titipkan doa setiap saat. Tingkatkan usaha setiap hari.
Pasti impian kita Allah ketahui.



Okay dah. Jom sambung buat kerja masing2.




thanks korang!




Tata!



No comments: