CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 8, 2011

Adakah hormon memanipulasi perasaan aku kini?

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




Sejak seminggu dua ni perasaan tak menentu sikit. Kejap okay. Kejap tak okay. Kejap suka. Kejap tak suka. Sedikit terguris terluka hari tu masih berkesan lagi. Lepas tu tambah pulak dengan langau seekor. Haihhh.. Bila ada bau-bau busuk, ada pulak dia datang menyinggah. Bila bau wangi-wangi dia tak muncul pulak.

Bukan sekali langau seekor tu buat macam tu.. That's why la ada rasa pelik sikit, macam ada yang tak kena je. Langau tu sihat ke tidak aku pun tak pasti. Kalau tak sihat aku boleh terima, aku faham la keadaan makhluk yang tak sihat. Tapi kalau dia sihat macam mana? Boleh terima ke apa dia buat eh..

Yang keduanya soal penat lelah. Boleh tak kita cakap kita dah penat. Taknak buat apa-apa dah. Nak tunggu je. Hiks! Konon-konon diri sendiri rasa usaha yang kita dah buat dah capai 100%. Hebat, hebat, hebat. Tapi rupa-rupanya Allah nilai, usaha kita baru je 25%. Macam mana? Huhuhu..

Yang ketiganya soal hati seorang perempuan yang beralih arah. Okay, seram. Ini bukan aku okay.  Soal hati seorang perempuan yang telah beralih arah terjadi kepada seorang perempuan yang aku kenali sangat2. Dan terjadi juga kepada seorang perempuan yang aku tak kenali, tapi kisahnya diputarkan di tepi telinga aku sehingga aku merasakan aku mengenali dia sangat2.

Kedua-duanya dah selamat pun. Dulu.. Aku tak mengerti soal hati mereka. Kenapa mereka mengambil keputusan untuk beralih arah kepada lelaki lain yang lebih menjamin mungkin kerana jaminan memang sudah sedia terbentang di depan mata. Just grab. Nampak seperti permainan kotor. Dan nampak juga kedua-dua wanita itu terdesak. Kedua-duanya ada alasan sendiri yang aku rasakan cukup rasional. Tiada bantahan dari aku. Bukan kerana aku juga wanita. Tidak. Tapi logikal dan rasional. Dan aku tahu, kedua-duanya bahagia. Dan aku juga sedia maklum, lelaki yang mensia-siakan dua orang wanita itu tidak bahagia.

See.. Kadang-kadang kita ambil keputusan yang sangat buruk, keji, kotor, tahi. Tapi hanya Allah yang tahu disebalik kekejian itu. Ada sinar baru. Aku tak mahu ambil keputusan kotor begitu. Tolong jangan paksa aku.

Langau please.. Kalau ada bau busuk sikit ke banyak ke tak payah lah nak kerumun.
Penat please.. Tiada hidup yang senang, semuanya susah, semuanya lelah.
Hati please.. Kamu jaga hati ini, pasti ia sentiasa ada untuk kamu.




thanks korang!



Love,
Tata!

2 comments:

msredcheesecake said...

Cinta beralih arah tak semestinya berpunca dari niat atau sebab tak baik kan?...Kadang2 itu lebih baik...

Cik Saila said...

hanya allah yang maha mengetahui kan :)