CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 9, 2011

Hormon, jangan manipulasi aku lagi.

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua




JANGAN mudah melenting atau cepat melatah andai wanita yang anda kenali sebagai seorang yang sabar atau periang boleh berubah emosinya secara tiba-tiba. Perubahan ini mungkin menyebabkan mereka menjadi seorang yang begitu sensitif, mudah marah, cepat tersinggung atau sebagainya.Tidak kira siapa pun wanita terbabit sama ada ibu, kakak, adik, isteri, teman wanita, bahkan yang bergelar nenek sekalipun boleh mengalami perubahan emosi seumpama ini.Hakikatnya ialah bukan mudah menjadi seorang wanita. Namun, inilah yang harus dilalui oleh wanita dalam meniti setiap fasa kehidupan mereka. ( Hasil carian, SINI )



Semalam emosi berserabut sebijik macam rambut yang berpintal-pintal di badan sikat lepas kita sikat rambut kita.. Boleh bayangkan tak? Atau pun macam dalam perut ni ada mesin basuh yang tengah berputar cuba menghilangkan daki di baju kain dan seluar dalam. Eh? Lepas tu bila orang bercakap dengan kita ( salah seorangnya ialah Ifah. yang lain pun sama. ampun ya ) boleh pulak kita tak dengar. Lepas tu keluar suara ' ha, apa dia? '. Kesian orang tu. Berpidato sampai terpercik air liur tapi aku boleh fokus dengan mesin basuh dalam perut aku je.

Teman Ifah membeli belah di pasar malam pun satu benda yang aku tak nikmati. Ntah bila aku sampai kat pasar malam aku pun tak sedar. Ntah bila aku sampai kat rumah semula pun aku tak sedar. Mesin basuh dalam perut aku still tak habis mencuci. Ifah ambil pinggan sendiri untuk isi laksa dia, ambil sudu dan garfu sendiri pun aku tak ambil kisah. Tuan rumah apa ya aku ni. Uhuuu.. Tapi aku jadi emosi bila tengok drama Soffiya.

Yang jadi mangsa adalah orang sekeliling aku. Rambut yang berselirat, mesin basuh yang tak sudah-sudah mencuci, air mata nak melimpah tapi empangan tak pecah membuatkan aku jadi serba tak kena. Melepaskan marah pada orang yang tak patut kan tak boleh. Salah. Tapi tu jugak yang aku buat. Damn. Melepaskan apa ntah. Aku pun tak tahu.

Takleh biarkan lama-lama. Nanti merebak membiak. Laju-laju call. Dengar suara dia dan akhirnya lega. Empangan pecah jugak dan air mata lepas bebas. Lega. Okay, saya dah happy. Dah lega. Pheew! Mintak izin nak keluar kejap jumpa dia. Laju-laju siap, tak sabar nak hirup teh 'o' panas air tangan mamak. Cisss. Rumah sendiri kan ada teh. Susah sangat ke nak buat eh?

Secangkir teh 'o' panas bersama sebuah topik luahan rasa. Lega. So aku dah jumpa formula supaya hormon perempuan yang tunggang terbalik tu duduk diam-diam. Akhirnya malam tadi baru jumpa formula tu. Lambatnya jumpa. Haihhhh. Anda dah jumpa? Harap-harap dah ya.. Betul la kata orang-orang bijak perubatan, hormon wanita tak stabil. Tapi bila dah jumpa dengan hormon lelaki baru stabil. Bila nak kahwin ni! Hikhikhik.



 
thanks korang!



Love,
Tata!

No comments: