CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

Lawatan ke SC baru

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Semua orang cakap pasal KL Festival City. Eh? Semua orang cakap ke? Yeke.. Ke aku je feeling semua orang paksa aku g KLFC? Takde maknanya.. Zhul sorang je paksa aku g situ. Diulangi ya.. paksa. Muahahaha.. Mesti Zhul hangin je baca entry ni. Hikhikhik!

Okay, Zhul paksa aku g KLFC. Setelah dia bercinta kat situ, dia paksa aku dengan En Gaban lak pergi. Hasil hasutan dia meyebabkan aku pun terpaksa la memaksa En Gaban supaya menuruti kehendak Zhul. Eh? Betul ke ni? Kehendak aku.. Sorry.

Nak carik pintu masuk ke parking je sudah pening. Muahaha.. Masa tu aku dah risau kalau kena sound dengan En Gaban mampus aku.. Dalam hati doa-doa jumpa la cepat pintu masuk.. Hahahahaha.. Mesti pelik kan kenapa mesti sampai paksa-paksa En Gaban pergi KLFC, ajak macam biasa tak boleh ke.. Sebabnya En Gaban cakap bangunan tu belum siap sepenuhnya.. So dia takut nak masuk. Memang betul pun.. Dari jauh lagi kitorang nampak ada kren atas bangunan KLFC. Masa tu kitorang kat traffic light. Ya ampun.. Aku doa-doa jangan la dia cancel takmau masuk itu KLFC. Hahahaha.. Masuk jugak akhirnyaaa..

Takde apa pun.. Sama je macam shopping complex yang lain.. So takde apa la nak review sangat. Kau ingat kau pergi Bali ke nak review beriya-iya.. Sedih okeh. Tapi aku jatuh cinta dengan satu kedai ni. Apa ntah nama dia, boleh pulak aku lupaaa.. Benci. Tapi dia punya konsep ala-ala Home Deco. Ingatkan bapak mahal.. Tapi bapak murah rupanyaaa.. Sebelah dengan Subway. Nanti singgah tau, tau, tauu..

Dah, dah.. Jom layan picha curik dari aku.. Ya, curik-curik.. Habis goyang-goyang, blur-blur  picha semua. Takut la kena halau.. Mati En Gaban tamau bawak aku g mana-mana dah.. Hahahaha


Berjam-jam aku kat sini.. Nak ke tak, nak ke nak, nak ke nak..
Murah, shantik, geram, suci murni..





Tengok. Kabur.. Kelam kabut okehhh..





Yang ni aku siap snap picha SA dia.. Hambek kau..





Menggeletis nak hanger ni..





RM1.90 Boleh buat jadi ashtray.. Boleh jugak buat decoration untuk w-day nanti. Wink! Wink!





Blur again. Maafkan tangan yang menggelabah.





Lantern. Trend sekarang. Apa lagi.. Jom sambar!





Shantekkkk!





Bapak shantekkkk!





Abaikan rambut dia. Gua benci. Fokus kat aku je. Ya, aku je.





Hahahaha.. Ada macam mak tiri Snow White tak?











Puteri Gaban punya. muntah! hahaha!!


En Gaban punya.




Tengok.. Tengokkkk.. Menyesal aku kelam-kabut-takut-orang-nampak. Kan dah huduh. T______T





Lepas snap picha ni dia tanya
'ada macam safee sali tak?'
Korang dah ready nak gelak kuat2 tak? Dah?
Okay, on your mark..
1
2
3
Kahkahkahkahkahkahkah!


Pitam la kalau hari-hari dok tanya ada macam Safee Sali tak.. Penat dah aku explain 'takde,takde,takdeee'. Aku pun tak tau la dia tak pandai Bahasa Melayu ke apa.. Hahaha. Harapan En Gaban tu tinggi sangat. Cuba la tanya 'ada macam Kunalan tak?'.. Boleh la aku cakap 'awak cerah sikitttt je dari dia.. So menampakkan awak gantengg sikittt dari dia'. Boleh? Hikhik!

Okay, sorry.. Berbalik kepada cerita pasal KLFC, kitorang tak lama pun dalam tu. Sekejap je.. Tak habis pusing pun.. Pukul 5pm kan ada game Malaysia lawan apa eh? Apahal aku leh lupa ni! Damn.. Alaaaaa! Takpe2, tak penting. So kitorang laju-laju pergi mamak pulak nak tengok KFCM. Eh? Aku nak tengok KFCM. En Gaban nak tengok KFCM kalu.. Pengsan aku.

Okay, banyak sebenarnya nak cerita tapi sibuk la pulak.. Masuk department baru kann.. Feeling, feeling sibuk la.. Hikhik! Eh, tak-tak.. Memang sibuk. Ni pun nak g kat lobby, ada delegasi dari Turkey nak datang. Entry ni pun aku edit semula sebab semalam tak sempat nak publish. Busy kan, kan, kan? Yaaa saila, kau busy. Doa-doa orang dari Turkey tu tak tanya aku bukan-bukan. Amin.



thanks korang!




Love,
Tata!








2 comments:

chu-E zHuL said...

walaweh bukan turkey la .. tpi turkmenistan daa

Cik Saila said...

panjang naw namanya..turkey sudahh.. hehe