CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 2, 2011

Makhluk Allah Yang Berhak Mendapat Kasih Sayang

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua


Puas aku cuba ingat macam mana punca aku boleh terjumpa blog Kakimotong ni. Tapi still tak ingat. Ntah macam mana ntah.. Tau-tau dah follow. Tapi tak semua entri dalam blog milik Papa Hero tu aku baca. Sebabnya, majoriti entri dalam blog tu mesti buat aku nangis macam kena cubit. Beriya-iya air mata ni keluar macam air hujan. Sampai bengkak-bengkak mata pun pernah.

Kisah Hero yang aku tahu dari blog orang lain dah cukup buat aku taknak tahu lebih. Tapi tulah, macam mana ntah aku leh terjumpa blog Papa Hero ni. Rupa-rupanya Papa Hero ni la yang selamatkan Hero. Malam tu (masa jumpa blog Papa Hero ni time kat ofis) terus cerita kat En Gaban. Nangis jugak. Ingatkan tabah. Rupanya.. Meleleh2 air mata sambil cerita. Pengsan En Gaban nak suruh aku jangan nangis.

Aku memang gila obses dengan kucing. Tapi aku akui aku tak sekuat Papa Hero. Bukan salute yang aku nak bagi kat Papa Hero, tapi doakan Papa Hero panjang umur, dimurahan rezeki, sihat hingga ke akhir hayat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak dunia akhirat.

Matlamat blog Kakimotong adalah untuk melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan. Lepas Mastika edisi November, sekarang ni bakal masuk Buletin Utama TV3 pulak. Bukan nak cari publisiti murahan. Tapi perlu.. Lebih-lebih lagi untuk yang suka aniaya kucing/anjing/haiwan dengan sebab 'suka-suka'.

Aku lebih banyak menangis kerana kucing/anjing/haiwan berbanding menangis kerana manusia. Sorry. Cuba la terajang sekuat mana pun haiwan-haiwan tu, takde sekelumit dendam pun dalam hati mereka untuk kita. Mereka tiada perasaan dan akal. Tapi mereka makhluk Allah yang berhak mendapat perlindungan dan kasih sayang.
Maaf, teremosi.




Bagi yang sayang kucing/haiwan jangan lupa tau.
Bagi yang geli/tak suka/tak sayang takpe.. Tapi jangan dera mereka.





Hero!




Jangan lupa 5 & 6 November 2011
Buletin Utama
TV3
save the date!!!!!




thanks korang!



Love,
Tata!







No comments: