CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 16, 2011

Budak Cengeng Masuk Ofis Baru

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hari ni baru siuman mood aku. Sejak dua minggu lepas rasa nak nangis tapi tak nangis2.. Rasa sedih, murung, sayu, pilu.. Macam tak dapat balik raya pun ada.. Semuanya sebab kena berpindah ke department baru. Dengan semua orang aku bagitahu 'saya sedih laa'. Mengong tak? Tapi aku memang macam tu.. Cepat sedih. Damn. Sikit,sikit nangis.. Sikit,sikit sedih. Nak pindah department pun sedih. Apa daaaa..

Tapi tulah perangai aku.. Jangan cakap pindah department ke pindah duduk asrama ke.. Tido rumah Kak Raja kat Putrajaya aritu pun aku sedih okayyyy.. Haduhai. Boleh takk? Tido semalam je pun sebab esoknya ada Hari Inovasi. Sayu je aku sorang2 dalam bilik anak Kak Raja. Pastu feeling2 nak nangis sebab rindu ibu aku. Sengal. Sengal. Sengal.

Dulu masa duduk kat U, 6 semester.. Kau larat nak nangis tiap-tiap semester? Aku larat okay.. Semester last pun aku bantai sedih, menangis bagai. Ngadu kat Ifah 'aku sedih la Ifah' pastu menitik air mata macam hujan.. Apa jela kau ni saila oii.

Hari ni secara rasminya aku jadi staff kat department baru. Seronok, seronok, seronok.. The best thing is kita belajar benda baru.. Tapi sedih sikit sebab kena tinggalkan kerja lama.. So lepas ni takleh la mintak En Gaban hantar aku g meeting kat SME Corp.. Hehehe! Okay, dah, tamau sedih-sedih.. Staff kat department baru kan ramai.. Having fun please!!

Benda paling berat aku nak buat minggu ni ialah berpindah secara total. Hari isnin lepas bila PC dah bawak ke ofis baru maknanya officially aku staff kat ofis baru.. Sedihnya nak tinggalkan tempat lama..





Sepah-sepah tu sebab berkemas bukan sebab malas tau..
Yang ni half dari segala harta karon aku, aku dah bawak ke ofis baru.
Harta karon.. Haruslah bertimbun..





Kotak F4 je. Takde macam dlm drama pun, siap pindah guna kotak cantik2..





Empty. Lonely. Sadness.





Yang ni tak tahu nak letak mana.. Huhuhu T_______T
Bantal olen itu Zaki dah buat peluk2. Bengong.





Tempat baru. Abaikan yang sepah-sepah tu. Alasan penting : baru pindah jadi haruslah bajet macam saya-tak-salahkan?





Saje nak tunjuk kotak tisu. Belakang tu dinding tau.
Hikhik!





Belakang tu bilik Puan Boss. Walaupun dia bukan boss saya, tapi harus saya takut-takut dengan dia.


But now baru aku rasa macam eh, i have a life! Hahahaha.. Sebelum ni duduk dalam bilik macam banduan kena kurung. Bila ada benda baru keluar carik manusia. Manusia tu Zhul dengan Ina la.. Hohoho! Sekarang open air!! Yehaa.. En Gaban dah takleh ajak aku lunch area ofis aku dah. Sini staff ramai. Gua malu kalau diorang tau.. Hihihihihi.

Jom brekfes dulu.



thanks korang!



Love,
Tata!

No comments: