CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

Bengang Dengan Lelaki Suka Menipu Nih!!

Kalau korang dapat boyfren atau nama khas nya boyafren yang kaki kelentong ni korang nak buat apa eh dengan itu mangkuk?

Kisah 1
Boyafren korang buat mcm ni kat belakang korang

Boyafren : nak kenal dgn awak leh tak?
Pompuan : boleh je..
lepas borak panjang
Boyafren : kalau abg panggil 'syg' boleh tak? ( mula merenyam tiba-tiba )
Gelifren : gf abg tak marah ke abg panggil saya 'syg' ?
Boyafren : abg takde gf..

Jadah haram sungguh kan? Kalau mcm ni pulak

Kisah 2

Korang dapat tahu yang boyafren korang rupanya banyak ber'couple' dengan pompuan2 lain. Selama ni korang tertipu hidup2. Bila korang tanya kat boyafren korang dia jawab

Boyafren : mana awak tahu sume ni? Jangan dengar cakap orang!
Kamu : Apa pulak, saya nampak dgn mata saya sendiri!
Boyafren : Mana buktinya?
Kamu : FB, email, Freindster, SMS, chatting.. Sume tu lah buktinya!
Boyafren : Ohhh.. Jadi selama ni awak skodeng saya? Awak ceroboh hak peribadi saya? Gf apa awak ni? Tak percaya dgn bf sendiri? Awak ni tak amanah tau tak? Saya ni siapa pada awak? Kenapa awak buat saya mcm ni? Awak buat saya kecewa tau tak? Sampai hati awak tak percaya kat saya!

Pandai dia pusing ayat kan? Bidang psikologi kata Reverse Psikologi. Dia psiko kita pulak. Patut dia yang salah. Tetiba jadi salah kita pastu jadi mcm ni

Kamu : saya bukan ceroboh, tapi saya curiga dgn kelakuan abg sejak kebelakangan ni
Boyafren : sama la tu, nape awak mesti curiga? Awak tak percaya abg kan?
Kamu : Bukan, saya percaya abg -
Boyafren : abis tu? sampai hati awak buat abg mcm ni ( ntah apa motif ntah )
Kamu : tak abg, saya syg abg.. saya takde niat pun nak ceroboh hak peribadi abg ( nangis )
Boyafren : terpulanglah kat awak nak percaya abg ke tak, semua tu cuma adik angkat abg je. awak rasa abg ni jahat kan? abg tak paksa awak percaya abg. abg kecik hati sgt dgn awak ( buat2 nangis )
Kamu : abg, saya mintak maaf.. saya janji saya tak buat lagi.

Haram sungguh. Elok2 korang nak fire dia, dia batai fire korang dulu. Siap siram air kat korang. Habis padam api korang. Dalam hati boyafren tu gelak syaiton. Sebab tak kena fire dgn korang, dgn kelicikan dia, korang lak yang kena.

Tolonglah wahai boyafren sekalian. Apa korang rasa kalau orang buat kat adik pompuan korang mcm tu. Marah ke? Buat apa nak marah. Kau pun sama. Sesuai la tu kalau orang buat kat adik pompuan kau gak.

Ada banyak sangat boyafren kat luar sana tu. Yang betul2 lelaki sejati pun ada. Tapi kesian la, elok2 ada lelaki baik, dah tercemar sebab boyafren2 daratan nih. Peringatan buat kaum wanita/gadis/perawan, hati2 lah mendekati sang arjuna nestapa ni eh. Ada tu, bodoh2 g percaya mamat hayun mcm ni. Baru ayat sikit dah cair, bukan bagi kunci kereta pun. Ayat manis je, guna air liur busuk tu dah cair, dah terpikat. Apa murah sangat ke harga diri sang gadis skrg ni? Tak semua yer! Yang kurang akal tu sahaja.

Mcm pengalaman aku, selalunya bila ada mamat mana ntah add aku kat FB laju je diorang chat. Baru2 ni ajak aku dtg g tempat dia kat Kuantan. Jadahnya ntah! Aku kenal dia pun tak. Ajak beriya2, aku dah cakap taknak tu taknak la, dia ajak lagi. Aku cakap aku takde kenalan kat sana, buat apa nak g sana. Semata2 nak jumpa dia? Gila! Bila aku pancing sikit cakap aku takde kawan nak bawak teman g sana, dia leh cakap 'saya kan ada' Hahahahahaha! Siyes itu mamat kaki penjahanam. Dapat pumpuan pastu ntah apa dia buat. Lepas habis jahanamkan pmpuan dia buat bodoh je. Please la girls, jangan jadi bodoh yer sayang.. Bukak mata hati luas2. Nilai kita tak terbayar oleh sesiapa. Hati kita tak tertanggung azabnya kalau disakiti. Maruah kita tak boleh dibeli. Kalau habis sume tu, kita nak cari kat mana sebagai ganti?

Wake up girls!!

Tata!

Tempat Dating Kami Dulu~

Malam tadi lapar chicken chop. Mcm biasa, En Gaban selalu cakap.. Feveret food aku. Dia pun takleh lawan. Yeke En Gaban? yu pun sama.. Suka buncitkan perut.

Tapi malam tadi melepak dgn adik aku saja. Sebab En Gaban agak kesibukan sepanjang hari. Jadinya aku dgn Leha menghabiskan waktu malam dgn melepak sahaja di Uncle Ron. Oppps! Uncle Ron ni ada sentuhan sentimental bagi aku dgn En Gaban tau..












Super best Grill Chicken Chop. Spicy ++ haha

En Gaban, ingat tak Uncle Ron? Tempat dating ( relevan ke nak guna perkataan dating skrg ni eh ) kita dulu2 ( 3tahun yang lepas )? Time ni aku dgn En Gaban sama2 study. Aku kat Kedah, dia kat Terengganu. Kitorg jumpa tiap kali cuti semester je. Masa tu tak reti lagi nak jelajah Tanah Melayu. Jadi pilihan kami ialah tempat yang dekat2 je. Around my hommie je. Jejauh tak berani. Huhuhu.. We always excited nak ketemu ( masih ). Macam pungguk rindukan bulan. Nak jumpa je bersiap berjam2 ( skrg pun ) hahaha! Borak2, makan2, gelak2, sampai owner dah kenal muka kami.. Mana tak nya, kalau cuti semester tu sebulan, dekat sepuluh kali kami datang berdating. Sejak En Gaban joined Re-10, tempat dating dah bertukat angin. Dah 2tahun kitorg tak lepak Uncle Ron. Nanti kita datang sini eh..



Tata!

Aku Stress Ke?

Ada beberapa entry yang aku nak tulis hari ni. Banyak sangat bebanan dalam pala aku yang aku nak luahkan kat blog ni kot. Haha.. Selama 5 hari tanpa lappy kesayangan aku ( orang pinjam sehari. tapi still tak pulangkan ) aku hampir gila hilang arah tujuan. Mcm kucing hilang anak. Oh lappy!

Entry 1

23-25hb Febuari 2011 aku ada kat Ayer Keroh Melaka. Meng'kursus'kan diri di Puteri Resort. Tajuk kursus? Pengurusan Stress. Bila cakap je tajuk kursus kitorang, sume bagi feed back 'wahhhh, you all stress ke?' hampeh sungguh. Kitorg tak stress la. Kitorg okay lagi.. Masih diperingkat normal yer! Cuit it short, ni first time aku berkursus. Sebelum ni kat U, feeling dia lain. Ni feeling dia siyes lain. Memula mmg stress. Nak g Melaka je dah stress gila2. Dah sampai pun stress gak. Mana tak stress, cari bilik kursus tak jumpa. Stress sungguh aku cari bilik kursus sorang2. Pastu aku berselisih dgn sorang gadis. Muka dia pun stress. Aku agak ni mesti peserta kursus sama dgn aku ni. Sebab muka peserta lain tak stress, muka kitorang je yang stress. So aku assume gadis itu sama nasib dgn aku. Sekali betul.. Haha.. Nama dia Aimi. Sweet sgt2 orang nya. We are so excited sebab Aimi cakap ada pun kawan sama2.. Kalau tak terkontang kanting sensorang. Siyes aku lega dah jumpa kawan. Kitorang pun cari bilik kursus bersama2. Haha. Jumpa pun. LG floor upanya. Patut tak jumpa. And after that, we start the kursus dengan feeling yang saaaangat happy. Sebab pencaramah dia.. Oh my.. My feveret penceramah la weih. Sape?

Tuah Haji Hushim
When my family ask me siapa penceramah, aku cakap 'ala,yang dalam tb tu, sure kenal punya'. Kak yati teka 'pkai cemin mata? pkai songkok? yang muka mcm Uncle Burn kan?'
Haaaa! Betul! Muka Tuah Haji sama mcm my Uncle Burn :)

Ada 27orang peserta. Tapi aku rasa aku lah yang paling zero. Huhuhu.. Sume level dah jauh. Aku baru nak menapak. Memula rasa kerdil gila. Belum habis hari pertama kursus, cepat je we all mesra. Thank you guys!

Gula-gula penghilang rasa mamai



Hari pertama berkursus - Aktiviti santai.









Tulis Huruf A sampai J
Pastu bulatkan huruf yang kita suka

Taa Daaa~ yang F sampai I tu siyes tak relevan. Hahaha


Ni namanya aktiviti diskriminasi. Group perempuan di suruh angkat tangan pastu cium ketiak
Group lelaki di suruh angkat tangan pastu cium tapak tangan
Ini tidak adil Hahaha


En Suhaizal sangat happening


Aktiviti cium tangan pasangan :)




Aktiviti cium dahi lak. Wajib bunyik.

Baju hitam, tudung biru ialah Aimi :)

Get ready untuk cium dahi!




Bermulanya aktiviti berlari2 mencari nilai duit yang disuruh.
1 sen saja huhuhu

Sebelum tu, tampal kat dahi dulu

Dah cukup nilai mcm yang disuruh,duduk cepat2
yang takde group,kena denda :)




Dapat teka tarian apa? Chicken Dance.. En Fahmi siyes pandai gelek ;p



Hari last. Penyampaian sijil



Tamat~~~



Tata!











Tuesday, February 22, 2011

Jangan Mengajar Budak Jadi Kurang Bijak

Dalam mengisi saat-saat terakhir hari ini, sebelum kita berjumpa lagi pada 28hb Febuari, aku tersentap pulak dengan fenomena ngeri datang dari seorang manusia yang bergelar dewasa/matang. Apakah aku terlalu emosi, atau aku terlalu menyibuk perihal orang lain? Oh, aku tidak menyibuk. Tapi aku rasa sedih dan kecewa, bila mana seseorang yang cukup dewasa memberi tunjuk ajar yang sangat biadap kepada manusia yang belum cukup cerdik akalnya.

Kisah 1

Seorang wanita mengajar anaknya mengutuk,mengeji,mencerca individu lain. Contoh

Wanita : tgk perempuan tu.. gemuk kan? eeeiii.. hahahaha!
Si anak : hahahaha.. gemuk.. ( hanya mengikut )

Manakah akal dan kematangan si wanita dalam memberi pendidikan kepada si anak? Memang aku belum punya anak. Belum pernah menjadi ibu. Tapi setiap dari kita harus malah wajibkan diri sendiri mencari ilmu dalam mendidik anak2. Kalau mcm ni lah cara si wanita mendidik anak2, aku tak rasa marah pada si anak. Tapi rasa betapa kurang pandainya ( bodoh lah tu ) si wanita mencurahkan kematangan dia. Matangkah dia? Bukankah seharusnya kita

Wanita : Setiap orang ada kekurangan.. Jangan sekali-kali kita menghina orang lain ye.. Berdosa kita menghina ciptaan Allah.
Si anak : Ohh ( menyerap kebijaksanaan yang kita curahkan )

Aku cakap ni pun sebab aku dengar dan nampak dengan pancaindera aku sendiri. Apalah bengong sangat manusia dewasa mcm tu kan. Dia mengajar si kecil bersikap kurang ajar. Budak-budak, mana tahu apa-apa. Apa kita ajar, itu lah yang dia ambil. Bila dah besar, si anak jadi tak tahu hormat orang. Kurang ajar, mulut celupar. Siapa yang ajar. Bila kita dah tua, dia kurang ajar dengan kita, kita nak buat apa? Nak lempang? Nak tengking? Boleh ke bila rebung dah menjadi buluh? Anak-anak mcm ni lah bila di alam persekolahan dia menjadi budak yang suka mengejek rakan-rakan sekelas. Yang dapat kesan negatif ialah rakan-rakan sekelas yang jadi mangsa ejekan. Dah rakan sekelas yang jadi mangsa tu mengumpul aura rasa rendah diri. Hilang keyakinan. Anak-anak siapakah? Kalau bukan anak dari manusia yang hanya pandai buat anak, tapi tak pandai mendidik anak2.




Kisah 2

Si Anak : Tadi masa kat sekolah, D tolak kepala saya..
Si Bapa : Ye? Esok kau pergi sekolah, kau tumbuk budak tu.

Yang ni pun aku dengar sendiri dengan telinga aku. Apa ke gila bapak budak ni. Aku yang dengar terkedu habis. Mcm ni ke dia ajar anak dia. Memang lah niat dia supaya anak dia tak kena buli. Tapi secara tak langsung dia mengajar anak dia menjadi pembuli. Ajarlah anak benteng pertahanan dari hati. Bukan dari perlakuan. Ajar anak erti kesabaran, nilai-nilai murni kan lebih bermakna. Kalau rasa anak kita dalam bahaya, kita sendiri datang ke sekolah berjumpa dengan guru  kelas. Bagitahu apa yang telah berlaku ( bukan g serang budak tu, dan bukan jugak serang cikgu ). Tunjukkan kematangan sebenar, bukan tunjuk samseng pada yang tidak perlu. Kasihan si anak, membesar menjadi pembuli, mungkin ketua ssamseng. Dapat pulak lesen besar dari bapak, lagi la menjadi-jadi. Tu yang banyak jadi si tanggang dengan anak ku sazali.

Apa semua ni? Manakah modal insan yang kita cari? Siapakan yang bakal mencorak negara kalau anak-anak di ajar ilmu salah. Bijak di buku, pandai atas kertas. Tapi jiwa, sikap, adab, peribadi hancur. Salah anak-anak kah? Salah si suami dan si isteri hanya tahu mengumpul anak, tapi tak berkualiti. Ramai takpe, tapi ajar, asuh dengan adap sopan, iman dan kesabaran.

Aku berlebih-lebihan ke? Huhuhu.. Bukan nak tunjuk bagus. Tapi ini apa yang aku faham. Kalau ada yang lebih advance aku sudi berkongsi ilmu. Aku belum pasti bila akan menjadi ibu. Tapi aku tahu, bukan senang untuk menjadi ibu cemerlang. Ganjaran pahala yang dijanjikan perlukan usaha dan ketahanan mental+fikizal+rohani yang kukuh.


Tata!

Senyumlah Pada Kejahatan Orang

Menurut Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ( Mingguan Wanita, 58 ) : Sebaik mana pun anda, perkataan buruk akan tetap anda terima, sama ada anda sedari ataupun tidak. Lumrahnya kehidupan begitulah, tidak akan ada manusia bebas daripada diperkatakan. Apa yang diperkatakan itu mungkin baik, mungkin juga buruk.

Manusia memang suka mencungkil keburukan berbanding kebaikan.

Mengapa hairan dengan sikap manusia yang suka bercerita perkara buruk tentang orang lain.

Mengapakah orang berbuat jahat terhadap anda? Mereka ingin lihat anda sedih, menangis, marah, mengamuk dan semua sikap-sikap yang tidak baik. Dengan itu mereka ada sebab untuk ketawa. Itu adalah temasya bagi si busuk hati. Tapi andainya anda boleh senyum kalaupun tidak ketawa, anda sebenarnya telah menyebabkan mereka terjelepok. Mereka akan susah hati dan berasa payah sekali. Nah, mengapa hendak menangis oleh perlakuan jahat manusia sebaliknya bersikap tenang dan ketawalah, anda telah mengembalikan kesakitan kepada mereka.

Benteng pertahanan diri kita adalah percaya kepada diri sendiri. Anda percaya anda tidak sejahat yang mereka sangka dan sememangnya anda tidak jahat, itulah benteng terbaik pengubat hati. Apabila Allah diletakkan paling atas dalam kehidupan, tiada apa-apa kejahatan yang mampu memusnahkan lagi.

Bukan ada sebab pun mereka tidak menyukai anda, kadang-kadang anda tidak kenal pun mereka, tetapi mereka sangat benci dan dengki terhadap anda. Usah hairan sangat. Hidup memang macam-macam. Usah lawan setiap serangan sebab sebenarnya itulah yang mereka kehendaki. Semakin anda berlawan semakin anda ditelanjangi. Ini akan semakin mengusutkan keadaan dan anda juga yang akan berasa semakin sakit.

Terbaik, senyumlah dan ketawalah. Senyum dan ketawa akan memadam dengan sendirinya semua kesulitan.

Rujukan :
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, Mingguan Wanita ( Senyumlah Pada Kejahatan Orang ), 58.


p/s : lepas terbaca artikel Dr. rasa tenang lebih banyak. Pernah sesorang berpesan kat aku tak lama dulu 'buat apa kita layan orang bodoh, nnt kita sama bodoh'. Biarlah apa orang nak kata tentang kita yer kawan-kawan, kita balas dengan kehebatan kita, kelebihan kita. Orang berdengki dengan apa yang kita ada, sebab tu dia bagi serangan dengan peluru taik. Sedangkan kita adalah sedia terhebat, taik apa sekalipun orang bagi, status kita tetap begini. Tak rosak sikit pun kan kawan-kawan :)
Kepada yang menjadi mangsa peluru taik, Nabi s.a.w sendiri pernah dilempar najis ke rumah baginda. Jatuhkah martabat seorang Nabi? Hilangkan rasa cinta Allah kepada Nabi? Tidak kan.. Sekali pun kita tak mampu jadi seperti Nabi, janganlah kita jadi seperti syaiton!


Tata!

Tersentap Kejap Dengan Sikap Lelaki

Pepagi lagi rutin harian aku ialah

1. Bukak email yahoo
2. Bukak email rasmi
3. Bukak blog
( mcm mana aku leh bukak email yahoo dulu baru bukak email rasmi? sungguh aku tak berdisiplin kan? )

Lepas delete email facebook yang mcm hampeh ( kengkawan aku mmg suka conteng2 kat status aku. komen ntah pape. lari dari status. nyampah. haha ), baca email rasmi ( meeting, memo, kursus, jejln g negara China, huh! ) aku terus baca entry bloggers. Tetiba aku terbaca tajuk 'Susah ye..' dari kawan terbaik aku. Laju je aku baca entry dia. Tetiba hati wanita/perempuan/dara aku tersentuh gila2. Rasa kalau ada la mamat tu depan aku skrg, aku tembak dengan senapang gajah ( ada lagi ke senapang tu? ).

Takyah la aku tulis semula apa yang kawan terbaik aku tu tulis. Aku nak tulis ikut mood aku sendiri, buat analisa sendiri pastu nak emosi sensorang. Kejam.

'Susah yer..' menceritakan tentang seorang lelaki yang curang. CURANG. Pemahaman erti curang bagi seorang wanita ialah sangat hina, keji, tak layak diberi peluang walau secebis. Apa ertinya kalau seorang lelaki diberi amanah untuk menjadi ketua, pemimpin dalam barisan wanita2 lemah, tapi diorang mencemarkan status ketua, pemimpin itu dengan nilai-nilai negatif. Curang, kaki pukul, pemalas, gatal, tak bertanggungjawab, pemarah, dan memacam lagi yang busuk.

Orang kata, biarlah hidup sederhana asalkan hati bahagia. Tapi bayangkan, duit dah la tak semenggah. Curang pulak. Sakit hati kan? Apa yang seronok sangat main perempuan banyak2 ni aku pun taktau la. Hanya kaum jantan sahaja yang tahu. Kaum jantan yer. Bukan kaum Adam mahupun kaum lelaki. Hanya yang bergelar jantan sahaja bersikap seperti haiwan. Takde perasaan. Takde tanggungjawab. Tak layak  jadi ketua. Tapi bagi kaum Adam, dia adalah Adam. Lelaki sejati. Mencari cinta Hawa untuk ketenangan jiwa.

Tenang ke jiwa sang lelaki yang curang? Dah ada gf tapi cakap takde gf. Couple dengan perempuan ni, perempuan itu. Keliling pinggang. Apa sang lelaki dapat sebenarnya? Kepuasan? Puas dari segi apa? Puas di tabik oleh kawan-kawan? Puas di angkat sebagai lelaki terhebat oleh kawan-kawan sekapal? Apa yang bengong sangat aku pun taktau. Kalau dah pasang banyak2, kos pun banyak la kan? Yang sini nak kena call, sms.. Yang sana pun nak kena call, sms.. Apa? Pow je duit perempuan? Ni lagi silakak. Dah la pasang banyak2, pow pulak duit perempuan. Buat2 takde kredit, buat ayat sedih. Pastu awek-awek pun kesian, cair hati. Laju je topup kan si bf ni. Patut la boleh pasang banyak2. Duit sms, call awek yang bagi.
Lelaki-lelaki.

Aku heran sangat-sangat. Kenapa ada lelaki yang boleh jadi lelaki sebenar tapi ada jugak lelaki yang sengaja taknak jadi lelaki sebenar. Diorang lebih suka jadi jantan. Sebenarnya, kita yang membentuk diri kita. Kita yang niatkan dalam hati, kita nak jadi apa. Kalau nak jadi lelaki, lelaki lah jadinya. Kalau kita nak jadi jantan, jantan lah jadinya. Jangan salahkan orang lain. Tanya diri sendiri dulu. Siapa yang cipta sikap buruk mcm ni kalau bukan diri kita sendiri. Allah tak pernah cipta makhluknya jadi buruk.

Kalau lelaki sendiri bersikap curang, mcm mana dengan nasib perempuan? Perempuan curang boleh di bentuk lagi ( bagi yang masih ada iman la ), sebab kewujudan perempuan itu sendiri dari tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Sape yang harus luruskan? Lelaki lah. Sebab dia ketua yang telah dilantik Allah. Tapi kalau lelaki curang, bisakah seorang perempuan membentuk jadi lelaki sejati? Sedangkan lelaki bukan dari rusuk yang bengkok. Maknanya ia lurus. Kenapa lelaki tak mahu berfikir?

Lupa. Lelaki hanya berfikir dari satu sudut yang sempit. Hari ini ialah hari ini. Esok lain cerita. Perempuan lak lain, tahun depan mcm hari esok. Berfikir panjang. Tapi takde silapnya dengan akal dan otak kita. Manusia ( lelaki ) itu sendiri yang mengatur segala2nya. Jangan salahkan emak yang salah bagi susu. Jangan salahkan ayah yang tak bagi duit belanja sekolah. Jangan salahkan ibu bapa sebab tak bagi kasih sayang secukupnya. Kalau dah gatal sangat nak curang, kau anak orang kaya ke, anak orang miskin ke, belajar tinggi ke, tak passed SPM ke, tinggi ke, gemuk ke.. Kalau dah lelaki miang, gatal, tetaplah kau lelaki gatal.

Susah sangat ke nak setia? Jujur? Yang bisikan syaiton gak ko pilih. Benda jahat jugak yang best. Syaiton kan. Ada sorang kawan aku masa kat U dulu, dia tunjukkan gambar gf dia kat aku dengan kawan terbaik aku ni. Dia cakap

kawan-kawan aku sume pelik, diorg tanya aku nape aku pilih dia ( gf dia dalam gambar tu ), nape tak pilih yang lain..

jawapan kau?

sebab aku tertarik dengan sikap amanah dia. dia amanah. aku suka.

Nah! Ini baru dinamakan cinta wahai lelaki-lelaki ( jantan ) sekalian. Dia cintakan gf dia sebab gf dia amanah. Jadinya adalah mustahil dia akan berjumpa dengan perempuan2 lain yang amanah. Tapi kalau dia suka sebab mata perempuan tu cantik, beribu-ribu lagi mata perempuan yang cantik-cantik. Kalau dia suka sebab perempuan tu cantik, banyak lagi yang lebih cantik. Cantik yang mcm mana sang lelaki nak. Yang ni hidung cantik, yang ni bibir cantik, yang ni badan cantik, yang ni rambut cantik. Macam mana tak rambang mata, macam mana tak berlaku curang kan? Tak cukup dengan satu!

Susah yer? Susah nak setia kan.. Susah sangat nak jujur kan..

Masih ada yang jujur, setia.. Tapi berapa ramai? Tolonglah ubah pemikiran kamu wahai sang lelaki. Kamu adalah ketua, tunjukkan kepimpinan kamu. Timbulkan rasa hormat kami kaum Hawa ini kepada kamu wahai kaum lelaki. Jelik sungguh kami dengan sikap curang dan gatal kamu itu wahai lelaki. Hilang rasa hormat kami pada kamu. Haruskah hormat kepada kaum yang menjatuhkan sendiri nilai dan harga dirinya?



Tata!

Monday, February 21, 2011

Menggorek Kenangan Silam

Kali ni entry saje gatal2 nak mengungkit kenangan masa kecik-kecik dulu.

Sabtu baru-baru ni aku g makan Sate Kajang Haji Samuri! Langsung tak plan tau. Bila di tanya oleh En Qausar nak ke mana, aku jawab jom layan kona Bukit Ampang. Boleh lak mcm tu kan? Ingat trek ke? En Qausar laju je menuju ke Bukit Ampang. Masa tgh layan kona, aku mengusul kan cadangan kat En Qausar

jom jalan sampai Sg Congkak..

jommm..

Disebabkan aku ni mahir dengan jalan di Hulu Langat itu, jadi aku pun jadi penunjuk jalan. Mahir yer? Last2 aku tak ingat simpang masuk ke Sg Congkak. Kami terus slamber sampai ke hujung. Siap ada sign board Bukit Nuang. Leh nampak tau Bukit Nuang. Gila kan? Terlajak melampau. Masuk kawasan org asli. Siyes damai sgt. Bau rumput, bau air sungai.. segar gila. Takde la mcm kat KL. Sesak. Jiwa kacau. Hahaha!

Lepas sesat jalan, perut pun lapar. En Qausar ajak makan sate kajang. Takkan nak cakap

taknak lah.. kita balik makan kat KL jelah eh,eh,eh..

Terus naik hiway. Ikut jalan baru. Kalau ikut jalan lama haruslah sesat. Sekarang ni dah belambak dah cawangan Sate Kajang Haji Samuri ni, jadi tak heran la nak makan Sate Kajang Haji Samuri kan. Kat Medan Mara Jln TAR tu pun leh dapat. Tapi memori dia tak sama dengan makan kat Majlis Perbandaran Kajang tu tau. Sebab dulu-dulu, masa aku kecik kalau nak makan sate kajang, kena la g kat Majlis Perbandaran Kajang tu. Baru dapat sate Haji Samuri. Lepas tu ada lak bangunan baru untuk Sate Kajang Haji Samuri tu, kat Bangunan Dato Nazir Kajang. Lebih meriah. Kalau dari Hulu Langat nak ke bandar Kajang tu tak la jauh sgt. Dulu ikut jalan lama. Sekarang ada hiway. Kena bayar tol. Tapi aku suka ikut jalan lama. Memori occay.

En Qausar nak makan kat Majlis Perbandaran Kajang. Aku nak makan kat Bangunan Dato Nazir. Meriah. Dua tingkat lak tu. Ada lampu2. Ramai orang. Kecoh2. Ribut2. Haha.. En Qausar ikut je. Kesian En Qausar. Dalam hati gedik nak makan kat tingkat atas. Masuk2 je dalam bagunan Dato Nazir, pelayan offer kami naik tingkat atas. Wahh, laju je aku naik dulu. Tinggal En Qausar di belakang. Erk!

**
**
**
**
**
**
**
**
**

Sambil beratur, sambil tgk cara2 bakar sate.

Nama saintifik ABC tu ialah ABC Teringin.




Ayam 20 cucuk. Hati ayam 5 cucuk.






Pemandangan dari tingkat atas. Open air sambil makan sate :)


Masa ni tak ramai lagi.


Makin ramai.


Boleh lak lepas makan aku meroyan tiba2..

Aku : Alaaaaa.. Nape kita tak asingkan lidi sate ni.. Nape kita kumpulkan sama2. Kalo tak leh tau sape makan paling banyak..
En Qausar : Memang kita asingkan pun.. Ni ai punya ( sambil tunjuk lidi2 sate elok je susun tepi mangkuk kuah ) ni yu punya ( dia tunjuk lidi sate dalam dulang )
Aku : Errrr.. Yeke? Tak pasan lak.. Cane leh kantoi ni.. Hahaha
En Qausar : Ai makan 10 je.. Betul la.. Yu patut makan 15, Sebab ai tak makan hati tu..

Aku tak puas hati.. Aku kira lidi aku dgn lidi dia. Nak bukti gak. Takleh jadi ni. Sebab ada lagi 3cucuk sate tak habis.

Ni En Qausar punya : 10 cucuk.


Ni aku punya : 12 cucuk.

Baki lagi 3 cucuk, haruslah aku habiskan. Huhuhu.. Tula, tamak lagi. Kan dah takleh masuk! Huhuhu.. Ampun ya En Qausar.. Hahahaha


Percubaan En Qausar nak buktikan perut aku buncit selepas mkn sate. Tapi takde punnn..




Sape itu En Qausar? Mana pergi En Gaban? Errr..
Tata!

Friday, February 18, 2011

Kali ni Game Kegilaan Aku - Zombie!

Tahun lepas ayah aku ada download kan game zombie kat Yahoo game. It just for trial. Free download maknanya trial jelah, jgn berangan dia nak bg terus. Kalo nak gak sila beli dgn harga USD4.00 kalo tak salah. Aku pun dah mcm zombie, tak berkelip dari laptop. Trial kan, kena la usaha lebih nak naik level. Aku sorg je pegang game tu. Adik aku lagi dua orang tak leh sibuk. Diorg download game lain. Sally's Saloon, Fashionista, Sally's Spa, ntah pape lagi lah. Sume yang ala-ala gadis main masak2. Tak syok kan. Tapi game zombie ni siyes best. Debar2 k.. Haha.. Zombie ni dia tak la ngeri, comel2 je. Tapi agresfi diorg tu yang buat berdebar. Dah pedih2 mata ngadap skrin laptop semata2 nak bunuh zombie2 yang tak kenal aku tu akhirnya abislah tempoh percubaan.. Huhuhu! Pastu takde dah zombie2 lagi kat laptop aku.

Tapi semalam aku dapat game zombie tu. Bukan trial lagi, ni full version occay.. Excited aku. Thx Ina.. Rasa nak terbang2 je. Apahal jelah aku kan? Ntah, game zombie ni best tau. Strategi tu penting. Pastu zombie2 pun pelbagai jenis. Meriah k.. Aku citer pjg2 pun lum tentu korg turut sama excited. Biarlah aku sensorang je yang fahami. Ke korg dah lama ada game ni. Aku sorg je yang meroyan sensorang kot.. Abaikan jelah.

Semasa excited membunuh zombie2 tu sume, aku sempat snap zombie2 comel yang mati kena bunuh dgn aku tu. Eh, bukan. Dengan strategi aku.


Level 1
yang kaler ijau tu aku panggil pokok tembak. yang kaler coklat tu ntah apa ntah. mcm kubu la lebih kurang.

Level 2
yang kaler purple tu aku panggil nek mok. yang ramai2 tu la zombie!




yang ada effect spotlight tu sbb ada mikel jackson. haha! korg ingat zombie takde yang mcm mikel jackson. ada okay..


mati mikel jackson tu. ada duit syiling. wajib amek k.
yang purple kecik2 tu anak cendawan.


ni surat dari zombie. pandai zombie nulis. tulisan pun klasik kan.
i found a note from zombie


ni kubur zombie2 tu. nanti cukup masa zombie kuar dr kubur masing2. ngeri!


nampak jelas x mikel jackson, siap dgn backup dancer lagi.

mati kau mikel jackson. ilang kepala.


A huge wave of zombies. Part ni memang ngeri sbb diorg datang ramai2!


Ni sikit penerangan sebelum naik Level 3


Level 3
Siap ada part dalam air lak. Ada zombie menyelam tau.

Matahari2 tersebut yang bagi korg mata. Dari mata yang terkumpul baru leh amek tanaman utk lawan zombies!


Kat bawah ni watak-watak Zombie yang harus aku bunuh


Ni tak ganas sgt. Tahap biasa. Tembak sikit je cepat mati.


Ni mcm ketua rombongan la. Dia bawak bendera, kira amaran yang kat blkg dia belambak zombie nak serang.


Yang ni pakai kon atas pala. Kira kebal sikit. Susah nak bunuh.


Yang ni mentang2 guna galah panjang, kemain lagi dia melompat over tanaman aku. Kira dapat la escape dari kena tembak.


Haa, tadi pakai kon. Ni pakai baldi pulak. Ni baldi besi tau. Gila susah nak bunuh dia. Selagi baldi dia tak jatuh slagi tu dia tak mati.


Ni tak padan dgn tua, siap baca surat kabar. Bila surat kabar dia koyak kena tembak, dia start ngamuk. Marah la konon surat kabar dia rosak. Pastu dia meluru laju ke depan. Tapi dia kan tua kerepot dah, jd tetap la mati.


Yang ni lak bawak pintu weih. Nak tembak dia kena lebih sikit. Yelah, bawak pintu kan. Protection dia kukuh  sikit. Nampak tak ayat 'after he ate the homeowner's brains'. Ngeri kau. Kalo aku tak bunuh diorg, kira diorg akan makan otak aku! Takmo!!


Aku benci gila yang ni. Dah la lari laju. Baju mcm apa ntah. Susah nak bunuh lak tu. Degil. Aku bom je. Padan muka.


Ni la mikel jackson. Cam tak caya kan? Hahaha.. Style dia datang dia menari mcm mikel. Lambat la nak sampai. Senang sikit nak bunuh.


Yang ni backup dancer mikel tadi. Dirog wajib berempat. Pun menari mcm mikel.


Yang ni leh masuk dalam air masa kat Level 3. Siap pakai pelampung ok! Hahahaha!


Stakat ni jelah eh. Pasni aku aku sambung part II lak eh. Ingat citer En Gaban je ada part-part? Citer Zombie pun ada yer! En Gaban, jangan perasan sangat. Haha!


Tata!