CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 3, 2011

Nak cari calon suami yang pandai buat kerja rumah ADA?

"Percaya atau tidak, gua tak kisah langsung kalau hang ni tak pandai memasak. Serius gua tak kisah. Kerana apa yang gua belajar ketika subjek CCFM2052 Family Management & Parenting, memasak bukan tanggungjawab isteri. Sebaliknya suamilah yang patut memasak untuk family.

Kalau hang nak suruh gua ajar pasal 'parenting' dekat blog ni, gua pasti lu orang semua akan terkejut, kerana apa yang orang Melayu kita amalkan memang jauh sekali berbeza dengan apa yang sepatutnya. Contohnya kemas rumah, sidai kain, urus rumah tangga, masak, itu semua tugas suami."
 
 
 
Kalau orang lelaki tau pasal hal ni sure melenting sampai melompat sama tinggi dengan KLCC. Bila part hakiki diorang ada je ayat nak bidas balik. Tapi bila part hakiki kita kemain lagi berbuih mulut suruh kita itu ini.

'yayang kena pandai masak rendang ayam bersalut madu kasih sayang berserta daun kucai'

'yayang kena pandai iron baju abang perkasa sampai bucu lengan jadi tajam kalau orang langgar sure cedera parah jahit 44 jahitan'

'yayang kena pandai urut kaki, badan, tangan, lutut, siku, kening, hidung abang perkasa tauuu'

'yayang kena pandai basuh baju wangi2 putih bersih guna daia dynamo fab total segala bagai tauuu'

Bila part kita mintak tolong basuh pinggan lepas makan malam sama2 lauk rendang ayam bersalut madu kasih sayang berserta daun kucai.. Boleh dia jawab

'alaaa.. tu kan kerja orang perempuan yayanggg.. yayang la basuhkan.. abg sakit pinggang ni'

Bila part kita mintak tolong lipat baju sama-sama (bold lagi tu) lepas kita dah basuh baju wangi2 putih berseri guna daia dynamo fab total bagai.. Boleh dia jawab

'alaaaa.. tu kan kerja orang perempuan yayanggg.. abang perkasa tak tahu lipat baju. kang jadi roti tirai. lagi pun abang perkasa sakit tangan laaaa'

Padahal kita tolong diorg bekerja, cari nafkah sama-sama. Nak tolong laki katanya. Bini macam nak mam kerja kat ofis nak naik gaji. Lebih boleh menyimpan esok tua takde la makan ikan dengan bilis goreng. Balik rumah bini jugak tertonggang tonggeng kat dapur memasak, basuh baju, basuh bilik air. Laki terkangkang depan tv tengok drama Kasih Alia. Siap ada cawan sebijik air teh panas dah lesap masuk tekak. Bini air setitik belum minum lagi.

Silap-silap nak on kipas pun panggil bini yang kat dapur tengah masak sambal sekuali, masak lemak cili api seperiuk. Lagi mau berlari ke depan on kan kipas untuk laki.

Nak calon bini pandai masak. Anda tu boleh ke jadi imam?solat maghrib pun cukup lah..

Laki kalau tak banyak duit pun takpe dah. Janji menyenangkan bini. Ye dak wahai sekalian isteris? Ke aku sorang je.. Teringat dulu masa ada mamat desperate sekor ni ajak kawen, dia tanya aku pandai masak apa. Aku jawab aku tak suka masak dan aku xnak belajar masak. Kedai makan banyak. Pastu dia suruh aku belajar masakan negeri dia. Mimpi petang sikit. Belum pape dah arah2. Nak kalu kau kawen dengan bibik indon. Aku takde pun tanya 'awak gaji brape bulan2 mampu bagi saya dua ribu tak?'. Kemain lagi demand kat orang perempuan. Diri sendiri macam ketam jalan senget.. Ada hati nak kawen dengan ketam jalan lurus.

Bila cakap hal rumah tangga semua suami kena urus melenting siap nak lempar teh ais. Belum pergi kursus kawen lagi kannn.. Sila hadir kursus kawen dulu. Aku masa hadir kursus kawen kat Jitra tahun 2008, ustaz ada cakap hal ni. Nak melenting sangat g kursus kawen dulu. Orang pmpuan cakap sume nya salah.

sumber : google
p/s : 2008 dah g kursus kawen. 2011 nak habis dah, kawen tak lagi. muahahaha..

p/s/s : pada hakikatnya tak semua lelaki mcm tu. tapi nak jumpa yang satu tu yang susah.. Huhuhuhu!
thank sayangs!
gigih korang baca sampai habiskan.
tenkiu tenkiu
Tata!

3 comments:

*Miss Geli^ said...

lenkali tegur je la..jgn la wat gitu tau..hhahah..mana tau akak tengah korek idung ke, tarik sepender tengah lekat kat celah ke

tegur je la..ok

zOeY zAu YaH said...

hehe...sabo je lah kalau jd isteri..kena sama2 bertanggungjawab =D

Cik Saila said...

kesian kita-kita kan cik zoey.. huhuhu