CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 27, 2011

Pengorbanan

Banyak pengorbanan yang kita perlu hadapi dlm hidup.
Mengorbankan wang ringgit utk mencapai impian yang kita nanti2kan.
Mengorbankan perasaan untuk menyenangkan hati orang lain.
Mengorbankan tenaga bertahun-tahun berhempas pulas untuk sampai ke saat ni.
Tapi paling tersentuh hati ni, bagai dihiris-hiris pisau tajam, bila terpaksa mengorbankan harga diri kerana sikap mementingkan diri sendiri oleh orang lain.
Kepada manusia-manusia yang berhati perut, berperikemanusiaan, tolonglah.. Jaga aib orang lain. Jangan sesuka hati jatuhkan maruah dan harga diri orang lain.
Apa anda dapat dengan membuat orang lain dipulaukan?
Seronok?
Puas hati?
Mungkin anda tersenyum puas.. Tapi ingat, doa orang teraniaya itu makbul.
Senyum la sepuas-puasnya.




Hari ini anda melihat air mata orang lain atas sikap busuk hati anda.
Hari ini anda melihat garis-garis pedih di wajah orang yang anda cemarkan maruahnya.
Esok pasti ada untuk anda..





Love,
Tata!

No comments: