CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 26, 2011

Satay Station

Ptg semalam cakap nak makan aiskrim.
Cubaan memujuk.
Siap2 lebih kurang jelah sebab nak g makan aiskrim je kan.. Btpe ber'skinny' bagai.
Makan aiskrim haruslah area berhampiran, tak payah Baskin Robbins. Rasa sama je.
Kecuali la tekak ni menggatal mintak gak Baskin sebab tetiba aiskrim murah2 ni jadi tak sedap semuanya.

Excited aku nak makan cornetto. Dalam kepala otak dah terbayang dah nak amek perasa stroberi.
Pastu orang yang patut pujuk aku dengan membelikan aku aiskrim dapat panggilan.

apa? satay station? kat ampang? kau kat situ ke? dengan sape? okay2. aku datang.
Simpan henfon dalam poket pastu toleh belakang pandang aku
boleh?
Boleh la. Dah lapar okay.. Dia pun dah setuju dengan kawan dia. Takkan tetiba aku nak merenggek cakap takmau,takmau,takmau.. nak aiskrim gak.
Tak reti lak aku nak buat cenggitu. Janji kawan dia tengah tggu kat tempat makan. Kalau kawan dia tnggu kat kedai basikal memang aku g makan sorang.

Nasib baik si besha tu laju.
Petik je nak  ke mana kan.
Tak pk banyak dah.
Aiskrim aku pun terus tinggal.

Dah nama pun Satay Station, wajiblah aku kena order satay.
En Gaban boleh pulak nak mintak nasik okay.
Kawan baik En Gaban sekampung dah tggu kat situ dengan girlfren dia.
Dah nak habis minum pun.
Diorg tak makan pulak.
Kitorg lapar nih.. Tanya nak makan apa diorg takmau.. Segan la nak makan berdua, yang dua lagi tak makan kan. Aku order satay lebih untuk diorg sekali.
Tapi tetap diorg tak makan. Huhuhuhu..
Malunya nak makan depan orang.. Haha
Aku tau En Gaban lapar. Dia makan dulu. Aku taktau nak amek satay tu mcm mana sebab malu. Boleh kan aku mcm tu. Mengong.
Nasib baik la kawan En Gaban nama En Naim dengan buah hati dia nama Cik Azian tu layan borak takde la malu sangat nak makan.
Disebabkan diorg sama bahasa, aku sorang je orang KL.. Aku layan jelah satay sambil dengar diorg borak2.
Nak menyampuk kang tak reti cakap pulak.. Hahaha
Paksa diorg suh makan satay tetap takmau.

Satay Station tu cantik, besar, kemas, bersih sama mcm Satay Kajang Hj Samuri.
Kira cetusan idea yang lebih kurang sama la jugak.
Satay dia siyes gemuk. Eh, silap.. Besha.. Besha okay.. Kuah dia paling sedap bagi aku. Bagi aku jela..
Aku memang makan satay daging je. En Gaban wajib satay ayam. Senang.
Tak payah nak berebut. Hahaha


Abg motor dua org tu sweet kan? Erk!


Atas dulang klasik ( aku taktau nama dia apa huhu )



Pastu mcm biasa la kan.. Gedik2 sikit suh En Gaban snap pic aku..

Orang malu2 kucing nak makan. Tapi habis gak.

Tengah2 makan tetiba dengar bunyik muzik. Muzik melayu asli.
Okay, aku suka gila kalau dengar lagu mcm tu. Tak tau la nape. Tapi aku memang takleh dengar muzik mcm tu. En Gaban dah sengih2 tgk aku.
dia bukan boleh ni.. kang berzapin pulak..
Hampeh. Malu aku kat En Naim dan Cik Azian.

Tetiba dengar ada orang nyanyi. Ingatkan radio je. Tapi apasal mcm karoke.
Takkan la ada karoke pulak kat situ.
At last ternampak ada group orangorang lama tgh main alat muzik.
Ada sorg makcik tgh nyanyi.
Makcik ke?


Walaupun makcik dgn pakcik, memalam diorg buat aktiviti klasik mcm ni okay.
Gigih diorg nak tunjuk kat orang tentang seni melayu asli.
Korang boleh nyanyi lagu asli?
Aku pun takleh.. Huhuhuhuhu

next time kita datang sini,kita duduk kat meja paling depan tu eh..paling depan tau. tata nak tgk dekat2.
En Gaban menyokong seratus peratus niat aku. Sebab dia tau aku memang gila lagu2 mcm tu.
Walaupun tak dapat makan aiskrim, tapi puas hati dpt makan satay gemuk sambil layan lagu lama.
Satay 20cucuk kami makan tu harga rm18 okay.
Lagi mahal dari Satay Kajang.
Nasib baik satay tu gemuk.
Kuah sedap. Kalau tak aku sambung merajuk lagi. Boleh tuntut aiskrim.



Tata!

Monday, May 23, 2011

Aiskrim Potong

En Gaban suka makan junk food rupanya.
Aku tau ni pun sebab tiap kali aku beli brg kat Tesco ke, Giant ke, Carrefour ke.. Dia mesti peluk 1 bag keropok. Tak kisah brand apa.



Pastu takleh tgk Cadbury. Aku mcm bawak budak kecik g supermarket okay.
Letih nak larang2 dia.



Aiskrim lagi la. Sikitsikit aiskrim. Sikitsikit aiskrim.
Aku bukan kaki junk food.


Ni sesuai untuk En Gaban.

Aiskrim cornetto lagi la.
Tapi xyah ngada2. Aiskrim singgit kat Giant tu ada. Sama je rasa dia.
Apalah nasib dapat En Gaban kaki junk food.
Aku tak reti tol la.
Pantang masuk kedai.
Amek junk food mcm budak2.


Air ni lagi la dia takleh tgk.
Ngilu otak aku benda masam2 ni.
Dia? Mcm minum air masak.

sumber : google

Okay,sebenarnya aku bukan nak kutuk dia. Walaupun niat aku mmg mcm tu tiap kali buat entry.
Sebenarnya aku nak tulis pasal aiskrim potong.
Aku tau ada. Aku tau korang selalu jumpa.
Tapi aku ni ha... Bertahun okay tak jumpa aiskrim potong tu.
Ahad semalam, kitorg g Speedmart99. En Gaban terrjumpa la aiskrim potong kat situ.
Disebabkan aku ni agak atas pokok la jugak.. Terkinja2 la tgk aiskrim potong tu.
Banyak okay. Banyak sampai aku amek sume perasa.
Then En Gaban pandang perut aku.
Muat okay. Aiskrim je pun. Bukan besar mana. Hahahaha
Tak jadi amek banyak. Amek satu je. Takut En Gaban bising.. Eleh, tak takut pun sebenarnya. Small matter je kalau dia bising. Hehehehehe..
nanti datang sini lagi eh..tata nak amek perisa lain lak next time..
Pastu sengih buat muka tak bersalah.


Kacang merah : En Gaban
Jagung : Saya!


Okay, nyaris aku nak gigit bagi lesap kacang merah tu.
Meraung En Gaban tak pasal2. Haha


Lepas ni nak perisa Cendol lak.
Gila lah.. Zaman sekolah rendah je dapat makan.
Dah matang nie susah tol nak jumpa aiskrim potong ni.



Aku : tak habis lagi?
En Gaban : b menikmati kalau mkn aiskrim ni..
Aku buat muka menyampah.
En Gaban : b tak suka gigit. b suka isap.. kalau gigit nanti cepat habis..
Aku buat muka menyampah lagi.
En Gaban : baru la menikmati..

Suka hati lah En Gabannnnnnn..
Cakap jela gigi kamu ngilu. Takleh gigit asikrim.
Kalau gigit nanti beku otak.
Kan?
Bagi alasan menikmati konon.
Cair okay. Cair.
Menitik.
Mcm budak2.
Hishhh.
Lain kali gigit je. Cepat habis. Takde la menitik.
Pakai Sensodyne Toothpaste. Ah, mahal.
Gosok gigi ikut prosuder yang betul CORNFIRM tak ngilu bila gigit aiskrim.
Try la.
En Gaban bukan dgr pun aku suh gosok gigi ikut prosuder.
Sebab tu takleh gigit aiskrim.
Mengigil otak.
Hahahaha..


Tata!

Apasal Kau Senyap Je?

Apasal kau senyap je?






































Jemu okay dengan soalan mcm tu.
Huhuhuhuhuhu..
Dah ramai yang tanya soalan mcm tu kat aku. Bila?
Tiap kali dalam kereta.
Tak kiralah kereta jenis apa.

En Abg Azam : apasal kau senyap je dik?
Aku  : ???
En Abg Azam : kau senyap je apasal ni? merajuk?
Aku  : ???
En Abg Azam tgk aku yang ada kat seat belakang.
Aku  : benci tau.. bnyk kali dah orang tanya saya soalan mcm tu. saya mmg mcm ni kalau dalam keta..
En Abg Azam : haa? ( gelak kuat
Aku : betul la. apasal la bg soalan mcm tu.
En Abg Azam : takde la.. sebab kitorg ni kenal kau dengan mulut tot tet tot tet tot tet tot tet
Bengang okay.
En Gaban : a'ah bang.. Mulut dia mcm machine gun..
En Abg Azam : setahu aku atas motor pun kau tot tet tot tet tot tet gak kan?
En Gaban : a'ah bang.. kalah bunyi ekzos..


Wahhh.. En Gaban.. Kemain lagi kan.. A'ah bang, a'ah bang..
Perhal lak.. Dah aku mcm tu.. Nak buat mcm mana. Huhuhu
Atas motor aku tak pot pet pot pet okay..
En Gaban pun sama. Kalau aku diam cakap aku merajuk.
Tak boleh ke bagi aku diam sekejap? Huhuhuhu
Aku pot pet pot pet ke?
Tak kan?
Aku bukan pot pet pot pet la.. Aku suka bercerita okay. Hahaha..
Once kau bagi aku topik, habis lah.. Saploh perenggan aku huraikan.
Tapi jangan dalam kereta.
Aku cepat pening.
Aku kena fokus pada tumbuh-tumbuhan hijau diluar tingkap sana.
Kalau tak nanti aku pening, lepas pening muntah.. Boleh?
Sms pun aku takkan reply. Sorry ya..
Tapi selain dari pening aku mmg mcm tu. Tak tau la nape.
Nak suruh aku diam, sila bawak aku masuk dalam kenderaan. Sure aku diam. Hahaha..
En Saiful, takpayah cakap. Dia selalu buli aku 'kau ni banyak sangat cerita ke dik?'
Okay, aku benci budak Re10.



Benci.




Tata!

Ninja is Mine

Keterujaan ( jahanam tatabahasa ) aku berakhir sabtu lepas.
Benda yang diharap2,diidam2 akhirnya selamat jatuh ke tangan aku.
Akhirnya..
Itu pun setelah bersusah payah nak dapatkan benda alah ni.
Sebelum g amek benda ni mood agak down sebab kaler tak seperti yang diinginkan.
Dalam pala otak pk mesti tak shantek.
Tapi nak buat mcm mana.
Takkan nak tggu lagi dua,tiga minggu.
Dua tiga hari pun azab nak tunggu.
Ni pulak dua tiga minggu.

Sampai2 je kat tempat dituju dah nampak dah si besha kesayangan hamba.
Buat muka cool dulu.
Settlekan dokumen apa patut pastu..
Masuk kunci laju2.
Eh, jap.. Abg Azam yang rasmikan dulu okay.

Dannnnn.......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

This is mine.
Kawasaki KRR ZX150

Alhamdulillah..
Our life is getting better.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

No turning back.
No,no,no.

Lepas ni takkan berhenti dari mendapat apa yang dihajati.
Takde sapa boleh halang.
Doa dari orangorang yang sentiasa mengasihani kami jadi penguat dan jadi penyebab kenapa ketabahan sentiasa ada disisi.

Aku tahu, dia pun tahu.. Ini adalah permulaan setelah kejatuhan.
Bertuah ada orangorang yang sentiasa menyokong, kejatuhan bukan selama-lamanya.
Ada kudrat kan? Bangun.
Jangan mengalah dengan pisau menyembelihan orang lain.
Lamalama tumpul gak pisau tu.

Next step..
Insyaallah..
Tunggu je rezeki Allah bagi, niat kalau baik Insyaallah dipermudahkan..



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Abaikan muka selekeh tu. Panas,puas,penat,lapar,gembira semua ada.
Rambut serabai sebab Ninja tu laju sangat..
Dah kau yang nak benda laju. Jangan banyak komplen.


Tata!

Friday, May 20, 2011

Tak Best Kan Bila Orang Buat Kita Sakit Hati


Entry ni bukan nak cari pasal ke nak carik gaduh ke nak cari masalah ke
Tak.
Entry ni nak meluahkan apa yang aku rasa je.
Kita ni selalunya sebagai manusia suka pk diri sendiri je.
Tak kisah dah pasal orang.
Kita je betul.
Kita je sempurna.
Kita susah atau taknak langsung letakkan diri kita kat tempat orang lain.
Cuba kita pk mcm mana orang lain rasa.
Tak paham?
Mcm ni....

Situasi 1

Aku ni jenis dengki dengan orang.
Takleh tgk orang senang.
Tgk orang pandai lebih sikit dari aku, aku dah tak senang duduk dah.
Tgk orang tu g kerja pakai cantek2 aku dah menggelupur dah.
Kepala otak mula pk mcm mana aku nak highlight kan keburukan minah tu.
Aku kena mulakan tugas menjatuhkan minah tu supaya orang lain tak nampak apa2 yang hebat pun kat minah tu.
Bila ada orang termakan dengan kata2 aku, mula la aku buat kenduri kesyukuran.
Aku puas hati tgk orang lain sama bodoh dengan aku, sama buruk dengan aku.
Lebih jangan. Aku tak suka faham?

Situasi 2

Aku ni jenis bajet bagus.
Apa aku buat semuanya bagus.
Aku jela yang bagus.
Orang lain tak bagus.
Cakap nak bagus je.
Cakap pandai, buat? Takde la bagus mana.
Masuk Asia Bagus lagi bagus la.


Aku asyik dengki dengan orang, buat orang sakit hati, tunjuk bagus padahal hampeh, tak pk pun pasal orang. Janji aku puas hati dapat dengki dengan orang. Kekadang kita tak kenal pun orang tu, belum cukup kenal, kenal gitu2. Tapi kita yakin je dia tu mcm tu mcm ni. Pastu mula la buat cerita, cakap pasal orang tu mcm kita duduk satu perut dengan orang tu.
Orang mcm ni selalunya dikenali sebagai busuk hati.

Tapi.. Kena ada tapi..
Tapi mcm mana kalau satu hari nanti kita lak merasa mcm tu.
Ada orang dengki dengan kita.
Ada orang tunjuk bagus dengan kita.
Sakit hati tak?
At that time baru kita nak amek clorox nak suruh orang tu minum bagi cuci hati dia.
Eh, dulu time kita dengki dengan orang kau lupa lak nak minum clorox bagi cuci hati kau.
Baru kita rasa sakit hati bila orang dengki dengan kita.
Bila orang tunjuk bagus baru kita rasa nak muntah hijau bagai.
Masa kita tunjuk bagus kat orang tak pk lak orang nak muntah usus tgk kita.

Macam tu la kehidupan.
Kita boleh menyampah tgk orang. Tapi kita kena ingat, ada jugak orang menyampah tgk kita.
Kalau kita sibuk nak berdengki dengan orang, ingat.. Tak mustahil esok akan ada orang dengki dengan kita.
Jangan mudah sangat tak suka orang, nanti orang pun mudah tak suka kita.
Sebelum nak cuci hati orang, kita cuci hati kita dulu.

Adik-adik, awak-awak semua..
Kita nak orang hormat kita, kita kena hormat orang dulu.
Taknak orang benci kita, kita jangan benci orang.
Macam mana hati kau sakit orang dengki dengan kau, mcm tu la jugak hati aku sakit dulu masa kau buat aku mcm2. Dulu la. Dulu. Sekarang aku dah imune. Sekali lagi kau buat hal, aku contact bodyguard aku bagi penampar satu kali berpusing muka saploh kali okay.

Wahh.. Garangnya. Takde lah. Sakit hati kot orang dengki dengan kita.
Sikalang lu pulak sakit hati.. Sama2 rasa lorrr..
Sedapkan rasa sakit hati?
Mcm biskut cicah tempoyak rasanya.


Nikmat.




Tata!

bosan. tak sabar nak tunggu tibanya hari esok.


Saje nak mencuba

1

2

3


















Nama dia En Gaban
Ntah apahal dengan nama tu ntah
Tapi terpaksa panggil gak sebab sume kawankawan dia panggil mcm tu
Orangnya manja.  Manja yang mcm mana? Hanya family dia dan aku saja yang mengetahui. Kadang2 rasa nak jentik je dahi dia. Makan nak bersuap. Mesti nak kena ada sos cili tak kira makan apa, termasuklah makan roti. Hahaha
http://www.emocutez.com


Mata dia sepet. Macam ni
http://www.emocutez.com

Dia selalu kelam kabut. Takleh stress. Nanti dia mula la tunggang terbalit. Pastu blank.
Pastu aku la kena take over. Aku bagi dia calm down, pastu aku la kena memikir untuk dia. Pastu baru dia tenang. Hampeh kan?
http://www.emocutez.com


Dia suka buli aku. Nyakat aku. Selagi aku tak nangis selagi tu dia buli aku. Aku kalau geram sgt aku cubit je dia. Tapi dia bukan pedulik pun. Buat muka tak bersalah je.
http://www.emocutez.com


Tapi dlm hati dia ada cinta. Untuk aku je.
http://www.emocutez.com


Susah marah. Tapi kalau dia marah dia cakap sepatah perkataan je wajib aku nangis beriya2.
http://www.emocutez.com


Dia suka bt aku marah+merajuk. Pastu buat muka tak bersalah.
http://www.emocutez.com


Benda paling annoying yang dia pernah buat selepas 4tahun kitorg bersama ialah.. 
Dia menari mcm tu. Aku takleh tgkkkk.. Hahaha.. Aku taktau nak gelak atau nak nangis. Tapi dia ckp dulu dia join B-Boy. Ala yang headspin tu.. Aku bantai gelak kuat2 okay. Buktikan dulu baru aku percaya. Pastu meh aku ajar dia menari zapin. Biar cramp betis dia. Hahaha
http://www.emocutez.com


Ni kalau dia baca entry ni, mesti dia nangis sampai kuar hingus
http://www.emocutez.com



Hahahaha.. Okay, giliran aku lak.




Saya orangnya baik
http://www.emocutez.com

Sentiasa happy
http://www.emocutez.com

Mencintai si dia tu sepenuh hati. Dah penuh sampai tumpah2.
http://www.emocutez.com

Suka gelak. Gelak sungguh2.
http://www.emocutez.com

Saya garang. Saya garang okay.
http://www.emocutez.com

Tapi cepat nangis.
http://www.emocutez.com

Aku tau ayat menggelabah tu buat korg nak muntah.
Takpe. Muntah saje. Hahaha
Pasal kami pulak. Kami suka kucing. Terlampau suka. Pernah bercita2 nak beli alphard semata2 nak kutip semua kucing2 yang terbiar. Perhal sampai nak beli alphard? Kalau nampak kucing wajib aku pegang,belai2. Kalau nampak bersih ( padahal taktau bersih ke tak kan ) aku wajib angkat kucing tu. En Gaban lak acah2 kucing tu. Mcm anak kami la pulak.
http://www.emocutez.com

Kami benci kepada penganiayaan terhadap kucing.
http://www.emocutez.com

Manja mcm kucing cute kan?
http://www.emocutez.com







Okay,dah lah tu. Pening dah tgk emo gerak2 ni.




Tata!
http://www.emocutez.com

Pengantin Perempuan Nak Bunuh Diri. Boleh?

Last2 minit kena putuskan hubungan. Gila lah boyfren dia tu.
Tergamam tengok gambar2 ni dan terlalu sedih untuk diperkatakan.
Jangan sekali2 buat mcm ni okay.
Kalau jatuh betul2 mcm mana?
Kalau ada masalah dengan pasangan pun jangan la buat mcm ni. Ngeri okay..
Kalau pasangan buat hal di hari2 terakhir sebelum tibanya majlis kahwin jangan la pk nak bunuh diri sendiri.
Terajang ribu2 kali je pasangan tu. Tampar dia guna bontot kuali 5x pun okay.
Jangan la buat kaki dengan tangan aku sejuk ngilu dengan bt cara mcm ni.

Kalau ada masalah dengan family pasangan ke family sendiri ke jangan la seksa diri sendiri.
Kau mati, orang lain tepuk tangan. What the fish kan..
Baik kau hidup, kumpul semangat, bukti, kekuatan pastu kau fire balik orang2 yang bikin hal dengan kau.
Jangan bunuh diri sendiri.
Sedih tau. Ngeri. Malu.

Dah cantik2 mcm ni, nak terjun pulak.

Nasib baik la umur dia panjang lagi..
Menggigil okay.
Nak nangis lak tgk pengantin perempuan tu..
Aku tau masalah dia lebih berat dari aku.
Mesti dia dah tak tahan lagi.
Lebih dari aku.
Hari kahwin pulak dia lost kan..
Kesian..
Bodoh la boyfren dia tu. Nak putus pun putus la bulan lepas ke.. Jangan la bila dah siap2 sume, dah pakai gown pengantin elok2 mcm ni kau mintak putus pulak.
Apa la dalam kepala otak mamat tu. Sedap dia je..
Amoi, patut lu tolak lu punya boyfren kasi jatuh ma.. Bukan lu pergi terjun..
Aiyaaaa..

Ni kalau amoi tu dah okay,dah tak gigil dah kau pijak perut boyfren kau seploh kali.
























Sumber : Yahoo!

In this photo taken Tuesday, May 17, 2011, a cadre of the community office grabs 22 year-old woman after she tried to kill herself by jumping out of a window of a seventh floor building in Changchun city in northeastern China's Jilin province. The bride surnamed Li cut her wrists and tried to commit suicide after her boyfriend broke up with her just before the marriage.

Ya Allah, jauhkan aku dari hilang kewarasan dan keimanan.
Tabahkan aku untuk menghadapi setiap dugaan yang Engkau berikan.
Semoga aku menjadi hambaMu yang redha.


Tata!

Thursday, May 19, 2011

Risau Bila Hari Makin Dekat





Aku tak tau la apasal,mengapa,bagaimana asyik nak gaduh je.
Risau okay.
Sikit2 gaduh.
Sikit2 gaduh.
Benda kecik pun gaduh.
Benda besar lagi la gaduh.
Gaduh kalau mcm budak2 berebut barang mainan takpe.
Ni mcm g berperang.
Sorang pegang pedang sorang pegang perisai.
Aku sah2 tak pegang perisai.
Nasib baik la dia pilih nak pegang perisai.

Yang paling bagus,hebat,takjub,bangga kitorg bergaduh sebab orang lain.
Apahal?
Ntah.. Macam kena jampi kot. Tiap kali gaduh wajib disebabkan orang lain. Orang yang sama lak tu.
Dah setahun okay. Satu tahun. 365 hari. Banyak hari tu kan.

Orang cakap time2 tgh bertunang ni memang la mcm tu.
Ujian dia lain macam.
Dugaan dia memang dasyat2.
Kena banyak2 bersabar.
Kalau boleh tu buang henfon. Jangan msg2, jangan call.
Jangan jumpa.
Kalau msg kang gaduh, call pun sambung gaduh, jumpa lagi la.. Kerut2 muka kau kan.
Tunggu tarikh, nikah laju2. Hafal siap2. Bagi pass sekali lafaz.
Tapi kami lum tunang pun.. Cemana?

Apahal..
Ntah..
Aku pun tak tau la nape.
Nak gaduhhhhhh je.
Gaduh tu nikmat kot.
Mcm makan tempoyak sapu kat roti gardenia.
Erk!

Boleh tak jangan gaduh?
Saya janji kita jangan gaduh2 lagi eh..
A'ah.. Pastu kau gaduh jugak kan.
Nasib baik la kau dapat si dia yang penyabar.
Penyabar nauzubillah.
Silalah bersyukur.

Selalunya aku tahan ego. Takmau ngalah.
Lantak la. Apa nak jadi,jadi la.
Aku marah sgt2 okay.
Okay,memang patut aku marah sebab dia mengeluarkan kata2 yang kejam.
Sampai hati. Lain kali mulut tu jaga sikit eh. Pakai penapis okay.
Tak pasal2 patrick ( petrik ) jadi mangsa.
Sampai hati aku pertaruhkan si buncit bushuk tu.
Kejam gila aku ni.
Amarah punya pasal aku sanggup bayar harga petrik si buncit bushuk tu.

Konon puas hati. Nah,amek duit tu. Aku leh bayar lah ( bajet kalau aku bayar kira 0-0 la ).
Lepas 2hari, hati tak jadi marah. Dah sejuk. Hilang merajuk.
Bila pk2 balik.. Apa kejadahnya gaduh beriya2 sebab orang lain. Orang tu sedap2 dgn life dia. Kita? Berantakan pulak. Apa dapat?
Lewat ptg tu dia bagitahu.. Dia dah pun guna duit petrik yang aku bayar balik tu.
Terkedu. Dia dah guna? Maknanya dia betul2 amek duit tu? Aku acah je.. Dia guna betul2?
Damn!
Menitis lagi air mata. Tak cukup selaut air mata aku bazirkan untuk kesedihan beberapa hari tu.
Lewat ptg tu menitis lagi bila dia cakap duit petrik yang aku bayar tu dia dah guna. Padahal aku main2 je.
Menyesal? Dah terlambat. Sape suruh kau bayar harga petrik tu. Dah tu hadiah dari dia, yang kau g gatal tgn g bayar balik tu perhal. Bajet ego la tu kan. Now? Kau takleh nak claim petrik si buncit tu pemberian dia. Padan muka.


Happy kau eh petrik..

Ni la petrik si buncit bushuk tu.
Hadiah hari jadi dari dia untuk aku.

Malam tu jumpa konon untuk bermaaf maafan.
Tapi dia suruh aku tutup mata kejap.
Puas aku takmau,dia suruh tutup gak.
Tutup gak la mata ni. Kot2 ada kunci kereta Lancer ke kan.. Yelah,hadiah bermaaf-maafan haruslah hebat2.
Bila aku bukak mata ada sampul surat tulis 'duit petrik'
Eh, ni macam sampul surat yg aku bg 2hari lepas jek.
Dia tak guna pun duit petrik tu.
Dia tak sampai hati pun nak guna. Dia cuba pertahankan petrik tu sbg hadiah dari dia.
Dia tak usik pun duit tu.
That time aku rasa bengongnya aku buat mcm tu. Air mata ni perhal la suka sgt nak menitis aku pun taktau.
Kat kedai makan okay. Kau ingat drama Yusof Haslam ke?
mamak, tisu..
Tak gentle sungguh tau dia ni.. Ada ke suruh mamak tu amek tisu.. Baik dia mintak je kain lap meja tu buat lap air mata aku kan..
Aku tak marah pun dia tipu aku, aku nangis sebab petrik kami masih mampu diselamatkan.
Dia takmau guna pun duit petrik tu sebab dia cakap
Dia tak banyak bagi hadiah kat aku. A'ah memang pun. Satu tu je la hadiah dari dia. Sedar takpe.
Dia kata itulah yang pertama dan yang terakhir. Hampeh. Jadi dia tak nak hadiah yang satu tu aku bayar2 pulak duitnya. Nanti apa je pemberian dari dia kan. Alah, pertik murah tu. 10 aku leh beli. Orang lain tgk dapat apa? Rantai, cincin, gelang kaki, baju ribu2 helai, henpon, laptop.. Baru la hebat kan.. Takat petrik tu kat tv leh tgk.

Oit, En Gaban.. Awek kau cakap mcm tu? Tampar mulut dia lajulaju. Kurang hajau!
Aku tau takde benda paling mahal dari dia untuk aku.
Memang takde.
Selalu orang tanya 'kau dapat hadiah apa besday semalam?'
Apanya? Takde.
Tak percaya lak. Diorg ingat aku sorok2. Diorg pk aku dapat kunci kereta kot tu yang sorok2.
Bila aku cakap aku makan kue tiow kungfu je masa celebrate besday, mati2 tak percaya. Dia ingat aku makan kat Paris.
Dia tak pandai benda2 ni semua. Nak bagi2 hadiah ni dia tak reti. Nak sambut2 besday tutup2 mata aku guna kain pastu ada lilin2 menerangi suasana ni memang tak la. Nak bagi bunga setangkai pun dia tak reti. Beli kek sepotong pun dia tak reti. Pendek kata memang dia tak mengerti nak tabur2 kelopak bunga mawar kat aku.

Tapi aku selesa mcm tu. Aku tak dapat semua tu dari dia maybe sebab aku dapat semua tu dari family aku kot. Jadi aku tak berapa nak heran la kalau dia tak buat cenggitu. Tak kisah pun. Aku tak harap hadiah dari dia sebab aku bercinta dgn dia bukan sebab nak hadiah. Aku nak cinta dia. Wahh,poyo sikit takpe kan.
Untung lah yang dapat boyfren lambakkan hadiah duit.
Perempuan mana tak suka kan. Tapi aku okay je. Takde hal.. Janji dia ada dgn aku sudah. Dia selalu buat muka paling berseri2 bercahaya mcm spotlight tiap kali nak tiba hari2 penting kami. Puas hati aku tgk dia teruja nak celebrate walaupun lagi seminggu baru sampai tarikh.
nak makan mana malam ni? sambil terkinja2.. Hahahaha

Cukup bagus bila kitorg gaduh dia pilih pegang perisai.
Cukup bagus bila kitog gaduh dia pilih untuk jadi air.
Cukup bagus bila kitorg gaduh dia marah aku 5minit je. Pastu aku merajuk lebih2 mcm syaiton dia gigih buat baik. Patut dah kena penampor kan?
makan aiskrim jom..aiskrim singgit..
Boleh tak dia pujuk mcm tu? Pastu ada la dua makhluk makan aiskrim kat bangku kaki lima Giant.

En Gaban tak bagi aku buat entry tulis kitorg gaduh2 ni.. Ni kalau dia baca ni taktau la dia marah ke tak..
Ala, hakikat la sayang.. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Menipu la kalau cakap 4tahun bercinta sehari tak pernah gaduh. Time kita berkawan kau aku kau aku pun kita gaduh gak kan.. En Gaban takut kot orang cakap apa.. Takut orang tepuk tangan.. Biarlah.. Gaduh tu kan konflik. Konflik kan pencetus perubahan.
Kalau tak gaduh nanti simpan2. Dendam2. Ungkit2. Ai tak suka la cenggitu.. Ai suka yang all out..
Luahkan.. Haha

Entry ni maybe En Gaban tak suka. Tapi suka saya tegaskan di sini saya nak bgtau bahawa awak cukup baik kat saya walaupun.. walaupun tu wajib ada. Walaupun awak suka buat saya nangis.
Next time, please.. Pakai penapis okay.


Sebelum tu.. Gambar aku dgn En Gaban bermesra takleh pisah langsung.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Tata!

Wednesday, May 18, 2011

Party Bujang Yang Sopan

Ahad lepas aku dapat jemputan mengejut untuk menghadiri satu perjumpaan.
Disebabkan aku merajuk dengan En Gaban, amarah sgt sampai nangis2 so aku terima la jemputan tetiba tu.

Suruh Tetty amek aku kat rumah ( besar kan pangkat kau suruh2 orang jemput kau pakai limo ).. Bayaran dia satu ciuman. Rupanya nak celebrate kawan kitorg yang sorang ni. Bulan depan dia nak kawen. Jadinya nak celebrate untuk kali terakhir la sebelum dia jadi isteri orang. Takde dah istilah bujang2 ni untuk Cik Norazlin Omar. Bulan depan kau jadi Puan Norazlin Omar okay.

Macam biasa la.. Kawan2 aku wajib yang gelak kuat2. Takde yang gelak slow2 dalam kain. Dan yang penting kurang waras lebih sikit. Sesampai je kat tempat yang dipersertujui, pilih meja pun berpusing2 dalam restoran. Malu? Maaflah.. Nak tempat selesa,cun harus memilih yer. Biar berpusing sampai ke dapur restoran. Janji puas hati. Meja bulat jadi pilihan sebab senang nak fire sorang2. Dah lama tak jumpa kan. Banyak benda nak disoal siasat.

Amek order harus lambat. Adik waiter tu pulak setia menunggu di tepi meja. Aku memang takleh tol orang tggu2 ni. Belasah jelah Carbonara. Lagi lama aku tgk menu tu lagi mengarut perut aku mintak. Ada paling lambat buat order. Last2 air teh ais dia pilih. Boleh kan. Dah tu kelam kabut kena push suruh cepat,cepat,cepat. Teh ais mana2 pun ada la Ada.

Sementara tggu makanan sampai kitorg mulakan dengan penyampaian kad kawen.
Alin bagi kad kawen dia sebab dia yang nak kawen bulan depan kan..

Alin & Alan
sesuai kan?
Shahir & Saila
sesuai jugak kan? Muntah laju2!

Lepas tu Ifah pun menyampaikan jugak kad kawen..
Kad kawen abg dia.
Dia nya tahun depan. Kan Ifah? Tahun depan tu jgn clash lak dengan tarikh aku.
Yakin je kau kan. Jangan berangan lebih sangat.

Halim & Huda
sesuai jugak.
Mcm Shahir & Saila.
Hahahaha..

Pastu giliran aku lak edarkan kad kawen.
Yer.. Aku edar kad kawen. Tak boleh?
Dah sampai giliran aku edar kad kawen okay.


Eh,eh.. Perhal nama aku jadi Azie lak ni. Sape Aziz tu? Bukan dengan Shahir AF ke?
Apakah?
Saya mewakili Cik Noor Azizah untuk menjemput kengkawan menghadiri majlis perkahwinan dia.

Okay,ternyata bulan Jun depan terlalu ramai kengkawan aku yang kawen.
Aya Dato'Awang pun dah jemput. Dia suruh aku datang kenduri dia 3hb Jun kat Kuala Terengganu.
Kau kawen jumaat pulak. KT takpe lah. Jumaat cuti. Aku KL kan. Aya suruh aku amek cuti. Boleh je. Tapi 4hb kat Perak pulak. Mana sempat. Yang kat Perak tu orang dah booking aku siap2. Kalau kau cakap awal sebulan wajib aku pertimbangkan. Haha.. Kesian Aya.
Lepas sesi pengedaran kad kawen tibalah masa sesi makan sambil bercakap.


Eh, jap. Sebelum makan sengih2 dulu.

Zanna : perhal Ada ni?

Zanna, Tetty.. Aku tau muka korg tak masuk pun dalam camera tu.

Ada lapar. Dia tak puas hati apasal makanan Zanna sampai dulu.

Tetiba aku menyesal apasal aku tak mintak sikit ABC Zanna aritu.
Air aku dgn Ifah wajib kembar kan.. Kau Kapucino, aku Moka!
Air bakal pengantin air buah-buahan nampaknya.

Makanan Ifah kalau tak Laksa ni ha. Kue Tiow Bandung.
Mangkuk besar gergasi.

Me? Bajet orang putih tergigit cili api.
Fettucini Carbonara. Mak bapak orang melayu, anak bajet keju.
Suka aku lah.
Berjaya aku hasut Ada dgn Ifah suka makanan ni.

Chicken Chop Grill kalau tak salah. Berasap2 mcm kemenyan okay.
Sesuai dengan muka Ada.


Haku dengan Ifah. Kembar kan. Duduk sebelah2 la.
Padan muka En Gaban tak dapat join. Sape suh buat aku nangis.





Yang tudung hijau tu la bakal pengantin. Alin.

Okay, masa sesi makan sambil bercakap tu aku sorang je tak paham pape.
Diorg sume satu kelas masa form1,2,3 dulu. Kelas pun sebelah2. Diorg lak g ungkit citer2 lama zaman skolah. Aku? Gelak jela bila diorg gelak. Sedihkan. Padan muka aku. Duduk lagi kelas bajet bagus.
Tak merasa la pancitkan tayar basikal budak lelaki.
Boleh tahan ganas gak Ifah upanya. Tayar basikal budak lelaki dia pancitkan.
Pastu salah basikal. Basikal budak lain yang jadi mangsa.
Cayalah Ifah.. Nasib baik kau tak pancitkan tayar keta cikgu kan..
Hehehehe..

Bila dikenang2 blk memang best zaman skolah dulu.. Buat jahat sama2.. Buat apa saja ikut suka..


Ni sisa2 yang tinggal.. Tapi Lenny still tak sampai2. Aku taktau la apa yang jauh sgt padahal dia duduk dalam daerah yang sama gak.
Make up tebal 5 inci kot.

Okay, nilah muka datang lambat. Selalu okay.
Dengan tak bersalah dia datang senyum2..
Pastu

sape yang nak kawen boleh la tempah tudung kat aku..mcm aku pakai ni ha..


Mcm tu la ayat orang tak bersalah..
Nasib baik kau ada anak dua orang kan..
Okay, bagi chance Lenny promote tudung dia kat dalam blog ni.
Tudung Tunang/Nikah
tabur2 batu kilat2 ni kat tudung..

Ni sesi berebut anak orang. Aku taktau la apa masalah diorg ni.
Kesian baby tu.

Tgk. Ada cuba merampas Irfan dari Ifah

Dah berjaya merampas Irfan. Pastu Ifah rampas balik. Pasni tolong bawak anak masing2 okay. Kalau takde tu usaha bagi ada.



Okay,cukupcukup. Penuh dah muka korang kat entry ni.
















Semuanya masih bujang kecuali yang tudung hijau tu.
Bulan depan dia tak bujang lagi dah.




Bagi chance aku pulak.
Aku letak pic aku yang waras2 je okay.
Yang tak waras ada dalam camera Tetty. Teruk sungguh.
Aku dah cakap jangan masuk dalam Fb, kau masuk jugak kan?
Maaflah.. Aku ni tak reti gelak hikhikhik.. Aku gelak kahkahkah.. Boleh kan.
Korang pun sama. Takyah banyak cakap.

Ni rambut sudah tak waras sebab banyak sangat gelak sampai serabai.
Apa-apa pun harapan aku semoga seri pengantin Alin berjangkit kat aku.
Tahun depan. Jemputlah datang.
Hahahaha!

Ada & Tata

Malas nak cakap. Pantang nampak camera.



Dulu - Zanna dgn Aku
Skrg - Aku dgn Zanna


Mengong lah ni.

Lambat tggu diorg posing2 seluruh restoran.
Buat2 rajin sikit takpe kan.


Apa-apa pun ahad tu memang best lagi menyeronokkan.
Bila gang Fikah nak buat perjumpaan?
Jawab Fikah, jawab..
Tenkiu banyak2 Tetty sebab clearkan bil ahad tu.
Laju je kau mintak bil kan.
Senyap2 kau bayar.
Terima kasih banyak2 yer.

Saaaayang korang semua!


Tata!