CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 11, 2011

Mata Aku Sembab Pagi Ni

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai sayangs,
Settle meeting pagi ni. Pheeww! Hilang satu stress. Oh, cakap pasal stress, apa yang boleh melegakan stress kita eh? Aku pernah hadir kursus Pengurusan Stress, tapi aku still tak boleh nak apply semua method dalam kursus tu bila aku stress.

Tau tak perkara paling stress dalam hidup aku dan juga orang lain (aku pasti), adalah stress dengan MANUSIA lain. Sumpah aku stress. Okay, melampau siap main sumpah-sumpah. Tapi serius, aku dah TAK TAHAN. Aku tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk gambarkan betapa aku stress dengan stress yang aku hadap. Perkataan yang aku mampu keluar seikhlas-ikhlasnya dari hati ni adalah tidak tahan lagi.

Mungkin cara yang terbaik untuk meringankan stress adalah menjerit sekuat-kuatnya dekat orang yang buat kita stress. Meringankan sahaja okay. Aku tak boleh jamin ianya boleh lenyap terus, tapi sekadar meringankan beban. Tapi aku tak pilih untuk menjerit sekuat-kuatnya sebab aku tahu dan yakin manusia /  orang itu tidak pekak atau tuli. Seharusnya dia mampu memahami apa sahaja maklumat yang aku cuba sampaikan dengan intonasi yang normal. Bagi aku, menjerit hanya perlu kepada orang dungu!

Aku benci menangis kerana orang lain. Itu hakikatnya. Aku mahu semua orang tahu dan faham pendirian aku yang satu ini. Memang. Aku benci menangis walau disakiti oleh orang lain. Apa perlunya aku menangis bila dijatuhkan? Dikhianati? Disakiti? Air mata aku bukan untuk dibazirkan dengan perkara-perkara bodoh seperti itu. Air mata memang percuma. Tapi bukan percuma untuk manusia dungu!

Tapi hakikatnya air mata ni tetap mengalir bila hati sudah tidak mampu melafazkan ' sakitnya '. Hiris lah tubuh badan ini dengan pisau atau pedang. Tapi jangan lah hiris hati kecil yang tak berdosa. Hati tak mampu pulih. Takkan ada kuping untuk dibuang. Hanya ada luka yang bakal berdarah, berdarah dan berdarah lagi. Itu sahaja.

Kalau nak tikam pun tikam lah pada jantung. Biar nadi berhenti berdenyut dan kemudian terus mati. Jangan lah tikam pada hati.. Di dalamnya penuh perasaan suci yang patut dilindungi. Kenapa mesti menghiris dalam2, dan kemudian dibiarkan sembuh sendiri?

Air mata yang sia-sia adalah lambang, maksud, penjelasan supaya orang tahu hati di dalam sedang merintih sakit yang teramat sangat. Ada ke manusia lain tahu? Mungkin manusia lain menganggap air mata yang mengalir hanya semata-mata meminta simpati, minta dikasihani. Ah, manusia hanya tahu mengeji, melukai.. Tapi tak pandai menghargai.

Aku berharap sangat-sangat pada Ilahi, aku tak mahu bazirkan lagi air mata untuk perkara yang tak perlu. Perkara yang tak mendatangkan faedah untuk aku. Perkara yang sia-sia.

Aku tak benci. Tapi aku disakiti. Aku tak benci. Tapi terlalu disakiti.
Kenapa perlu berpura-pura kalau hakikatnya hati ini medan untuk dilukai?
Jawapan ada pada kamu. Ya kamu. Kamu tahu siapa kamu. Hati ini mungkin tak akan sembuh tapi hanya kamu ada penawarnya.




thanks korang!



Love,
Tata!

No comments: