CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

Result PMR adik-adik kami :)

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Aku tahu aku tak patut pun share dekat sini. Tak perlu pun. Tapi aku excited sangat.. Terlalu, sangat-sangat terlalu excited. Tadi bergayut jap dengan Ifah.. Tetiba Ifah teringat nak call adik dia Laily, nak tanya pasal result PMR adik dia. Pastu aku baru 'ehhh! a'ah laaa.. result PMR keluar hari ni'. Aku baru terhegeh2 nak call.. Hahaha. Tak sempat aku nak call, ibu aku call aku dulu.. Dengar suara ibu aku nangis.. Risau aku okeh.. Ingatkan apa benda la.. Well, ibu aku memang diva air mata okeh.. Drama sangat.. Hehehe.. Upanya nangis sebab result adik aku..

Dah sudah call adik aku Miza, aku call En Gaban bagitahu dia. Dia penting okeh.. Sebab dia kan cikgu Matematik adik aku dulu.. Hahahaha.. Gigih ibu dengan ayah aku suruh En Gaban datang rumah sabtu ahad ngajar adik aku Metematik. Upahnya lunch set.. Hikhikhik.. Lepas tu baru aku call Ifah. Upanya adik dia lagi hebat. Lebih satu A dari adik aku, terus straight A. Amek kauuu.. Ifah lak dah terlepas cakap nk hadiahkan henfon kalau dapat .... A. Kan.. Apa lagi Ifah, sila serbu kedai Sony Ericsson yang terdekat.. Xperia Play okay apa.. Muahahaha..

Aku gembira sangat2 sebab adik aku dgn adik Ifah dah la tak tuition.. Belajar sendiri je kat rumah. Beli buku latihan banyak2 lepas tu buat sendiri. Keluarga miskin mana mampu nak hantar pergi tuition kau.. Orang lain tu anak orang senang, hantar tuition 2,3 jenis.. Buku mahal2.. Siap panggil cikgu datang rumah.. Aku dengan adik-adik aku semua stok anak orang susah.. Belajar jela kat rumah. Habis cerita. Eh, kakak-kakak dia pun tak tuition jugak.. Miskin katanya.. Hehe..

Orang kata doa orang teraniaya ni Allah makbulkan.. Alhamdulillah la.. Orang nak aniaya kita sangat, kita doa byk2 supaya kehidupan kita bahagia, murah rezeki, sihat sudah.. Macam malam tadi aku bagitahu En Gaban, doa je banyak2 untuk kita. Doa untuk keburukan orang lain Allah takkan makbulkan. Buat apa kita nak sibuk2 pasal orang lain kan.. Baik doa banyak2 untuk kita. Tengok sekarang.. Siapa senang, siapa yang susah? Lu jawab la sendiri..



thanks korang!



Love,
Tata!

1 comment:

NuLea said...

yes, congrats to my lil sis! thanks jugak kat En Gaban sbb ajar miza Math & terus dapat A... dasat lah heheheh... terbaikkk! :)