CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 11, 2011

Saya janji saya takkan tanggalkan 'dia' lagi

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Malam tadi En Gaban buat suprise paling air mata sangat. Cukup lah 5hari nangis-nangis sebab 'dia' hilang. Sedih bila 'dia' selalu ada dekat dengan kita tiba-tiba hilang mcm tu je. Tapi berita kehilangan 'dia' aku tahu dari mulut orang lain. Masa tu buat bodoh je. Bajet tabah plus cool. Tapi bila masuk hari ketiga.. I have to accept. The thing is not with me anymore. Nangis tiap masa teringat 'dia'. Mood slow je macam hilang nyawa.

Siyes aku putus asa nak fikir positif lagi. Boleh ke 'dia' hilang atas hiway datang balik kat aku. Positif. Positif. Positif. No. Mustahil 'dia' datang kat aku malam2 time aku tengah tidur dengan air mata meleleh kat pipi.

Tapi kan.. Tapiiii.. Malam tadi.. Alhamdulillah.. En Gaban bagi aku kotak kecil. Ada tulisan atas kotak tu. Dalam hati masih berharap dalam kotak tu 'dia'. Tengok. Punya la positif aku nih. Hikhik. Tapi aku rasa pen kot. Tak pun rantai ada huruf S. Yarks!

Bukak-bukak.... 'dia'. 'dia'!! 'dia'!!! Paling kanan. Nangis. Meleleh-leleh air mata. Bukan sengaja nak bajet Umie Aida berlakon drama malam ahad. Tak. Aku pandang 'dia' meleleh lagi air mata. Tunduk pandang kaki sendiri. Nak angkat muka tak boleh. Nanti orang nampak air mata aku macam air terjun.

Sekarang, bila pandang 'dia' senyum suka, hati berbunga. Malam tadi dah janji depan En Gaban takkan tanggalkan 'dia' lagi. Takkan. Tu janji saya.

Tengok jari manis.. Senyum. Manis, maafkan saya biarkan awak tanpa 'dia' selama 5hari ni. Saya janji saya takkan tanggalkan 'dia' lagi.




Love korang,
Tata!

No comments: