CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 3, 2011

Sombong dengan belagak sangat dapat apa eh?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Hai sayangs!

Bertemu kembali setelah sekian lama kita bercuti. Okay, poyo sudah. Excited okay nak cerita pasal bercuti di Bagan Lalang. Sekali USB henfon boleh pulak takde. Kuciwa. Nak bluetooth henfon ke PC yang ado.. Lama dah hilang USB nya. Endingnya? Dok diam2 sudah. Actually gedik nak cerita pasal pengalaman berjalan kaki ke tengah laut pukul 1pagi. Nasib baik hitam pekat. Kalau siang2 terang benderang memang aku tak pergi. Sorry sikit banyak.

Okay, nak cerita pun tak guna sebab picha takde. Walaupun percutian kami memang awesome, tapi ada gak yang buat tahi okay. Aku terkesima bila teringatkan layanan pekerja 7 Eleven kat pekan Bagan Lalang aritu. Sorry ya, tak payah nak cover2 nama company. Jelas dan nyata kesalahan minah tu.

Kami sampai kat pekan Bagan Lalang pukul 7pm, singgah jap nak beli ais dengan beras. Firstly kitorang g beli ais dulu. So kami pun masuk lah dalam 7e dengan muka penuh keceriaan. Tak main la muka ketat metat ni. Nanti cepat tua.

Masuk2 je dalam 7e tu minah 7e yang ada terpacak kat luar kaunter pandang kami macam nak telan. Takde hal pun bagi aku. En Gaban pun bukak mulut 'Selamat petang, kami nak beli ais'. Perlu ke? Hahaha.. Minah tu still muka ketat masam macam kayu balak (bf) dia baru lempang dia laju2. Still tak buat aku naik angin. Aku straight g ke bahagian belakang. Tapi tak nampak lak peti ais yang selalu ada kat 7e tu. En Gaban bukak mulut lagi 'ais kat mana dik?'

'sebelah kanan tu'

Perghh. Suara dia macam guru besar tengah pegang rotan okay. Aku sound En Gaban 'tak payah tanya lain kali'. Bila kami bukak peti ais tu kitorang tengok sume beg ais berikat dalam satu beg besar. Kitorang nak 3beg kecik je. Dalam beg besar tu ada 5beg. Nak bt apa banyak2. En Gaban tanya lagi 'boleh amek satu2 tak ais ni?' Minah tu bagi jawapan paling ayu....

'boleh bukak kan tali tu'

Kepala ho ho ho licks dia. Dengan tangan silang kat dada macam pengawas peperiksaan, muka masam. Mata menjeling. Aku terkedu okay. En Gaban terus diam. Perlu ke dia buat macam tu. At that time aku start la membebel sambil tu bukak tali beg ais. Dapat 3beg kitorang terus g kat kaunter.

Aku hempas ais atas kaunter. Yang kat tangan En Gaban aku nak hempas gak tapi En Gaban gigih letak slow2. Syed! Aku baru nak tunjuk protes. Aku hulur duit bajet macam datin2 tengah menopous. Aku marah okay. Nak meyombong pasal apa. Aku amek duit baki kasar2. Lantak kau lah. Nasib aku tak baling ke syiling tu ke muka dia. Muka panas okay. Ringan je mulut ni nak cakap 'kau menyombong dapat apa eh?'. Tapi tamau. Aku kan nak pergi bercuti.. Nak makan sotong bakar, udang bakar.. Hahahaha

Aku tak tau la dia menyombong sebab apa. Hangin sangat kot aku masuk kedai dia beli ais semata2. Tak pun dia hangin sebab pukul 7pm tak dapat dengan Shin Chan dengan Doraemon. Kalau tak suka kerja layan pelanggan jangan la apply kerja kat situ. Lain la kami masuk2 je terus tengking2 'ais mana?!! ais! aku nak ais!!'. Boleh la kau nak fire kami balik.

Sebab dia sorang tak pasal2 nama 7 Eleven up kat sini. Bila hati dah panas mula la mulut aku nak membebel bukan2. Sorry ya dik.. Kalau kau tak layan aku macam tahi takde nya aku nak ngata kau bukan2 seperti 'baru kerja 7e dah belagak, belum lagi jadi pegawai. kalau jd pegawai agaknya lama dah anak buah mati kejung sekor2'.

Lepas hantar ais masuk kereta kami g beli beras kat kedai Cina lak. Lelaki Cina tu rilex je senyum2 tengok kami masuk kedai dia. Siap cakap terima kasih pastu senyum manis macam gula kat kami. Takde lak aku tengok gigi dia berterabur sebab senyum. No wonder la orang cakap cina berniaga lagi mesra dari orang melayu. Lantak la persepsi negatif orang konon cina buat2 mesra sebab nak tarik orang melayu beli brg dia. Sekurang2nya dia buat2 mesra ke apa ke yang penting dia buat pelanggan dia selesa.

Melayu dengan melayu pun nak menyombong. Adik, akak ingat muka kau dik. Pasni akak g Bagan Lalang lagi siap kau dik. Hahahaha.. Berani kerr? Bluwekk!



thank sayangs!
gigih korang baca sampai habiskan.
tenkiu tenkiu


Tata!


No comments: