CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 1, 2011

Kawan tak sama dengan Kawan Setia

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Hai sayang-sayang semua!

Dah lama tak buat entry panjang macam esei tingkatan 6. Haha. Jangan korang tanya kenapa aku buat entry panjang kali ni. Sebab aku sendiri tak tahu kenapa.. Hikhik. Dah la takde gambar seketol pun.. Mesti berdarah2 mata korang nak baca panjang2 kan? Ala, takpe la.. Bukan selalu aku nak membebel tak tentu hala mcm ni.. Hehehe.. Korang layan jelah eh, eh, eh, ehh..

Okay, start!
Cakap pasal 'kawan', kita sendiri memegang peranan sebagai seorang kawan kan? And for sure kita ada kawan-kawan. Nak jadi 'kawan' memang senang. Jumpa, borak-borak, gelak-gelak then we can be as friend. Tapi nak jadi kawan baik/rapat/setia and so on bukan senang. Aku sendiri secara jujurnya ada beberapa kawan baik/rapat.. Tapi seorang je kawan setia. Kawan-kawan? Macam anda-anda juga, ada ramai kan? Tapi kawan ni tak semestinya kita boleh berkongsi luar dan dalam tentang diri kita. Sebabnya kalau kita nak berkongsi rahsia2 besar ni kena tengok2 jugak, jangan main redah je. Kalau kawan kita tu rupanya jenis tak boleh nak simpan rahsia, macam mana? Atau dia jenis suka menjaja cerita kita kat orang lain, macam mana? Kawan baik/rapat dan kawan setia boleh la kan, itu pun kena hati-hati jugak.. Huhuhu.

Aku ada sorang kawan setia. How setia she is.. Too much. Tak boleh nak dibilang kesetiaan dia untuk aku selama ni. Kadang-kadang aku rasa taknak kawen sebab takmau dia sorang-sorang jalani hidup tanpa aku. Hubungan persahabatan kitorang takde la sampai cecah 20tahun. Tapi yup, dia lah satu-satunya perempuan yang sempoi. Tak banyak kerenah, tak busuk hati dan tak cover cun (rimas!), dan saat aku atau dia menangis, kitorang taknak cari orang lain. Kitorang nak kitorang jugak.. Eh? Ayat apa ni..

Meh aku bagi tips macam mana nak jadi kawan setia macam kawan aku ni.. Ni berdasarkan kepada hubungan kitorang dan perbandingan dengan orang-orang lain yang aku reject terus dari senarai 'kawan-kawan saya'. Ahaks!

Jangan Belagak!
Benda paling utama tolong jangan belagak dengan kawan-kawan anda. Untuk apa anda berkawan tapi sekadar jadi kan kawan-kawan anda tempat anda belagak itu ini. Pasal baju sehelai rm25 yang anda beli di Pasar Malam Jalan Pudu je tapi anda gigih nak belagak sampai sejam. Tiada seorang manusia suka mendampingi manusia belagak! Kalau ada pun tu for sure dia sedang berlakon depan anda semata-mata.

Jaga Hati
Kita ada hati, kawan kita pun ada hati. Kita ada perasaan, kita pun ada perasaan. Kadang2 perkara A tak menyakitkan hati kita, tapi belum tentu kawan kita boleh terima perkara A tersebut. Study. Dalam berkawan tu jaga mulut, jaga bahasa.. Jangan main lepas je. Check kalau-kalau kawan kita tu okay tak kalau kita bergurau main bapak-bapak.. Kalau tak okay, jangan ulang. Ada yang okay takpe la. Jangan cakap kasar-kasar kalau tengok air muka dia dah berubah. Senang cakap kalau nak jaga hati kawan maksudnya jaga mulut dan bahasa kita!

Jangan Nak Menang Je!
Tahu la kita tahu itu ini, tapi jangan la sampai kawan kita rasa kita ni poyo gila. Prof pun tahu semua, tapi boleh je explain baik-baik dalam kelas. Takde la bajet macam hebat sangat. Cool sudah. Kalau tahu pun explain baikkk-baikkk. Takyah nak kepoyoan explain dengan suara lantang pastu macam ada nada diva, diva, diva. Kalau anda tahu, bagitahu sopan2, takyah gelakkan kawan anda tu kalau dia tak tahu atau salah. Takde siapa suka ditertawakan atas kesilapan diri sendiri. Kecuali.. Dia ketawakan diri dia sendiri, pastu kita nak join ketawa sekali okay la kan.. Ni minah tu dah la merah2 muka tahan malu, kita selamber je bantai gelak sampai kejang otot. Apakah? Dia kan kawan kita, jaga la air muka dia. Jangan bagi dia malu. Lagi satu, kalau bercakap tu takyah nak tinggikan suara macam cikgu.. Terkejut okeh.. Tetiba nak explain yang kau tahu segala, siap dengan suara macam marah. Deyy, sakit kaa?

Kisah Duka
Bagi aku, nak jadi kawan baik/rapat atau kawan paling setia, kita tak boleh sembunyikan siapa diri kita yang sebenar. Bukan la maksudnya mula-mula kenal terus cerita rahsia2 besar atau kisah pahit, hitam segala tu. At least tak perlu buat-buat perfect depan kawan kita. Semua orang ada cerita masing2. Bila kawan kita sedia membuka cerita2 sedih tentang diri dia atau masalah2 dia, tak salah kalau kita share sikit masalah kita supaya kawan kita pun tahu, bukan dia saja yang ada masalah.. Semua orang ada masalah. So kawan kita akan rasa dia tidak keseorangan. Tapi bila kawan kita share masalah dia, kisah2 pahit dia tapi kita buat dono (dont know) je, pastu takde sikap empathy kat kawan kita, baik takyah jadi kawan. Semua orang ada masalah, ada kesedihan.. Tapi bila kita asyik cerita yang indah2 je, balak kita jela yang sempurna (kayu balak okeh), suami kita jelah yang ringan tulang.. Please, stay away from me. Bukan jeles, dengki, cemburu buta tak tentu hala.. Tapi kalau asyik dengar cerita sempurna kauuu je, jelak okay.

Korang, jangan tido dulu.. Sikittttt je lagi.. Huhuhu!

Pendengar Setia
Ini sangat, sangat, sangat, sangat wajib. Compulsory! Kalau tak boleh jadi pendengar setia, lupakan niat nak jadi kawan setia. Kawan setia adalah kawan yang sentiasa setia bila kita dalam kesusahan. Tapi kalau asyik dengar cerita perfect, bajet bagus, nak menang, baik tak payah jadi pendengar setia pun takpe lah. Cair tahi telinga den! Haha.. Bila aku ada masalah, bila aku nak nangis, bila perasaan bercampur2, aku wajib cari kawan setia aku. Dengar suara dia je dah cukup. Mampu? Mengalahkan En Gaban. Suara kawan setia aku okeh. Suara orang lain aku takmau. Selagi tak dengar suara dia, macam ada batu caves dalam hati aku. Sebab? Bila aku cerita masalah aku, dia akan dengar dengan bersungguh2. Bukan aku nak bajet anak raja bila nak share masalah, tapi bila orang tu dengar masalah kita bersungguh2, cukup dah. Lepas tu lega. Kita tahu orang tu takkan boleh selesaikan masalah kita pun, tapi kita nakkkkk jugak orang dengar masalah kita kan? Just dengarrr je.. Dengarr je sayang.. Tak payah kerah otak fikir cara penyelesaian.. Tapi tak semua orang mampu jadi pendengar setia. Lebih2 lagi bila kita dengar masalah yang sama2 berulang2. Mesti bosan kan? Tapi kawan setia takkan pernah bosan dengar masalah kita walapun benda yang sama berulang2.

Sehati Tapi Tak Sekepala
Tak semestinya kita perlu sama dari segala-gala benda dengan kawan kita. Tak semestinya kita perlu sama minat dengan kawan kita. Berbeza banyak benda pun takpe. Mungkin satu perkara je yang kita sama2 suka. Apa yang boleh buat kita jadi kawan paling ngam walaupun kita tak suka apa dia suka adalah sikap respect! Respect apa dia suka, apa dia minat walaupun kita rasa nak pengsan lima kali bila tengok kaler pink dari hujung rambut sampai hujung kaki. (contoh)

Hormat
Walaupun kawan kita tu sama umur dengan kita, ber'aku-kau' dah sepuluh tahun.. Tapi kita wajib hormat kawan kita. Bukan la maksudnya tunduk2 kepala macam jumpa Jeneral Jepun.. Tapi hormat dia sebagai manusia. Jangan sebab dia tu kawan kita, selamber je nak malukan kawan kita hari-hari. Hormat dalam senyap ialah kita pandai jaga maruah kawan kita.

Fuh! Berpeluh korang baca entry aku ni. Dah lah tu, lain kali lah kita sambung eh.. Hahahaha. Boleh pulak macam tu kan.. Rasa-rasanya itu jelah kot syarat2 yang perlu ada sebagai seorang kawan setia. Ada banyak lagi sebenarnya.. Tapi cukuplah ek. Muhasabahlah diri kita sebelum orang tak suka dengan kita. Jangan sampai orang buat-buat suka je depan kita. Sebab nak jaga hati. Hakikatnya orang dok kata kita ni tak reti langsung nak jaga hati dan perasaan orang lain. Cakap nak lebatttttt je. Renyai2 takmau. Berubah2 lah ya.. Kadang-kadang lebih baik kita diam, bukan sebab kita ni bodoh, tapi elok la.. Dari suara kau je dengar, cerita kau je lebat.. Last2 orang meluat.

Entry ni untuk diri sendiri. Peringat untuk diri sendiri. Diri sendiri pun banyak tak betul. Sama-sama lah muhasabah diri okay. Peace yaw!

Brunei, wait for me!




thanks korang!





Love,
Tata!

1 comment:

chu-E zHuL said...

makhaii jem jam otak aku nk hadam semua info :P
pe2pun entry paling bernas buat pedoman diri ini yang pastinya tidak sempurna uwaaaaaaaaa