CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

Berangan : nak boyfren tuju lagu kat kita sambil nyanyi di jalanan

Assalamualaikum






Sekian lama kita bersama
Harungi lautan asmara
Xpernah henti
Untuk selalu mencintai

Berdua kita jalani
Kisah cinta yang penuh cerita
Suka dan duka
Tlah kita lalui bersama

Aku sayang kamu
Aku cinta kamu
Pesan dan nanti pelukku
Dan janganlah engkau ragu
Bukan slalu menjagamu
Hingga dihujung waktumu
Sayanggg

Tataplah mataku
Dengarkanlah bibirku bicara
Terucap satu janji
Tuk mengikat kita slamanya
Hanya satu pintaku
Menikahlah dengan ku




Aku bukan kaki jiwang romantik segala tu.. Tapi bila tengok mamat2 nyanyi sambil main gitar kat jalanan, terfikir lak.. Kalau En Gaban buat mcm tu, nyanyi untuk aku tepi jalan mesti kaki tak pijak bumi dah. Hahaha.. Tapi yang ado.. Pitching selalu lari 4 x 400meter okayyyy.. Baik takyah kan.. Elok2 nak feeling, pengsan lak tetiba. Hahaha.. Jangan marah haaa~

Berangan jap
lagu ni saya tujukan untuk buah hati pengarang jantung intan payung emas berlian busuk segala bagai, dengan ucapan operate lah jantung, belahlah hati ( lagu rujuk seperti di atas )
Okay, cut!!





aku : ai nak yu buat mcm mamat kat blkg tu.. nak jugak.. nak jugak.. g belajar main gitar pastu g kelas vokal eh, eh.. pastu nyanyi utk ai biar semua org tahu betapa tulusnya cinta yu kat ai..




dia : mampus!! mana aku nak rembat gitar nie.. dah la suara mcm saleng ( adik kpd salem iklim )
pk cepatttt.. pk cara nak suh perempuan ni diam.





Moralnya, tak payah nak omputih sangat.. Geli okay kalau bajet romantik depan khalayak ramai ni. Simpan2 la romantik tak halal tu. Dah kawen esok kau melalak la dari hall ke dapur.. Moral kedua, aku tak tau sape yang nyanyi lagu kat atas tu, tajuk lagu pun aku tak tau.. Yang aku tau lagu tu sodap. Siyes sodap okay.





Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!


Terlajak kata nak tarik guna apa?

Assalamualaikum

Borak2 pasal bab makan. Macam dah takde topik lain je nak cakap kan. Aku dengan jujur bagitahu 

aku : dulu masa kecik2 makan benda2 moden je.. makanan kampung memang tak la.. tapi sejak2 dah tua ni suka lak makanan kampung.. sume nak try.. sedap gila..

dia : (senyap)

aku : eh, silap! bukan tua.. dewasa.

dia : bagus kalau jenis sedar diri ni. takyah susah2 orang nak sedarkan.. memang ayat tu dah lama dah di tunggu2. elok lah sedar..

Moralnya jangan guna perkataan tua sama sekali. Diharamkan terus lagi bagus. Lagi satu, sebelum cakap tu pk dulu. Menyesal pun tak guna. Cisssss!




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)



Tata!



Tuesday, June 28, 2011

Dusty Rose : for my solemnization day!

Assalamualaikum














































source : pakcik google


Best dapat cuci mata? Lega kan..
Korang yang baca entri ni jangan cuba memanipulasikan tajuk okay.
Entri saje2 je pun.. Kalau ya pun, ia cuma sekadar pengharapan semata2..
Pengharapan? Ala.. Kaler ni sweet sangat la.. Tak boleh kata ' tidak '.
Korang yang belum decide nak pilih kaler apa untuk solemnization theme korang, kaler ni sweet kan?
Aku tau sepupu sepapat, makchiks makchiks aku sure takkan kata ' tidak ' to this color. Haha..
Suuwittt okayy..







Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!



























Monday, June 27, 2011

La Risz

Assalamualaikum

Makan kat La Risz memang sedap sangat2. Penuh. Lauk banyak sampai tak tahu nak amek yang mana. Disebabkan kat situ femes dengan makanan bakar so kitorg amek ikan pari bakar dgn sotong bakar. Sorry tak sempat nak snap gambar makanan sebab ramai sangat orang plus lapar tahap menggila. Ara order bubur nasik. Meriah gila dengan bahan2. Warning dari Cik Ara kalau order masakan panas boleh share dua orang sepinggan. La Risz Sungai Merab, Kajang. Rupa2nya dekat gila dengan rumah Mak Iti. Boleh? Haha.. Tengah2 makan tu aku tanya Ara apasal pekerja dia semuanya Indon. Owner dia Melayu ke? Ara cakap ' tak. Indon '. Bukan bias.. Tapi cara diorg memang beza dengan kita. Kita baru tanya, diorg anggap kita confirm nak. Bengang je aku dengan Ina. Dah la nak memilih itu satu seksaan.

Lepas makan sampai nak pecah perut, boleh lak Ara ajak shopping pisang goreng kat tepi jalan. Rambang mata lagi sekali. Okay, aku tau ianya gila. Kitorg beli gak pisang goreng walaupun perut kata cukup. Tapi mulut okay je.

First time aku tengok cekodok besar mcm ni. Cekodok giant.


Nak amek gambar donut dia. Gila besar. Bapak giant. Tapi tak sempat. En Gaban panggil kuih donut tu kuih tayar lori. Sebab bentuk mcm tayar. Yang aku nmpk tadi baru betul tayar lori. Kalah Dunkin Donut okay. Sorry la En Gaban, kalau i beli pun belum tentu selamat sampai rumah. Hahaha..

Pisang giant.
tetiba mamat kedai tu tegur ' amek gambar pisang je ke? '
Ya. Takkan nak amek gambar kamu. Huhuhu


Sederet tu ada pulak klinik kasut. Apa lagi. Hantar kasut sebelum penyakit dia lebih parah.




Kasut yang disyaki sakit.



Entri paling hampeh dari aku. Ntah pape ntah lah. Menyampah lak nak publish. Tapi dah taip kan.. Huhuhu.. Taip entri sambil kenyang melampau dan mengantuk manja2. Ini lah hasilnya. Sekian.





Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!









Friday, June 24, 2011

Tumpang tanya....

Assalamualaikum

Kalau ya pun nak tumpang tanya jangan la main sergah dari belakang okay. Mati terkejut aku nanti mcm mana? Aku tau la kamu nak cepat, tengok dari larian anak kamu tu aku faham dah yang kamu siyes tertinggal ketapi. Dah la tegur dari belakang, kuat pulak tu suara dia. Haishhh.. Nasib baik aku bukan jenis kaki menjerit ni. Kalau aku terjerit sebab terkejut tadi tak pasal2 orang ingat dia telah melalukan sexual harrasment.. Hahaha.. Lain kali kalau nak tanya orang tu suara bagi slow sikit eh.. Maybe dia terlalu stress sampai tak mampu nak control volume suara dia kot.. Maybe.. Takpe, aku terima alasan tu. Disebabkan dia tegur aku dari arah belakang dengan kadar suara yang kuat membuatkan aku jadi bengong jap. Pejabat pos pun aku taktau apa kebendanya.. Adoii.. Blur 5saat okay.. Pejabat pos? Apa tu eh.. Lama jap pk.. Ohhh.. Pejabat pos la weihh.. Rasa nak lempang je mamat tu pun ada. Tapi kita kena fikir positif.. Kesian dia, dia nak cepat.. Jalan laju gila, kelam kabut.. Tapi aku yang terkejut. Hampeh.




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)





Tata!

Wednesday, June 22, 2011

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan : Gagal exam BM

Assalamualaikum


Ntah sape ntah : ni apa?
Aku                  : cendawan butang. sedapp..
Ntah sape ntah : xnak. dah makan 2 dah tadi. nah, makan..

(...............)

Ntah sape ntah : pernah tengok tak mcm mana cendawan tumbuh selepas hujan?
Aku                  : ???
Ntah sape ntah : kan orang cakap mcm cendawan tumbuh selepas hujan.. nak gak tengok mcm mana cendawan tumbuh selepas hujan..
Aku                  : mcm mana? mcm tu la.. mcm mana lagi..
Ntah sape ntah : yela, nak gak tengok dr mula dia tumbuh sampai dia besar bila hujan dah benti.. tapi xpenah dpt tengok dr mula dia tumbuh.. laju x dia tumbuh?
Aku                 : ????? maksud kamu nak tengok cendawan tu tumbuh depan mata ke? mana la dia tumbuh terus.. mesti la amek masa..hari ni sikit, esok sikit sampai la dia besar..
Ntah sape ntah : ohhh..bukan dia tumbuh terus??
Aku                  : grrrrrr!!!
Ntah sape ntah : yelah, dah diorg dok cakap mcm cendawan tumbuh selepas hujan..ingatkan cendawan tu tumbuh terus besar lepas hujan.
Aku                  : tu peribahasa laaaaaaaaa.. xleh nak beza keee???
Ntah sape ntah : la..mana tau..

Ni nak tanya sikit, pernah tengok menanam tebu dipinggir bibir tak? Aku ingatkan saje nak bagi soalan sains kat aku. Kot nak tanya cara2 cendawan tumbuh, dari mana, macam mana, cendawan ni sejenis sayur ke kulat.. Rupanya dia betul2 mencabar keimanan aku. Tampar dahi nak? Nasib baik ramai orang. Lepas ni meh aku ajar peribahasa melayu sampai khatam eh. Korang agak sape la manusia tu eh? Kalau betul aku belanja aiskrim. Aku malas nak gtau nama dia.. Kesian.



p/s : balik ni nak goreng cendawan lah.






Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!





Tuesday, June 21, 2011

Mengata di tengah hari buta

Lelaki  : Hahahahaha lg 1 nape la *** slalu amek receptionist lebih muatan. Pashtwo x larat bangun keja duduk je. Tunjuk arah pun pkai jari2 je.

Aku    : Maybe ms amek tu x lebih muatan lg. Tp bila dh duduk x bangun2 tu y terlebih muatan.. Errr..

Lelaki : Huh? Mcm ada kena mengena je. Mana tau nie?

Aku    : Teori berat bontot bgtau..


p/s : ayat lelaki sangat bahaya. hati2 bila berhadapan dengan mereka *tarik telinga En Gaban*


Lelaki   : Emmmmmm mcm ada kaitan dgn tata je. Ye tak?

Aku      : Hampeh. Nk lawan jln kaki dgn tata x? Kita tgk sape laju.. Nak?

Lelaki  :  Huhuhuhuhu x aci. Yg tu tata menang huhuhuhu..


Terima kasih daun keladi. Lepas ni puji lah lagi. Hahahahaha!!



Tata!

Masalah sistem badan sendiri. Menyusahkan diri.

Assalamualaikum

Kalau hari ni aku tido pukul 11 malam maka nya hari esok harus aku tido pukul 11 malam jugak. Kalau aku memandai2 tido pukul 12 tengah malam. Akan terjadi ketidakcukupan tidur. Dan mengamuk2 lah aku mintak tidur. Kau ingat kau baby??

Kalau aku makan nasik pukul 1 tengah hari maka nya setiap hari harus aku makan nasik jugak pada pukul 1 tengah hari. Kalau aku lewat makan harus aku pening, pening dan tak lalu makan terus. Pastu merana perut masuk angin.

Kadang2 aku rasa aku ni mcm mesin lak. Kalau dah set mcm ni, wajib la mcm ni. Kalau tak, mesin rosak. Eh?? Mesin kah aku?? Macam hari ni. Perut dah masuk angin. Pening. Nak muntah. Puas aku pk, takkan la makan bihun goreng dengan milo ais buat aku jadi macam ni. Selalu okay aku minum milo ais pagi2. Orang Everest la katakan. Tapi hari ni lain pulak. Pk punya pk.. Ohhhhhhh...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Semalam pukul 10pagi makan nasik lauk rendang ayam. Pagi ni bihun sahaja. Ni kes mintak nasik pagi2 la ni. Sistem, sistem!! Semalam jela makan nasik pagi2. Hari ni tak payah lah ngada2. Kau tu bukan orang Kelantannnn! Ni yang aku marah ni. Kalau tak menyusahkan aku memang tak boleh tau perut aku ni. Balik ni nak kena adjust semula. Jangan nak mintak nasik pagi2 eh.
Chow, nak g kafe carik nasik. Kebuluran.


Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!

Nasib baik jadi. Kalau tak jadi? Malu aku.

Assalamualaikum

Macam entri baru2 ni aku kutuk diri sendiri sebab tak reti masak kan. Entri kali ni nak puji diri sendiri lak. Okay, sila baca senyap2. Jangan bising2. Ya,ya.. Aku tau benda baik perlu dihebahkan. Tapi bab aku pandai buat kek ni takyah lah nak hebah sangat. Kita2 jelah ya.

Sabtu lepas membeli belah kat kedai menjual segala macam bahan untuk membuat kek dan seangkatan dengannya. Macam point asal iaitu ketidakpandaian aku tentang bab memasak, menjadikan bila aku masuk dalam kedai tu aku agak kehutanan sikit. Ala macam kera dapat bunga. Ke sana, ke sini. Apahal. Pegang tu, pegang ni. Nak itu, nak ini. Serabut okay. Leha buat cool. Sebab dia dah pernah buat kek coklat resepi orang. Ahkak kau ni tak pernah kan, tu berlari2 sana sini dalam kedai tu. Ah, aku dulik apa. Tetiba rasa nak suruh ayah aku bukak kedai bahan kek jugak lak. Senang sikit aku nak kaut je apa aku nak kan.

Dah puas berkeliling tujuh kali, puas hati aku dapat amek apa yang patut dan yang tak patut. Benda tak perlu pun aku nak amek. Nasib baik duit bayak berapa helai je. Kalau ratus helai? Itu pun Leha mintak itu mintak ini. Sampai pisau potong kek hari jadi pun dia nak amek. Apa dapur rumah kau dah takde pisau? Pisau tu jugak yang kau nak. Suka sangat kopak kan kakak kau kan.

Bakul penuh. Berat. Seberat poket aku jugak. Lebih rm50 kang, aku gadaikan je si Leha tu. Kira,kira nasib baik cashier tu mintak rm47.30 sahaja. Lebih rm3 simpan dalam tabung elok2. Untuk masa depan. Hari ahad start buat. Eh, beli bahan hari sabtu. Tapi start membuat hari ahad? Pemalas. Macam tu la. Ahad pulak dah pukul 7 malam baru mula. Maghrib kau? Kelam kabut.


*nak masukkan gambar. lupa. gambar dah transfer kat PC aku. ni bukan PC aku. ni PC zul*

update 4.31pm




Gambar aku takleh letak. Berlari sana sini. Agak serabut gayanya.


Akhirnya siap gak kek coklat, Puding Roti dengan Puding Trifle kitorg. Ya, agak jahaman dapur rumah kitorg. Tapi nasib baik ibu kitorg takde. Kalau ada? Memang terbantut kek dengan pusding kitorg. Err, ibu aku tak reti baca blog. Nasib baik.

Gambar kek dengan puding takyah letak lah. Janji sedap. Siyes. Sedap. Betul. Aku tak tipu sebab Yana makan puding trifle aku sampai tambah2 pastu siap spray Whipping Cream melampau2 mengalahkan tuan rumah. Lepas ni kalau kau beli Ice blended, whipping cream dia sikit, kau datang rumah akak. Akak spray kan whipping cream untuk kau. Skali tekan 50sen. Kek coklat? Sambil iron baju kerja malam tadi sambil makan kek coklat sendiri buat. Sadis tak? Bukan sedap sangat. Tapi lapar sangat. Lepas ni benda alah apa lak kau nak try Leha? Tapi poket kau lak eh..





Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!


Monday, June 20, 2011

Saman. Bukan Salman

Assalamualaikum

Kalao rasa dah banyak sangat duit tu pun tak payah la sibuk kutip love letter ( bahasa En Gaban ) dari abang/awek trafik ( ayat En Gaban gak ). Eh, En Gaban takde la kat sblh aku pun.. Dia ngajar guna sms.
Sendiri pun tak cukup duit, buat apa rajin sangat g derma2 kat anak bini diorg.
Diorg siap ada elaun. Kita? Taun.
Dah elok2 ada side mirror tu jangan la tanggalkan. Bajet mata kau ada kat blkg helmet.
Kalao nombor plat tu mcm tulis untuk orang buta, biarkan jelah. Tak payah lah kecik kan, kilatkan, pastu visible kan. Aku selalu gak perasan ' apasal macha tu tak pakai helmet, padahal helmet ada kat bakul tu ha ' ' jaga rambut ' kata En Gaban. Tak pun ' pakai helmet kang orang tak nampak muka kita hensem ke tak ' Pulak. Baik kau jalan kaki je mat.

Ni lagi sorang. Kalau dedikasi sangat pada tugas pun tak payah lah parking ikut suka. Suka sangat kumpul love letter. Bapak kita bukan Tan Sri.. Keja nak derma kat diorg je. Kalao bapak kita Tan Sri pun takde maknanya nak menderma kat diorg semata2. Baik main bowling. Baling bola batu sampai lebam. Kan? Lepas ni sudah2 lah buat amal jariah tu..  Bosan dah gua tengok duit lu mengalir ke poket sana. Apa kata mengalir masuk poket gua. Layan chicken chop jugak kita malam2.

Lepas ni jangan bagi alasan ' lu punya pasal la gua dapat love letter.. lu banyak sangat membebel, gua jadi lupa mana satu tempat parking dengan kaki lima bank '



p/s : entri ni still bukan untuk En Gaban. Takkan Gaban pun kena saman kot. Penyelamat bumi tu.




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)



Tata!



Rojak : Entri malas oleh si pemalas

Assalamualaikum

Tajuk memang macam har**. Aku tau. Yang penting aku bukan nak cerita pasal rojak buah, rojak mee atau pun rojak pasembor. Tak kuasa. Entri kali ni versi rojak. Atau bahasa modennya versi campur segala macam bagi kerja aku senang. Alasan pertama apahal aku malas nak update entri tak macam sebelum2 ni gila rajin.. Pasal suar dalam pun kau nak cerita kan. Sebabnya takde mood ah nak menaip. Alasan kedua adalah sebab malas. Hari ni makan nasik dua kali. Macam mana kau tak malas kan? Kau tu orang Selangor Darul Ehsan.. Nenek kau tak ajar kau makan nasik pagi2. Yang kau bajet orang Kelantan Darul Naim tu sape suruh.. Makan nasik lauk rendang ayam kul 10 pagi apahal? Dah orang paksa aku makan.. Takkan aku nak bergaduh kat pantri cakap aku taknak makan. Kang orang cakap ' diet la tu '. Maaf. Istilah diet belum wujud dalam hidup aku. Ngeh Ngeh!

Pastu pukul 1 tengahari nasik lagi. Perut aku jenis bocor kan.. Tu malas tu. Kerja pun aku taip sikit. Selak2 je lebih. Nasib baik esok aku tak kena g Shah Alam jadi peneman boss aku. Kalau tak memang menaip la aku malam ni. Bila dah malas sebab terlebih makan nasik tambah lak dengan takde mood, jadinya entri aku ni mcm sampah lah eh. Takpe2.

Sebelum aku mengarut panjang2 baik aku cakap awal2.. Apa susah naw nak bagi orang lelaki ni paham? Apa banyak sangat ke debu2 tersumbat ke kat telinga diorg tu? Ke wayar dari telinga dah tercabut dari plug kat otak? Tu pasal tak connect. Susah nak dengar dan faham. Ish! Dah la tu, cakap lak bukan leh panjang2. Cakap panjang2 kang sepatah dua je diorg paham. Yang lagi patah2 tu memang tercicir la. Takdenya diorg nak kutip. Kita cakap panjang2 bagi diorg paham. Macam pemahaman. Boleh kau jawab Ya dengan Tidak? Kalau tak penuh dua baris ayat jangan harap dapat markah penuh. Sebab tu la nama dia pemahaman. Nak bagi kau paham. Paham?
Orang perempuan anggap itu pemahaman.
Orang lelaki anggap itu bebelan.
Haishhhhhhhhhh!!!!!

Lagi satu aku suka bila seorang perempuan mem'blog'kan diri dia dengan cara paling sempoi tanpa perlu memperjuangkan barang2 mewah, kecantikan tak abadi dan keayuan masing2. Sopan itu penting. Aku tau. Tapi bukan bajet ayu raudhah. Bila layan blog perempuan ayu raudhah ni buat jiwa rasa ' untungnya diaaaa.. bf kaya, bf hensem, keta besar, baju lawa2, kasut byk kau, tudung beribu helai, joli2 katak ' Tapi bila layan blog perempuan sempoi buat jiwa rasa ' cayalah dia ni..jujur seadanya, kau selamber tapi kau buat orang ketawa ' Banyak jasa dia kan untuk jiwa2 kosong mcm aku. Hahaha! Jadi aku pilih blog perempuan selamber mcm mereka :  Tijah, Kak SendukKak Jumie, Ahkak Geli Adik Pandai Manipulasi Bahasa. Diorang tak berselindung dari jubah ayu diorg. Diorg nampak tak senonoh tapi diorg buat jiwa ketawa masa membaca.

Sebelum lagi mengarut, baik aku stop menaip sekarang. Aku tulis entri bukan nak ramai follower, tapi aku memang suka menulis dari dulu sampai ke tua. Nak selamatkan pokok2 aku kena la guna keyboard sebagai alternatif bagi menyelamatkan pokok dari kena tebang untuk dijadikan kertas untuk aku tulis2. Kan bazir. Taip kat keyboard tak menjadikan pokok2 sebagai mangsa. Dah la suruh kitar semula kertas takmau. Susah!



p/s : entri tak puas hati apahal wayar telinga tercabut dari plug otak takde kena mengena dgn En Gaban. Sebab En Gaban dah sah2 robot buatan. Dia kena diarahkan. Kalau tak.. Mati la kau kat situ dia buat taktau. Ahaks!!



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!


Friday, June 17, 2011

Belajar sabar kalau nak bahagia

Assalamualaikum

Aku bukan orang yang penyabar. Memang bukan. Hubungan aku yang kelam kabut pun sebab perangai aku yang jenis tak sabar. Nasib baik la aku dapat pasangan yang selalu stand by dengan perisai. Kalau dapat yang pegang pedang 24jam? Memang lama hilang dah kepala aku.

Semalam patutnya nak keluar. G beli sesuatu yang penting. Tapi bila sampai masa kena extend pulak. Aku lak jenis kalau cakap nak pergi kedai, wajib pergi. Kalau tak jadi memang aku hangin. Sangat tak penyabar kan? Jadi bila dah sampai masa tapi terpaksa extend aku dah frust dah. Padahal extend je makcik, bukan cancel. Aku bukak puasa dulu. Bagi hilang lapar dan dahaga. Kedai lak tutup pukul 8. Frust lagi. Macam la esok takleh nak g beli.

Dah kul 8 tu kena extend lagi.. Extend,extend,extend baik cancel terus. Tak penyabar kan? Bengang sangat takla.. Tapi dalam kepala otak ni mula la pk bukan2. Dah la tak bagitahu apa punca lambat sangat sampai 2x tunda. Syaiton mula dah hasut. Ish! Lepas berbuka jangan nak jadi ular sawa. Pastu syaiton jadi pengapit. Elok la sangat. Sebelum waktu habis tak reti2? Sejuk sikit hati yang tak sabar tadi. Syaiton pun dah berambus ntah ke mana ntah. Tak jadi nak marah dan nak soal mcm polis.

Kecewa tetap kecewa, sedih mcm la kau nak g kedai Mitsubishi. Bajet nak nangis dah sebab tak dapat g kedai itu. Tapi rupanya dia lagi la kecewa. Terkejar sana sini, semata2 nak bawak jugak aku g kedai itu akhirnya tak jadi. Sampai2 rumah ( rumah dia, bukan rumah aku ) aku lak buat ayat merajuk. ' G lah mandi, solat. ' Bajet nak merajuk. Kau tak tau orang tu kecewa gila tak dapat nak penuhi permintaan kau okay. Cuba sabar sikit.

Dengan penat, lapar.. Hajat nak bawak aku g kedai itu tergendala pulak. Dia kata rasa nak mengalir je air mata. Eh, ingatkan aku je nak nangis. Dia pun sama? Nasib baik aku berjaya tepis hasutan syaiton, cuba sabarkan hati walaupun aku mcm nak nangis kuat2 sebab bengang. Bayangkan kalau aku ikutkan hati.. Nak marah nak merajuk sangat.. Mesti dah berperang dah. Penat terkejar sana sini, lapar, kecewa kedai dah tutup pastu aku ajak berperang. Best kan?

Kan bagus boleh bawak bersabar. Kan dah boleh selematkan keadaan. Kedai emas tu bukannya tutup terus makcik. Emo sangat la kau. Ada masa lagi nak g beli pun. Apa yang kau gedik sangat.. Dah beli kang bukan kau leh pakai terus pun. Tak reti sabar? Sabar sikit boleh kan? Takde la nak berperang. En Gaban dah takde mood nak layan angin merajuk aku. Aku lak bila tau yang dia pun kecewa cepat2 tekan button off mesin merajuk aku. ' tata tak masak sebab ingatkan b balik lambat lagi..tata teman makan kat luar eh..' siyes aku taktau kerja pujuk memujuk ni sebab aku kalau merajuk pun jangan nak pujuk.

Sabar itu membawa kepada ketenangan. A'ah. Aku je yang degil. Lepas ni bawak2 la bersabar ya. Jangan cepat sangat nak soal siasat orang mcm polis pastu ajak gaduh. Bosan tau dengan perangai kau ni. Bosan okay. Sabo jelah.




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!

Thursday, June 16, 2011

Tak reti masak tak boleh kahwin. Cancel merisik.

Assalamualaikum


Yang penting sekali aku nak bgtau yang aku memang tak pandai masak. Macam mana nak kawen kalau tak pandai masak ni? Tula masalah nya.. Sebab-sebab aku tak pandai masak salah satunya adalah malas. Hahaha.. Ya, malas. Aku dah biasa ibu aku yang masakkan. Hari minggu giliran ayah aku lak masak. Bila masa aku nak masak? Makan jelah kan.. Order saja. Cis! Tapi bila dah makin dewasa ( padahal tua ) ni nafsu untuk pegang sudip, senduk, kuali ni dah ada sikitsikit. Terhegeh2 lak tanya ' ibu, nak masak sambal ayam mcm mana? '

Aku awal2 lagi dah bgtau En Gaban yang aku tak pandai masak. Pastu dia cakap ' takpe kita makan luar je nanti '. Wahhh.. Untung lah weihh.. Makan luar setiap hari.. Halus tapak tangan aku sampai ke tua. Untung2. Kau ingat boleh? Jangan mimpi. Belum kawen boleh la ajak aku makan luar. Dah kawen kang tak pasal2 lak dia 'makan luar' aku makan pasir kat rumah. Nak taknak kena la belajar masak.

Dah jelas dan nyata, ' orang perempuan ni tinggi mana pun dia belajar, ke dapur jugak akhirnya '. Tapi bukan la kata2 tu suruh kita benti kerja pastu duduk kat dapur semata2. Maknanya aku, ya aku ni.. Kena la memasak jugak.. Masa zaman belajar dulu aku gtau Ifah ' mati la aku weih, aku tak reti masak '. Risau okay.. Dah la balik cuti semester membazir masa semata2. Tau2 lauk dah siap.

Kerisauan aku ni berlarutan sampai la aku dah keja ni. Risau tetap risau. Tapi takde lak nak berubah. Wahaha.. Cenggitu jugak aku tgk. Tapi sejak dua menjak ni ringan je tangan ni nak pegang apa yang patut kat dapur tu. En Gaban order saja. Wahh.. Dulu aku order kat ayah aku.. Skrg orang pulak order kat aku eh. Puncanya sejak En Gaban duduk bujang ( menyewa secara bujang ). Dinner dia aku buatkan. Dinner eh.. Atas persetujuan bersama aku masak kan makan malam untuk dia.

Memula aku takut2. Takut tak sedap tahap nak muntah. Aku try buat sambal bodoh2 je. Dah dia suka sgt sambal. Pelik aku. Pastu the next day dia mintak lagi. Eh.. Sedap la tu ( perasan sudah ). Sampai la ke hari ini. Bila balik keja je aku terus masak ( actually takde la terus masak. melepak kat meja mkn smapai mgrb dulu. amek mood katakan ), sebelum masak msg dia dulu tanya nak lauk apa mlm ni. Kang aku masak ikut tekak aku kang dia tak makan lak. Dah la dia tekak simple nak mati. Aku tekak demand ntah hape2. Mana nak ngam.

The 'best part' is.. Best part kat sini ialah tak best pun bila mak En Gaban akan tanya ' makchek masak lauk apa malam ni? '. Saya masak lauk simple, sambal bengong2 tahap boleh mendatangkan kebosanan sahaja makcik. Huhuhuhu. ' Makchek ' adalah panggilan untuk aku oleh mak En Gaban. Saya muda lagi.. Huhuhuhuhu.  Saya mohon ampun kalau saya masak mcm hampeh untuk En Gaban, sebab saya memang hampeh makcik. Huhuhu.. Lepas ni kena usaha lebih!!! ( T___T )

Walau apa pun pujian yang dilemparkan oleh En Gaban aku taknak terima sebab nanti aku bajet bagos. Hahaha.. Benda paling kelakar dalam hidup aku adalah bila aku google resepi masakan. What the H***............ Macam google benda salah pun ada aku rasa. Curik2 google. Malu kat orang. Kau google resepi masakan?? Apakah.. Tengok aku, sume aku tahu.. Cakap je kau nak lauk apa. Takyah google2. Ya,ya.. Kamu handal.. Aku hanya insan paling lemah bab masak. Nak buek camno. Huhuhu.. Ni pun En Gaban dah bagi soalan membunuh ' lauk tomyam tau masak? ' Kata tekak simple.. Nape mintak tomyam pulakkkk? Adoi, tukang masak Siam mana la aku nak carik nie.. Tolong la extend dulu nafsu nak tomyam tu ya.. Tunggu aku google dulu eh. Hahahaha!!

nah amek. tomyam la ni.. batal puasa aku kang.
sumber : pakcik google


Last perenggan untuk entri mengutuk diri sendiri ialah, big boss aku ( Pn Fikah ) bgtau, dia pun tak reti masak gak. Tapi bila dah kawen tetiba jadi reti masak lak. Betul ke ni Fikah oii.. Betul la kot. Sebab dulu kitorang datang rumah kau, kau masak meggi je untuk kitorg. Meggi tomyam. Kau ingat tak? Skrg kalau aku dtg rumah kau, kau leh masak nasik beriyani lak kot. Cayalah..







tetiba ada nota kaki lak kali ni........
p/s : kalau lelaki nak perempuan yang pandai masak, perempuan pun nak lelaki yang  boleh jadi imam kalau perempuan berusaha belajar memasak, lelaki pun berusahalah belajar jadi imam.






Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!

Wednesday, June 15, 2011

En Gaban semakin popular selepas Kebahagiaan Dalam Perpisahan kini Ahmad pula. Damn!

Assalamualaikum

Aku tak pasti apa motif En Zhul buat entri cenggitu. Motif pembalasan kot.
Siap copy pic aku dgn En Gaban dari FB aku.. Dasat..
Kalau ikutkan objektif En Zhul adalah untuk mempromote lagu Ahmad yang macam bengong tahap maksimum tu. Tapi kenapa mesti kau libatkan Ahmad Shahir aku??
Dia tak bersalah okay. Dan yang penting dia tak terlibat dengan lagu cacat tu.
Dan yang teramat penting aku taknak dia terlibat langsung dengan tajuk lagu tu. Geli okay.

Aku lebih rela orang suruh En Gaban nyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Dari orang suruh dia nyanyi lagu Ahmad. Muntah aku.
Zhul, kau suka ke lagu tu? Aku memula dengar kat Muzik Muzik terdiam kejap. Apa cacat sgt lagu tu? Geli lak dengar dia sebut ahmad tu.. Kalau takde ' ah,ah ' takleh ke?
Skrg ni dah lali lak telinga aku dengar lagu tu.. Jangan esok aku cakap ' aku layan lak lagu Ahmad ni weih '
Sudahhh.. Mati la aku..

Apa-apa pun terima kasih la sebab kau meng'entri'kan pasal En Gaban aku kat blog kau.
Curlast!!
Menyampah tau tak?
Lirik lagu tu untuk sape? Memuja kemain.. Eewwww.. Hahahaha
Korang g lah tengok blog Sedalam Lubuk Sepantas Tengas tu.
Ada lirik beserta gambar model disitu.
Ah,ah, ahmad ~
( tolong la muntah sekarang! )







Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!





Majlis Kahwin - aku tak pernah alami. tapi banyak dah pengajaran yang aku pelajari.

Assalamualaikum

Aku tau bulan Jun ni banyak jemputan walimatulurus. Kawan2 aku pun ramai yang kawen bulan Jun ni. Tahniah aku ucapkan sebab ada yang dah lama bercinta akhirnya bersama juga. Ada juga yang baru kenal dah bersatu. Alhamdulillah. Semoga kekal ke akhir hayat. Kalau cakap pasal majlis kahwin ni memang la isi kandungannya gembira belaka. Tapi hakikatnya tak semuanya sempurna. Mesti ada cacat cela. Mesti ada yang kurang sempurna, biasa la.. Setiap yang kurang itu kan datang dari kita. Hanya Allah saja yang sempurna, so jangan lah mengharapkan kesempurnaan dari manusia.

Bagi pihak sedara mara terdekat aku, dah lama takde buat majlis kahwin ni. Paling baru aku hadir majlis kawen ( bukan dtg mkn semata, tlg menyibuk sekali ) pun masa abang Ifah kawen sabtu lepas. Takde la lama mana pun aku tolong2.. Tolong tgk je lebih. Bagi pandangan mata aku segala2nya sempurna. Takde yang kurang pun, kecuali katering dia mmg lambat buat kerja. Lain2 semuanya okay je. Tapi bila jumpa Ifah malam tadi ( dh lama tak buat sesi luahan perasaan ) baru aku tau.. Bukan semuanya sempurna sampai aku pun terkejut.

Bila dah jadi mcm ni, aku dengan Ifah terfikir apa sebenarnya niat orang yang hadir ke majlis kenduri kahwin ( walimatulurus ) ni eh? Benda ni buat kitorg terfikir bila ada sorang perempuan agak berang bila lauk habis. Berkali2 perempuan tu tekankan yang lauk tak di refill. Apa salahnya kalau dia cakap baik2. ' adik, lauk lambat lagi ke nak refill? ' takpayah lah nak tinggika suara dan berlagak datin tak siap. Siap bagitahu dia dapat lauk sikit je. Apakah?? Dengan pakaian dia yang bajet datin ( kira banyak duit la tu kan? ) apa la kau kisah sangat dapat lauk sikit? Macam pelahap sangat ( ayat Ifah ) apahal. Takat lauk kenduri pun kau hadap sangat ke. Kita kena la beringat dan pesan pada diri sendiri.. Kita datang majlis kenduri kahwin bukan datang kelaparan. Kita datang atas undangan, apa yang dijamu itulah kita makan. Kalau sikit makanan, terima jelah seadanya. Kenapa nak demand macam kau pergi Karnival Makanan Malaysia?

Aku faham ada yang cakap ' dah nama pun kenduri kawen, mesti la ada makan2. tuan rumah kena la sediakan makanan secukupnya, sedap2, elok2 '. Ya, betul. Ada ke tuan rumah saja2 nak hidang makanan cincai2 mcm bagi kucing makan? Takdenya. Tapi kalau kita hadir ke majlis orang dengan niat ikhlas bukan sebab nak hadap sangat nasik minyak, takkan timbul isu ' lauk tak sedap' 'lauk tak cukup' atau 'aku dpt kaki ayam je..apahal'. Datang sebab diundang, makan bila dijemput. Bila makanan dah masuk dalam perut, jangan la banyak bunyik pulak lepas tu.

Sebolehnya utama kan bab makanan. Sebab tetamu yang datang pun memang untuk dijamu dengan makanan. Tapi bila lauk tak cukup, katering mcm hampeh ( sebab murah ) kita check la balik.. Apa punca jadi mcm tu. Mungkin kita letak kan bab makanan tu yang last. Sebab bab pelamin, karoke, photographer, kompang, silat tu jadi benda utama. Bila bajet dah lari bab makan kita buat ala kadar. Cuba check balik maksud walimatulurus tu apa. Banyak sangat yang dah menyimpang jauh.

Teringat dulu masa kenduri kawen kawan baik aku dulu.. Sorang kawan yang semeja dengan aku tegur. Dia bandingkan majlis keturunan dia dengan kawan aku yang tengah kawen tu. Kalau kau rasa majlis keturunan kau lagi bagus, kenapa kau tak mintak keturunan kau tolong apa yang patut kat kenduri kawan aku tu? Cakap je lebih kan. Nikah kahwin ni ikut agama. Bukan adat. Apa la mangkuk sangat kawan aku yang komplen tu aku pun tak faham. Sambil makan sambil komplen. Elok la tu. Nasik orang kau suap ke mulut. Sambil tu kau mengata. Malu okay.

Ni bukan teringat, tapi memang aku ingat makcik sorang ni. Kawan aku kawen, makcik ni datang. Lepas seminggu makcik ni tegur pasal kenduri kawen kawan aku ni. Katanya ' nape nasik putih kan.. kita nak makan nasik minyak. kenduri kawen kena la nasik minyak.. tak best la nasik putih kan ' Kau pergi kenduri orang ke pergi restoren makcik? Kemain lagi kau mintak.. Dah tu yang tuan rumah bagi, makan jelah. Eh, lupa. Dah makan dah pun. Dah seminggu nasik tu dalam perut dia. Boleh dia mengumpat. Apahal jelah kau ni makcik. Datang majlis orang niat kena ikhlas. Bukan mengharap ada chicken chop makcik!

Banyak lagi kalau nak tulis pasal orang tak reti bersyukur dan ikhlas ni. Kesian pun ada. Apa la diorg ni. Esok kau buat kenduri tau la cukup kakitangan ke tidak, cukup lauk ke tidak.. Bila baca blog Mantot, tersenyum sorang2. Apa yang dia tulis sebagai seorang yang dah berpengalaman dalam hal kahwin ni rasa ada baiknya dia bentangkan kat parlimen.



Encik Sood said... Penguin, bersanding hukumnya haram. No leeway about that.
Berinai tak haram, tapi kalau dah macam nak meraikan Deepavali, makanya jadi haram.
Hantaran tak haram, tapi bila dah masuk bab letak harga, menyusahkan, bila barang atas dulang tu kena barang kaw2, boleh menghampiri haram sebab mungkin menghalang orang nak nikah (simpan duit punya pasal). Konsep nikah kita nak selamatkan orang dari buat dosa. Bukan halang dia nikah.
Bersanding bukan menda asing. Itu adat yang datuk moyang kita zaman tak masuk Islam lagi buat.
Kalau betul nak moving forward, xyah buat adat2 ni, kita buat SISWI aje. pastu buat kenduri untuk maklumkan yang kita dah bernikah. Aku cakap best je, tapi dalam kes aku ni aku cuba sekadar aku mampu. sebab menda ni melibatkan sedara mara. boleh bergaduh sebab hal sekecik door gift. entahlah.  June 14, 2011 12:11:00 PM GMT+08:00

AkuTakSukePublisiti said... Encik sood..
part pasal hal kecik doorgift pn leh gado..mang xdnafikan..hahahahahaha..
nk glam sgt..last2,famly2 gak sush payah terkial2 nk siapkn doorgift last minit.. June 14, 2011 12:20:00 PM GMT+08:00

and bese nye aku tgk, yg POMPUAN TU YG NK MACAM2 n besenye org suke masuk cmpur tangan ikut POMPUAN tu la, haiya bab halal haram ni yg mane nyata HARAM jgn buat, yg HARUS bole dibuat tp kene jage jgn bg smpy jd HARAM
aku paling xsuke ORANG BERHUTANG untuk buat majlis kawen, skali seumur hidup alasannye nikmat kawen ialah hidup bersama selamanya tp demi NIKMAT SEHARIAN tu, pegi SACRIFICE NIKMAT MASE AKAN DATANG, bengong tol biaq p org ckp ape psl majlis korng nnti ko susah berhutang, BUKAN DIORNG Y NK TOLONG BAYAR HUTANG KO sat g DIORNG GAK YG CAKAP MASE NK KAWEN XINGT DUNIA SAMPAI BERHUTANG mulut org bai, kite xbole kawal, even kite buat grand cane pn, komfem ade bunyi sane sini so majlis kite, biar kite yg tntukan

-BERUANG-

Yang lain2 aku tak larat nak baca and copy kat sini. Silalah ke blog Mantot eh. Harapan aku cuma satu.. Simpan puluh ribu tapi buat seIslam yang boleh. Duit lebih buat belanja rumah baru ngan have fun laki bini sampai lebam. Entri ni takde niat nak paksa2 orang ikut cara kita. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Duit bukan senang nak carik, nak puaskan hati semua orang adalah mustahil. Biarlah orang nak kata apa, janji kita bahagia.



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)

Tata!

Tuesday, June 14, 2011

Tips minggu orientasi ikut suka U

Assalamualaikum

Tetiba lak teringat zamanzaman belajar kat kampus dulu. Sebelum masuk kampus, cikgu Hal Ehwal Pelajar ada cakap ' zaman yang paling best sekali adalah zaman kampus ' ni kira katakata perangsang la utk kitorg student tingkatan 6 time tu. Perangsang ke? Haha

So bila dapat tawaran masuk U kelam kabut la prepare macam2 hal. Aku lak jenis kalau balik kampung pun nak bawak segala benda yang ada dalam bilik aku tu. Ni kan pulak nak ke Utara Tanah Melayu. Lagi la. Nak je aku angkut sekali almari baju aku tu. Lagilagi aku ni anak first, keterujaan dan kebengongan aku pun agak terserlah lah bila nak pack barang2. Bila dah lama kat U, pk2 balik terdetik lak hati ' apa jelah aku nak angkut segala mcm brg..mcm la kat sini takde kedai ' Last2 ada barang2 yang aku bawak dr rumah aku buang je sebab tak guna pun. Malah aku g beli yang baru ada la. Pembaziran.

Selalunya bila dah terjadi baru kita tahu apa patut kita buat kan.. Tapi nak buat mcm mana, segalanya dah terlambat pun.. Tapi.. Ada tapi lagi.. Belum terlambat bagi adikadik yang bakal nak masuk U termasuklah adik aku.. Ni kalau adik aku tak retireti gak, haruslah disalahkan kakaknya sebab tak mendidik adik sendiri. Aku lah tu.

Cadangan / tips ni aku tulis ikut kesesuaian aku je tau.. Pastu korang adjust la ikut kesesuaian masing2.
Korang kena tahu bahawa bila masuk IPTA mesti ada minggu orientasi. Minggu orientasi akan berlangsung selama seminggu je. Je. Tu pun dah azab. Bukan sebab kena buli. Tapi sebab tak cukup tido dan penat ke sana ke sini. Jadi korang kena prepare elok2 supaya minggu orientasi tak menjadi hari paling menyusahkan dan tertekan bagi korang eh.

Perkara paling penting adalah pakaian. Kalau boleh tu cari / guna pakaian yang senang di gosok. Seeloknya pakai jelah baju kurung jenis kain cotton. Tak payah lah pakai kain jenis silk.. Korang takkan ada masa yang cukup untuk menggosok baju selama 2jam. Kecuali korang memang rajin melampau. Aku tulis baju kurung sebab IPTA ni takde la boleh pakai jeans dan t-shirt sendat selalu okay.

Lepas tu kasut. Kalau dah tahu takkan ada orang yang akan dukung korang ke sana ke sini tak payah lah nak pakai heel masa hari orientasi. Aku dulu kena ke library untuk belajar sistem diorg, ingat naik bus ke? Jalan kaki okay. Lalu kat tepi tasik, naik bukit, turun bukit. Gila kan. Padahal selama 6 semester takde kuasa aku nak lalu tepi tasik, tgk burung2 berterbangan on the way nak ke library. Naik bus sudah. Lepas tu kena ke Dewan Utama U pulak.. Naik bukit mcm naik Batu Caves tanpa tangga. Rasa nak guna kereta kabel je. Tu tak kira lagi kakak2 fasi tunjukkan dewan kuliah. Sebijik kat sini, sebijik kat sana, sebijik kat atas bukit. Takde maknanya diorg nak angkut budak2 junior ni naik bus. Jalan la ramai2 mcm anak ayam. Jadi seeloknya pakai la kasut yang flat, ballerina supaya selesa.



Bawak iron sendiri. Sebab kalau nak pinjam tu boleh. Tapi lambat la. Macam aku dulu, ada je kawankawan yang tak bawak iron, boleh je bagi pinjam. Tapi kena tunggu giliran la.. Bayangkan setiap hari dalam minggu orientasi tido lewat. Pukul 12 tengah malam baru bersurai ( tu pun kalau habis awal ) lepas tu pukul 5am dah nak kena bangun. Tak sanggup dah nak tunggu giliran untuk gosok baju kan.

Bawak la makanan untuk mengalas perut time2 lapar tibatiba, mana la tahu.. Pengalaman aku dulu kedai yang jual barang2 keperluan selalunya tak cukup stok. Stok tak sampai lagi lah, stok habis lah.. Biasa la, minggu orientasi kan dibuat time cuti semester.. Mana la ada orang nak berniaga. Dah la setiap satu kolej penginapan ada satu je kedai. Nak g kedai kolej sebelah? Takde masa okay.. Masa amat terhad, nak menapak jauh pulak.

Cermin muka penting. Kang takde cermin dah senget tudung. Rambut pun tak brape nak centre.. Dah tak cun kan..

Baldi, penyapu, mop segala mcm benda tu tak payah lah bawak dari rumah. Nanti kat sana ada la orang jual. Tak pun lepas minggu orientasi korang g la shopping segala mcm tu. Duit PTPTN kan ado.

Lagi apa eh.. Haaa.. Kalau boleh.. Kalau la benda ni terjadi.. Kalau tak terjadi bagus la. Kalau boleh masa minggu orientasi tu tak payah lah korang gigih nak kemas kain baju korang bawak masuk almari bilik korang tu nanti. Jadi mcm kes aku, lepas minggu orientasi kitorg kena pindah kolej. Faham2 jela kan.. Mcm la diorg bg masa byk sgt walaupun diorg tau bagi 2jam pun kat kita still tak cukup. Tapi apa diorg pedulik kan.. Tak ke kelam kabut mcm lipas kudung kena sumbat balik segala kain baju aku masuk dlm beg.. Kawan aku siap dah sangkut kat hanger okay.. Hahaha. So hati2.

Lainlain jangan lupa bawak pakaian seperti yang diarahkan. Macam pelajar lelaki kena bawak baju melayu hitam siap sampin dan songkok. Pelajar perempuan kena bawak baju kurung biru. Ikut lah arahan yang diorg suruh. Kalau tertinggal memang tak tau lah jadi apa.. Kena mcm aku ni.. Rumah kat KL, U kat Kedah.. Takde la mak ayah aku nak hantar baju tertinggal.. Azab la sorang2.

So jangan tertinggal apa2 barang k. Buat la check list.. Benda penting jangan ditinggalkan. Angkut je semua. Kalau takat tertinggal selipar takpe. Kat sana ada kedai. Shopping la puas2 nnt.



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)





Tata!

Monday, June 13, 2011

Tak pernah main bowling. Tapi boleh menang besar pulak.

Assalamualaikum

Kalau entri si merah jambu aku pening dengan kaler pink, kali ni korang pening lak dengan kaler kuning eh..
Ahad ( semalam ), En Gaban ada tournament bowling.. Dua minggu sebelum tournament En Gaban sibuk risau.. Tak reti main, tak pernah main.. Tanya aku mcm2.. Aku pun pernah main 2x je seumur hidup lagi mau tanya aku kan.. Ke longkang la jawabnya..

So En Gaban dan rakan2 pergilah menuntut ilmu, ada la 2x berlatih.. Baling bola batu tu ntah mcm mana ntah kan En Gaban.. Baling jelah kannn.. Oh sebelum tu, dengan aku sekali kena pakai baju kaler kuning. Mana la aku ada baju kaler kuning.. Baju  kurung kaler kuning ada la.. Dah tu lepas tgk KLG singgah Danau Kota jap carik baju kaler kuning. Aku taktau la apa la yg merasuk En Gaban gigih sgt nak aku pakai baju kaler kuning. Aku dah kata takmau.. Dia nak jugak.. Lantak lah labu.. Berkeliling kami cari baju kaler kuning. Susahnya nak jumpa.. Last2 aku dah fed-up En Gaban suruh aku pakai jersi.. Jadahnya.. Bukan nak support dia main bola.. Minit2 terakhir sebelum aku menangis sebab letih tgk KLG pastu kena carik baju kaler kuning lak akhirnya jumpa sehelai.. Aku dah taknak pk pape dah.. Kalau En Gaban setuju ( sebab duit dia ) aku hambek je.. Akhirnya pulang jugak aku dengan sehelai baju kaler kuning. Cissss..

Bila tiba hari tournament diorg dok tanya apahal aku pakai baju kaler kuning.. ' Gaban paksa ' hahahaha.. Ayat mudah.. Yelah2.. Aku pakai sebab aku nak support En Gaban yang tak reti main tu.. Support la sikit walaupun aku rasa mcm sedikit Hindraf. Erkkk!
Bersediakah anda untuk meng'kuning'kan bijik mata seperti gambar di bawah?


Time ni baru nak warm up tekan button snap.. Dah kena marah.. Hahaha
'woi gaban, nak bercinta pulakkk..pergi daftar nama cepat..'
Bukan bercinta la.. Bergambar. Hahaha

Are you ready??
On
Your
Mark
.
.
Get
.
.
Set
.
.
Go!!!





Apanya? Pic En Gaban main bowling mcm hampeh je pun.. Jom kutuk En Gaban.. Yeahhh..







Gaya seorang pengalah (.........................)


En Abg Azam a.k.a Big Boss tak puas hati.
'apahal Ban, kau boleh strike tak? carik Ban, carik..'
'yang abg asyik masuk longkang apa citer..'


Rehat jap. Kata nak jadi mcm Aaron Aziz. Yang lembik sgt ni apahal..

Game pertama En Gaban langsung tak menunjukkan prestasi yang bagus mcm masa menuntut ilmu aritu.
Pastu aku lak kena marah dengan En Abg Azam..
'kau jangan kacau dik..'
Aku pulak.. Mana ada kacau.. Aku memberi kata2 perangsang la..
En Gaban la.. ada je benda nak cerita kat aku.. Bila aku layan dia En Abg Azam marah aku..
'adik,jangan kacau..' Aku lagi.. Bengang okay.. Aku buat muka majuk. 'kau nak tot tet tot tet jap lagi eh..'
Hampeh!


Katanya shuffle. Tapi apahal aku tgk mcm tarian kuda kepang?
Adakah En Gaban konfius antara Shuffle dgn Kuda Kepang??


Minum jappp.. Minum berdiri. Kurang sopan.


Layan nuget jap.
'elok ta niaga nuget dgn fries kat sini..'
A'ah.. Aku bawak utk En Gaban tapi ramai pulak yg join.. Nasib baik mmg bawak lebih.. Haha


Aku tanya dia ' apa benda tu?'
' 10. Strike '
Hampeh.


Kau tengok.. Dia yang main.. Tapi apahal rambut aku yang serabai?
Macam orang kalah judi.

Nama sebenar Iqhwan. Tapi nama perasan Noh Hujan. Boleh? Geli okayy..
Tapi En Gaban panggil dia Justin Bibir. Tu pasal aku tunjuk bibir dia. Tahan gelak. Tahan.


Tengok. Takleh blah dengan gaya hero angkasa (gaban) dia tu. Mcm orang cacat dah aku tgk.
Yang ni group En Gaban menang tempat ketiga!! Yayyy.. Dapat pingat dan duit. Pakcik kayo!


Yang dua orang ni ahli kumpulan En Gaban. Tgh excited sebab tak sangka menang. Aku tgk En Gaban kat belakang tu mcm budak tadika nak amek hadiah.


Kumpulan 8. Tempat ketiga. Sorang rm40. Boleh sesangat..


Ya.. Saya tahu kamu lapar.. Sabar sikit ya..


Dan.. Aku pun nak jugak.. Penat okay aku bg sokongan moral sambil mkn nuget. Errr..
'dari tadi asyik suap tak benti b tgk..'
'ala..cakap la nak..'
Sumbat nuget dalam mulut dia bg dia senyap. Haha
Penat kan? Harus la posing jap dgn pingat.


Okay, yang ni lah guru masa menuntut ilmu aritu.. Wakil Malaysia ke sukan Olimpik. Lupa lak nak tanya nama akak ni.. Sebab akak ni la En Gaban menang.. Kalau tak.. Takde la kan..


Yang pin bowling tu En Gaban menang tempat ketiga bagi jatuhan pin paling banyak bagi kategori lelaki. Dan dapat duit lagi. Masa ni memang aku sayang En Gaban lebih. Wahhh hahahaaa..
Noh, kau tepi sikit.


Nak jugak..


Yang kuning tu bukan gf En Gaban walaupun diorg sama kaler. Ni kat sini ni baru gf En Gaban. Ooppss..

En Gaban tak pernah tau pun main bowling.. Tapi boleh menang besar lak kan..
Cayalah En Gaban.
En Hafiz cakap 'kalau awek kau pakai kasut kuning, mesti kau juara Ban'
Err.. Kasut aku pun dia leh perasan ke kaler apa..
Bahaya.
En Gaban, hakikatnya anda menang adalah sebab saya pakai baju kaler kuning.
Sekian.




Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)


Tata!