CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 10, 2011

Naik bus tapi serupa macam naik roller coaster

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Sabtu baru-baru ni aku paksa Ifah dengan Leha teman aku g facial. Yelah.. Muka dah serupa pantai kat PD.. Mana leh tahan.. Muahahaha.. Kena picit2 kat muka menangis okehhh.. Namploh kali buat facial kena picit2 namploh kali gak meleleh air mata. Eh, tapi aku bukan meleleh air mata tau. Aku tumpah air mata.. Tumpahhh.. Maksud tumpah di sini ialah bila ahkak facial tu bukak kapas yang bertepek kat mata aku tu ditanggalkan. Time tu takde air mata meleleh. Perghhh.. Aku macam tak percaya. Sekali aku bukak kelopak mata.. Tumpah terus air mata serupa kolam pecah.

Nak citer pasal bas ke pasal facial makcik? Eh, Makchek?

Okay,okay.. Ampun dipinta. Aku nak cerita pasal bas kat KL ni haa.. Aku jarang-jarang naik bus kat KL ni.. Kalau selalu pun aku naik bus Rapid KL. Selesa, selamat, sejuk, ada TV.. Hahaha..

Tapi sabtu lepas.. Lepas settle buat facial kitorang jadi lapar macam tak makan seminggu. Tau-tau jela area Sri Gombak tu.. Susah dapat public transport.. So bila nampak je bas terus naik. Janji sampai KL. Malas dah nak pk banyak2. KL je senang. Kitorang bertiga mana la pernah naik bas dari Sri Gombak ke KL. Agak pening2 lalat la kitorg bertiga time tu.. Asyik tengok luar je.. Takut ntah ke mana-mana bas tu bawak kami. Hahaha.. Benda paling tak best naik bas Metro ialah asyik berhenti. Setiap 100 meter 6 atau 7 kali dia berhenti. Kau mampu? Letih okehhhh.. Dia punya brek bukan lembut2. Keras gila.. Boleh ke guna perumpamaan lembut dengan keras untuk brek? Konon-kononnnnn.. Konon-konon k koranggg..

Tengah syok layan pemandangan yang tak seberapa.. Kejap2 aku tunjuk kat Leha 'sini la aku dengan abg Shahir lepak.. Sini la aku dengan abg Shahir makan kuih sedap tu.. Sini la kitorang lalu.. Sini la.. Sini la..' Aku tau adik aku bengang. Tapi akak kau memang macam ni. Maap kan ya. Tengah2 syok tunjuk tu tunjuk ni kat Leha tetiba rasa macam tak best jek. Laju tak semena-mena. Serupa naik kancil. Dia kan bawak bas. Tapi feeling-feeling bawak kancil. Kau tak bengang ke? Dah la aku dengan Leha seat nombor dua dari depan. Semua kereta2 kat depan bas tu semua aku nampak. Aku ingat driver bas tu nak sodok semua kereta2 yang ada kot.. Lepas tu dia boleh pulak tak tahu nak tekan brek. Kaki aku dengan Leha lak yang macam tekan brek.. Aku tau.. Lagi 1cm je pun bas tu nak cium semua bontot2 kereta yang ada kat situ..

Rupanya dia nak potong sebijik bas Metro kat depan.. Boleh kan.. Dah la jalan sempit. Banyak kereta.. Dia boleh bajet macam dia bawak motor EX5 kat situ. Gigih dia nak potong jugak. Semua kereta terpaksa beralah. Nyaris-nyaris nak bergesel dengan Myvi. Haihhhh..

Korang rasa apa eh baca apa aku tulis ni.. Ke aku je feeling gempak. Korang elok je menguap kot.. Hahahaha..

Tapi kan.. Aku, Leha dengan Ifah dah serupa naik roller coaster atas jalan tapi ada pulak couple indon seat depan aku relax je layan angin dari celah pintu bas.. Sikit tak takut ke risau ke apa ke.. Diorang layan cinta ke atau dah biasa? Uwaaaaaa.. Tapi kan.. Ada lagi tapi nih.. Tapi kan takde lak berita accident bas Metro kat KL kan.. Hehehehehe.. Kalau korang tak percaya try la naik.. Tak pun kalau ada yang nak naik roller coaster dengan harga RM2.50 boleh gak try.. Muahahaha.. Kecut perut okay.. Tapi best. Hahaha!




thanks korang!



Tata!



No comments: