CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Lelaki kalau gatal + curang tu pasal dah memang kromosom diorang itu cacat!

Assalamualaikum

Hah. Bos suruh buat report tapi aku buat entry.
Terbaik.
Takpe. Dah lama kan tak on blog. Ntah hape berlaku pun aku tak tahu.
Aku cuma dapat report dari Zhul. Dia bagitahu orang itu sudah ada Dahlia Teck.
Apahal Dahlia Teck? Dahlia Tajuddin ke Dahlia Tarmizi ke tak leh?
Teck apa Teck?
Teck Kucing kot.

Dah la bru je bertunang. Dah ada si Teck Kucing tu kejadah.
Okay, lama aku tak baca blog2 orang jadi aku lambat tahu semua ni.
Takpe.
Orang semua dah doakan, dah marahkan bagi pihak si tunang, dah makikan untuk Teck Kucing tu,
dah emo kan..
Aku lak baru terhegeh2 baca komen2 rakyat Malaysia yang sayangkan mereka berdua itu di sini ha.

Ada yang salahkan si tunang.
Ada yang salahkan si itu.
Ramai yang kutuk si Teck Kucing.

Tapi kan adik aku yang takde la bagos mana. Tak bagos langsung pun bab motivasi ni sebab dia pun asyik kena motivasi je dengan ibu aku tiap kali makan malam ( tak elok bercakap time makan kan ). Tapi dia cakap ' semuanya salah perempuan jugak. lelaki dah sah-sah gatal. kita yang perempuan ni yang kena jaga diri ' Tenkiu ya adik. Terkesima aku dengar teori kau.
 Betul okay.
Lelaki dengan gatal memang takleh dipisahkan.
Lelaki dengan tamakkan perempuan pun takleh dipisahkan.
Tak habis-habis pakai perisai kuota. Kuota, kuota, kuota.
Kuota kat U tu banyak kosong untuk para lelaki. Pergi isi lagi elok abang2.
Jadi kalau dah lelaki dengan gatal/miang/geletis/suka ngayat/test2 seumpama isi dgn kuku, kita yang perempuan ni kena la jaga diri sendiri. Check. Kalau dia dah ada awek/tunang/bini, tak reti2 abaikan makhluk lelaki cenggitu?

Jangan jadi mcm budak indon sekor aku kenal ni. Bila orang tanya apasal kau bercinta gak dengan si Faizal tu. Boleh dia jawab 'dah dia ngorat saya, saya layan jela' Boleh mcm tu kannnn.. Padahal budak indon ni tau terang2 yang si Faizal kromosom cacat tu dah ada bini. Anak dua orang. Anak-anak dia pun selalu main-main depan kedai budak indon ni. Kalau si Faizal kromosom cacat tu abang aku, memang aku jadi wakil bagi pihak kakak ipar aku untuk hantuk kan kepala budak indon tu dengan kepala si Faizal tu.

Justeru, betul lah teori adik aku yang tak berapa nak bagos itu.
Semuanya berbalik kepada perempuan jua.
Jatuh bangunnya seorang lelaki itu adalah kerana seorang perempuan dibelakang dia.
Kalau En Gaban berjaya pun sebab seorang yang perempuan ikhlas hatinya. Tapi kalau En Gaban jatuh tersungkur pun sebab seorang perempuan yang penjahamkan juga.
Perlu ke guna contoh En Gaban? Perlu. Takkan aku nak guna contoh bf orang lain kan.
En Gaban, ingat ya. Berdirinya anda sekarang dengan dua belah kaki yang tegap adalah kerana seorang perempuan yang ikhlas hatinya menjaga anda. Jangan lupa dengan jasa mak anda.
Jangan derhaka!



Dah, cukup2 lah buat entry ( membalas dendam sebab lama tak menaip ). Pergi buat report cepat!
On Your Mark..
Get Set..
Go!!!!

Thank sayangs!


Tata!

Walaupun kalah tapi semangat rakyat Malaysia membayar segala penat lelah kami

Bendera Malaysia yang aku terpijak. Maybe ada orang tak sengaja nak tercicir bendera ni. Sob3.
Aku terus kutip. Tak sampai hati tengok bendera kita terbaring atas tanah kan.


Pemain SingaPURA haruslah menghadiri uji bakat Pilih Kasih.
Mesti Rosyam Nor suka. Fauziah Nawawi lagiiiiiii suka.
Benda paling aku risau bila nampak GK Malaysia masuk padang ialah
' boleh fokus tak dia ni.. masalah peribadi dia tu.. ermmm '
Tahniah KFCM. Anda sangat terbaik.
Tapi lagi baik kalau masalah peribadi anda itu hanya iklan semata-mata.
Tak baik la buat cenggitu kan.. Tak baik, tak baik.


Buat rugi je g stadium, dah la kalah. Kalau tahu nak kalah sure takde sape beli tiket.
Semangat kena la ada kan.
Kalau semua pk mcm tu.. Makan tiket la abang2/akak2 kaunter tiket ituuu.

Thank sayangs!


Tata!

Tuesday, July 26, 2011

VAVI kau nih!!!!!

Woman in China abuses a kitten by repeatedly soaking it in a puddle of dirty water and tossing it around.

A netizen has captured on video a couple abusing a kitten by dipping it repeatedly in a puddle of dirty water before throwing it around.
According to chinaSMACK, the incident happened in Tongzhou district in Beijing, China on 19 July.
In the video, a woman who looks to be in her pyjamas with a messy hair bun appears to be squatting beside a puddle of water. Zooming in, the woman is seen holding a kitten's tail, and pulling it back to her when the kitten tries to move away.
The woman dips the kitten in the puddle of water head first repeatedly and refuses to let the kitten go.
At the 0:57 mark, a man in pink is seen in the video. He participates in the act later by tossing the cat to the woman.
Throughout the video, a bigger-sized cat tries to go to the kitten to pick the kitten up but was shooed away by the woman.
The entire cat abuse episode lasted for about 30 minutes and it ended when the kitten was thrown into an underground basement by the couple.

Risky Low : This are cruel B A S T A R D S !
They are a real disgrace to the human kind. Nothing can describe my anger of this two scrums!
I hope they die the most painful death. May all the suffering of all creatures big and small goes to scrums like them. Somehow I hope this will happen and they get a taste of their own cruel medicine.


source


Siyes diorang VAVI!


En Gaban.. Gua nak bunuh nak siat-siat kulit dia!







Preparation : Training

Assalamualaikum

Kalau tiap-tiap bulan cenggini memang tak sanggup la..
Susulan dari entri ini , keputusannya adalah hari esok.
Penat lelah kami akan terhasil esok.
Harap-harap semuanya okay-okay sahaja.

Mintak bantuan dr HR pun diorg terkejut.
Bulan ni nak buat training bulan ni gak nak prepare?
A'ah Puan.
Gila kan?
Bukan boss kita yang gila.
Tapi kerja kami ni la yang gila.
Stress punya pasal, hampir tiap-tiap hari kitorg makan luar.
Makan sampai perut ketat okay.
Prinsipnya : Kerja, kerja jugak. Nak hilangkan stress kita makan sampai ketat yuk!
Ya.. Ketat perut kami setiap hari.

Zul dan Ina..
Esok ya :)



Yang depan setting LCD
Yang belakang Peramugari tengah serve penumpang
Betul, aku tak tipu



" Coffee or Tea sir? "
Sebijik mcm peramugari MAS yang serve aku dulu.
Betul Zhul. Sama.
Cuma kau takde sanggul je.




Thank sayangs!



Tata!


Friday, July 22, 2011

Entri Pemalas : JJ Equine. Prak macam tak pernah masuk JJ

Assalamualaikum


Edisi malas menaip.
Jalan pintasnya baca la kat blog Zhul.
Pasal puteri tidor tu sila abaikan ya!

 Tapi kan.. Ingat senang ke nak g JJ Equin tuhhh?
Gaduh dulu okay..
Berebut nak bawak keta sape.
Mentang-mentang la dua-dua keta sama cuma kaler je lain, kemain lagi korang berebut-rebut kan?
Siap tarik-tarik baju lagi
'naik la keta aku' Zhul berkata
'keta aku la!' Ara pulak berkata
'keta aku!' Zhul menjerit
'keta aku! aku! aku!' Ara menggila

Aku : ala..korang ni..naik asing-asing lah. Aku dengan Ara. Ina dgn Zhul
Ina : takpe2, aku duduk dalam bonet pun boleh
Apakah kau Ina? Ruang banyak yang kau nak duduk dalam bonet tu perhal?
















Gaduh,gaduh jugak.. Aku dah mcm repoter kepochi dok snap-snap gambar.


Last sekali?
Kami sebulat suara pilih keta biru tu. Nama dia CikB.
Kalau nak yang yang kaler oren tu jadi nama CikO. ( bluwekkkk! )
Keputusan adalah hasil one two som ( ntah ya ke tidak aku eja ni )
Dalam kereta semua senyap.
Ntah apahal ntah.
Ranap purse aku.




Thank sayangs!


Tata! 

Thursday, July 21, 2011

Burung Marah Babi

Assalamualaikum

Burung marah? Marah Sape? Marah kat babi.



Lapar..






Kan? Kan? burung tu marah babi kan?


Tembak babiiii..


Tembak lagi smpai babi mati..


Grrrrrr!! Marah babi!

Okay, cukup-cukup la entry aku pendek ni je. Lagi panjang kang lagi banyak aku mencarut.
Mencarut ke? Aku sebut babi je. Kan? Kan?
Pernah ke kau marah pastu kau sebut 'lipas lah dia ni!!'
Cuba tukar lipas tu kepada babi. Baru la sedap nak marah kan? Hahahaha

Aku dah mintak dah Burung Marah ni dari En Gaban. Entah dia ingat ke tidak. Aku malas la nak ingatkan banyak-banyak kali kannn.. Pemberian kalau nak ikhlas takkan aku nak ingatkan banyak kali. Hahaha.. Bilanya? Bila? Nak Burung Marah, nak Burung Marahhhh..

Trial game nya aku dah habiskan. Ni tengah tunggu Burung Marah terletak di depan mata lak.
Aku kan kaki game. En Gaban pun kalah dengan aku. Takat perang-perang Vietnam? Alah.. Small matter der.. ( ni baru betol aku belagak )

Tenkiu ya Zhul dan Ahkak Geli sebab buat aku tak senang duduk tengok korang main Burung Marah ni sampai aku download gak game ni ( bab game aku memang gigih ). Jom cucuk pendrive kat laptop Zhul. Mintak yang full version lak.

sejak bila babi kaler hijau ek?

"Go Green" ?????
Mcm nama Naim kat FB dia je kan En Gaban?
Adakah?



Thank sayangs!



Tata!

Wednesday, July 20, 2011

Asam Pedas Claypot : apasal pedas sangat?

Assalamualaikum

Tengahari semalam sambil perut lapar, otak pun berlegar-legar la mikir apa benda yang best untuk dimakan. Tapi kan.. Memang best tau kawan dengan Chu E Zhul ni.. Bab makan bagi jela kat dia.. Setakat ni belum pernah lagi dia gagal memperkenalkan makanan2 terbaik untuk seisi tekak dan perut. Terima kasih ye Zhul atas kerjasama anda mengetatkan perut daku hampir setiap hari.
Pilihan kitorang tengahari semalam ( bajet JJCM la kan ) ialah Asam Pedas Claypot di Jalan Diplomatik, Putrajaya. Ikan Bakar Rubiah Suparman nya bila Zhul? Aku dah teringgat drama Naik Tangga Turun Tangga dah nie. Serius. Kau ingat? Haruslah kau ingat sebab kau lahir dulu dari aku kan.
Okayyyy.. Lupakan pasal Rubiah Suparman dulu. Siyes tengahari semalam aku makan sambil kepedasan. Dah lama tak makan makanan pedas mcm semalam. Ya, aku tau bagi kau takde pedas mana. Macam makan sos cili Mc'D je kan ( <----- ayat dituju utk Zhul ). Tapi tetap pedas bagi aku.



Sampai-sampai je kat Asam Pedas Claypot, terus capai menu. Menu tak semenggah okay. Tapi bak kata rakyat George W.Bush ' dont judge a book by its cover '. Yelah, menu dia agak lemau okay.. Jadi perasaan aku pun lemau la jugak bila nak meng'order'.


Kannnnn..


Ni page belakang.. Lemau gak..


Zhul & Ara
Part ni baru aku perasan.. Nama kedai ni Asam Pedas Claypot ke, Precinct the kopitiam?


Adik manis yang mengambil order.
Aku rasa nama kedai dia Precinct the kopitiam la. Awek ni pun pakai apron tulis mcm gitu..
Tak main la tulis atas memo pad ya.. Hoho!


Tenyummmmm.. Cikgu Seni dengan Cikgu Geografi.


Anak murid kepada dua orang cikgu di atas sana.


Tropicana


Mocha. Ni Mocha ke? Laaaa.. Aku ingat Milo Ice la weih.. Baik aku order  Tropicana.


Zhul cakap : kalau daun pisang ni aku leh makan, aku makan dah..
Aku faham dia lapar tahap kebuluran.


Asam pedas dalam Claypot. Sepotong ikan pari dengan dua potong terung.
Nampak mcm tak cukup kan? Hahaha.. Kelaparan sungguh kau ni.


Semua sama je. Tak payah nak berebut-rebut.


Tu terung tau. Aku ingatkan apa la memula tu.. Haha


Nampak je kecik kan? Ni la punca kepada aku hilang pedoman sebab pedas sangat.
Kalau En Gaban yang makan, harus aku sediakan sekotak tisu Premier untuk dia. Sekotak cukup ke?


Lepas dah kepedasan, kitorang order Gunung Kinabalu ni. Cendol Aiskrim.
Aku tak sukaaaa.. Huhuhu.. Sebab rasa santan dia kuat melampau.

Zhul satu, Ara & aku satu.


Makan. Walaupun kau cakap tak sedap tapi makan eh. Jangan nak termuntah2 lak.


Cucur Ikan Bilis Kuah Cair Sampai Boleh Nampak Tag Dalam Piring.
Panjangnya nama cucur ni.. Makan ya makan.




Harga memang sesuai dengan kepedasannya. Sekali tu jela aku g.. Pasni taknak lah. Pedas!! Tapi kan.. Yang ni lagi sedap dari asam pedas kat Melaka yang aku g aritu. Gigih la mencari Kota Laksamana kat mana? Ramai orang makan kat situ. Tapi rasa dia okay2 jela.



Tetiba teringat Melaka. Bila nak pergi lagi ya? Nak makan ikan bakar kat Umbai lagi. Siap dapat diskaun tetiba. Makan dua orang RM37 je? Je? Murah terlampau kan. En Gaban, bila?


Thank sayangs!


Tata!














Monday, July 18, 2011

En Gaban menggatal depan-depan. Terbaik.

Assalamualaikum

Aku baru je kalih sekejap. Baru je nak carik pemandangan terbaik. Tau-tau En Gaban dah menggatal. Geli sangat.


Kan? Kan? Kemain lagi dia snap pic gadis manis tu.. Wahhh..
Guna henpon aku lak tu.. Cisss..
Lepas snap dia gelak-gelak.
Dah, tak payah nak mengarut bukan-bukan.
Orang kelam kabut. Snap pun sampai nampak jari. Kepala awek tu pun takde.
Fail la.. Hahahaha
Terima kasih eh En Gaban sebab gatal-gatal snap pic awek manis ni. Peluang terbaik saya mengutuk kamu. Lama tol tak kutuk En Gaban. Puas.



Thank sayangs!


Tata!

Berada di Jalan Bellamy sewaktu solat jumaat.

Assalamualaikum

Mood : memaksa diri sendiri buat entry. Kalau entry ni mcm sampah maafkan lah eh.. Siyes malas. Tapi sebab En Chu E Zhul, aku taip la jugak. Tapi sebelum aku tekan 'Enter' untuk perenggan baru ada sedikit pesanan ringkas. Belagak bagus? Tidaklah.. Salah ke kalau kita nak bersimpati? Simpati pun salah eh.. Okay.

Jumaat lepas kitorg berempat g carik rojak sotong terbaik ( Zhul yang kata ). Dari Putrajaya gerak g Jalan Istana dengan CikB kepunyaan Zhul. Meriah. Yang meriah tu Zhul je la. Aku dengan Ara kat belakang elok je duduk diam2. Sambil jaga anak Zhul.

Zhul : okayyyy,pakai tali pinggang semuaaaaa.. (sambil tarik seat belt)
Aku pandang Ara. Ara pandang Aku.
Ara : kitorang nak pakai mcm mana.. Anak kau dah pakai!!

Ni ha. Anak dia. Dah siap2 pakai seat belt dah. Habis kitorg nak pakai apa?







Rojak biasa : RM3.00
Extra Sotong : RM4.50
murah okay.

Jejak Kasih : Zhul dengan En Askar

Rojak Bellamy

Lepas Rojak Sotong, Ina order Mee Goreng Mamak pulak. Dia kan mak tiri. So kitorg kena paksa makan jugak mee tu. Kejam.

Cendol Special. Apa yang special? Ada jagung, kacang merah. Okay.. Special sangat.

Cendol biasa.



Time balik sume takleh berdiri tegak. Sebab? Perut dah ketat. Zhul siap sandar kat meja sementara nak tunggu giliran kat kaunter bayaran. Azab sangat kan.. Tu la makan tak hengat. Aku pun sama gak. Takyah cakap orang. Dalam kereta mata masing2 kejap besar kejap kecik. 

Mak tiri ngan Zhul.

Nak hilangkan ngantuk, korek2 hidung anak Zhul.

Hari sabtu saje promote Rojak Bellamy kat En Gaban. Tapi tak jumpa jalan nak masuk. Apakah? Sila cuba lagi. Zhul, lepas ni Ikan Bakar Rubiah Suparman lak eh, ayah aku promote.



Thank sayangs!




Tata!











Wednesday, July 13, 2011

cara lain untuk melambatkan kerja rasmi

Takde la best mana
tapi dah kawan aku invite
layan kan jelah

Last-last kerja sume terbengkalai
Ira Sha, kau invite aku, aku dah add kau. Tapi kau pulak yang senyap. Last2 mamat negro mana ntah menggeletis kat netlog aku. Hampeh.
Zhul (Sedalam Lubuk Sepantas Tengas), kemain lagi kau kan. Laju je buat akaun Netlog. limauserai sangat.

Tuesday, July 12, 2011

what goes around comes around

Assalamualaikum

Orang kata hidup ni macam roda. Bukan takat orang kata. Dah memang hakikatnya kita pun berpijak atas bumi yang nyata bolat. Memang la kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah. Tapi tula.. Kalau kita pilih untuk jadi manusia jenis busuk hati, berdengki dengan orang, nak jatuhkan orang ni.. Lama mana kita boleh duduk kat atas? Tak payah la kita sibuk sangat nak berdengki dengan orang lain. Time kita rasa kita hebat, dapat apa yang kita hajati, plan-plan kita dah berjaya, boleh gelak-gelak tengok kejatuhan orang lain, sampai masa nanti kita tak tahu nasib kita mcm mana. Semua yang kita ada tu pasti ke kekal ada dalam tangan kita?

Aku takde la sibuk menghitung hari bila tibanya hari kejatuhan kau tiba - mcm mana kau sibuk menghitung hari tunggu aku terjun tingkat 55 sebab tak tahan dijatuhkan. Dari aku sibuk menghitung hari untuk kau, baik aku menghitung hari tunggu hari-hari kebahagiaan yang makin lama makin bertambah ni. Ada jugak maknanya. Bermakna tang mana? Bermakna la, dari jatuh terduduk, skrg dah boleh berlari semula kot.

notajari : jangan busuk hati, jangan jatuhkan orang, jangan tunjuk hebat, jangan buat perangai menjengkelkan. what goes around comes around.

notakaki : buat baik kat orang tak rugi. tak payah nak belagak sangat kalau apa yang kita pegang bukan dari titik peluh kita pun. what a shame.





Thank you sayangs!


Tata!

Monday, July 11, 2011

DIY : Kad Jemputan Perkahwinan

Assalamualaikum

Mood        : bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang pekerjaan.
Niat           : nak buat sebanyak mungkin perkara dengan idea dan kerja tangan sendiri.
Alasan       : jenis nak buat semuanya sendiri.
Sebab        : nak kan kepuasan.
Keputusan : lantak kau lah!











Cadangan DIY tu baru je 70% siap. Material sebenar belum decide lagi. Belum buat decoration lagi. Nanti dah deco deco aku buat entri baru k ( mcm ada org nak amek tau jek. haha! ). No reason sebenarnya. Lebih kepada cetusan idea merapu di kala malam membosankan diri. Tak salah kan buat draf dulu. Kertas kerja pun kena buat draf, ni kan pulak untuk kepuasan diri sendiri. Hahaha. Harus ada draf untuk dibentangkan di majlis-majlis tertinggi. Orang sibuk pergi PICC tengok pameran pengantin, tempah, bayar deposit pastu dok diam2, aku geletis sangat mereka bentuk, reka letak, reka buang mcm2. The best designer malas carik jauh2. Ayah aku sahaja. Anak bagi bisnes kat bapak. Okay kan.. Hahaha. Motif kaler pink? Aku kan perempuan. Motif kaler kuning? Match dengan kulit sendiri. Boleh? Kalau tak boleh pun aku bolehkan jugak. Jangan kaler merah atau hitam okay la kan?

Alasan kenapa mesti kaler kuning?


Bukan penyokong Bersih 2.0 okay!! Matching dengan kulit tang mana makcik? Kulit tangan kau ke?



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)


Tata!

Haram Okay!

Assalamualaikum

Perhimpunan HARAM dah berakhir. Kot. Ntah. Konsert terkinja-kinja tak haram? Sambut tahun baru berpeluk lelaki perempuan tak haram? Sambut Valentine's Day sampai hotel penuh kena booked tak haram? Lelaki perempuan cium mulut kat Pavi ( bajet New York ) tu tak haram?

Aku tak la kata aku sokong Baju Kuning Tulisan Bersih tu. Tapi aku tertanya-tanya sendiri bila ada benda yang perlu dipandang tapi terlepas pandang atau sengaja lepas pandang. Generasi muda yang join Baju Kuning Tulisan Bersih tu haruslah dipandang. Tapi generasi muda yang banyak buat kerja-kerja haram kat Kuala Lumpur taknak pandang ke. Berapa ramai sangat yang jadi designer harumkan nama Malaysia kat Paris. Tapi gila ramai generasi adik-adik g sekolah mak bagi duit belanja tayang lurah macam model Tyra Banks terlebih inci kat pinggang.

Sebab tu biarlah orang nak kata ' aku lepak Starbucks, kau lepak Mamaks? ' Aah. Teh ais dua, lepak sampai lebam. Kalau mak bapak kitorang nampak pun takde la istilah kantoi berpeluk pinggang. Air habis order lagi. Langsung tak minat nak angkat Pavi, Starbucks, ntah apa-apa yang mcm mewah tu bagos sgt. Carik kampung orang asli baru la Khatulistiwa.

Tetiba emosi lepas baca entri En Kobakoya. Syabas En.K.



Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)



Tata!


Friday, July 8, 2011

Lollipop Tree



Lollipop.
Cenderahati untuk kanak-kanak yang datang kenduri kawen. Okay kan.
:)


Wednesday, July 6, 2011

I hate u!!!!!!!

Assalamualaikum

Terima kasih atas segalanya. Aku dah usaha yang terbaik. Tapi sape lah aku nak mengharap segalanya indah, happy, bahagia, bunga2 cinta, honeymoon dan yang seangkatan dengannya. Kenapa la baru sekarang kau cuba memberi tekanan kat aku. Kenapa tak cakap awal2 dulu? Last2 minit baru nak cancel itu ini, nak mula dengan yang baru. Kelam kabut okay. Semalam balik rumah pun tak senang hati. Pagi ni? Lagi la.. Tensionnyaaaaaa.. Huhuhuhuhu.. Ingatkan dah nak siap, dah boleh ber'happy2'. Tapi.. Sampai hati musnahkan segalanya.

























I hate you July. Hate you. Yela.. Semua dah siap.. Dah boleh dibuku kan dah pun. Tetiba semalam masa meeting cakap lain pulak. Nak cenggitu, cenggini. Meeting sebelum ni kau tak datang sape suruh. Bila nak present kau nak buat cara lain pulak.. Mintak bengkel segala bagai.. Dalam sebulan ni jugak? Kalau sempat. Kalau tak sempat buat internal sudah. Tak payah nak tepi pantai sangat. Ni pun dah 7hb. Tolak sabtu ahad.. Nampaknya sabtu ahad pun kena punch card jugak lah. Wahaha.. Patut la hati tak sedap je bila masuk bulan Julai. Dok fikir, apa la aktiviti bulan Julai eh.. Sekali nah amek kau! Dateline singkat, kerja tak hengat. Ni last entri kot utk bulan Julai. Hahaha..








Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini :)




Tata!




Monday, July 4, 2011

Secara Logik : Perempuan mesti la back-up perempuan kan? Takkan nak back-up lelaki pulak

Assalamualaikum

Ehem, ehem! Entri ni untuk orang perempuan sahaja okay.. Kalau rasa diri tu bukan perempuan baik buat2 xnampak jelah entri ni eh. Bukan apa, takut tersentap mcm mamat sorang tu, susah pulak kan. Back to nature.. Lumrah la orang perempuan akan backing orang perempuan. Tak tau la kalau ada jugak yang g backing orang lelaki. Kecuali la dah sah-sah orang perempuan tu jenis datang dari neraka kan.

Punca backing mem'backing' ni terjadi bila En Gaban suruh aku like satu page ni ( kita panggil page Double U je k ). Katanya best. Aku pun g lah kat wall En Gaban. Ada la sorang mamat ni post page Double U  tu kat wall En Gaban. So aku pun tengok la apa yang bestnya. Kalau betul best baru la aku like. Kalau takat promote2 barang murah baik takyah. Start dari atas semuanya okay.. Takde la best mana pun. Sama je mcm page2 lain. Tetiba bila sampai kat bahagian agak tengah la jugak ( bengongnya ayat ) aku nampak sorang perempuan ni post  sesuatu. Dia mintak maaf kat page Double U tu. Beriya2 la perempuan tu mintak maaf. Panjang berjela la perempuan tu tulis. Lepas tu aku tengok komen ada la dari fan2 lain, okay je. Tapi bila part page Double U tu sendiri komen.. Tak melambangkan profesionalisme langsung. Aku tak tau la brape ramai admin page tu. Tapi semua admin nak maki hamun kat situ gak. The best part is, ada admin panggil perempuan tu ' betina '. Lain2 suruh perempuan tu ' berambus ' dari page tu. Ayat admin2 tu semua sangat sopan, indah dan sedap mata membaca.

So aku pun tak jadi la nak like page cenggitu. Aku takde la nak hanggin ribut taufan katrina.. Tapi bila seorang perempuan mintak maaf secara terbuka, mengakui kesilapan dia secara terbuka tapi kena panggil 'betina' lak, aku sebagai perempuan tak banyak sikit ada la jugak angin. Walaupun aku tak kenal sape ntah perempuan tu tapi dia perempuan dan aku pun perempuan. Panggil orang 'betina' di laman terbuka mcm tu di mana profesionalisme admin?

Disebabkan aku takde peluang nak ber'sms' dengan En Gaban, aku tinggalkan la komen kat wall post page Double U yang elok je bertepek kat wall En Gaban, dengan harapan En Gaban baca. Aku just persoalkan sape page Double U tu dan kenapa elok sgt bhs yang dia gunakan kpd seorang perempuan yg meminta maaf secara terbuka? Tapi En Gaban itu slow.. Bukan dia yang baca. Orang lain lak yang baca.. Orang itu ialah mamat yang meng'post' page Double U ke wall En Gaban. Maknanya komen aku utk En Gaban sampai ke dia jugak. ( korang paham tak ni eh? hahaha ).



"aik ? kenapa adik nak ngamuk nik ? adik, bg salam dulu na, Assalammualaikum, kan mulia tu. Asami Syima tu hanyalah propa semata2.. dia adalah dalang kepada hakers facebook. dia punca kepada fitnah antara user n admin. So, dia punya perangai admin wujud dah kantoikan dia, sebab dia jugak page misteri & keajaiban alam (fake & fact) dah kena hack dgn hakers yg x bertanggungjawab. apa yg dia minta maaf itu adalah drama semata2, kami dah kenal cara pompuan jenis macam tu.. itu lah adik jarang tgk page tu kot sbb tu adek x tau.. dalam dunia ni x semestinya pompuan tu baik when time kita nampak dia bertudung n minta maaf open, hati dia kita x tau pun kan.. kenapa ? adek terasa ka ?"



Ohhh.. Paham la gua.. Perempuan tu hacker apa ntah.. Tapi Tuan-Tuan sekalian.. Para wanita seperti saya ni kalau ternampak, terbaca, terdengar orang perempuan kena maki.. Sure la para wanita mcm saya ni tidak menyukai nya. Hanya orang2 yang dah sayang dengan page tu je tau hal sebenar kan.. Orang mcm saya yang jarang ( bukan jarang, bru 1st time ) tengok page tu mesti la pelik, kesian dekat perempuan tu.. Sedap2 je kena 'betina' dengan engkorang.

Lagi dilayan lagi menjadi sebenarnya. Be professional. Page kat FB tu sepatutnya jadi pemangkin kepada pembangunan minda rakyat. Bukan tempat nak kumpul fans teramai. Ramai gila like page A, tapi tak pernah hidup pun. Takat post ' morning all ' kejadahnya. Buat la page yang boleh merangsang minda masyarakat, aktiviti berbincang tentang metabolisme ke, cara nak tingkatkan mutu permainan sukan negara ke.. Aku tau ramai yang kat luar sana tu yang statusnya 'orang biasa-biasa' sahaja tapi idea diorg luar biasa.

Minah tu hacker, okay lah. Nak buat mcm mana dah dia pilih untuk jadi hacker kan. Tapi kita sebagai manusia, jangan la senang2 nak maki orang depan khalayak. Aku takde la nak angin sangat. Angin sikit jela sebab tengok perkataan 'betina' tu. Lepas diterangkan rupanya perempuan tu ialah seekor hacker, still aku rasa tak payah la nak panggil dia dengan bhs2 caruts sume tu. Kalau betul dia tu bikin panas, bagi jela penumbuk saploh kali. Tak boleh nak bagi penumbuk? Diam jela. Lagi dilayan lagi menjadi. Tak pasal2 orang yang baru 1st time intai page engkorang dah salah anggap. Wahahaha.. Yelah, minah tu dah sah2 buat drama ( mcm yg diterangkan di atas ) buat skrip minta maaf, sure la aku kesian kan? Yang page tu lak tak buat drama.. Terus hentam maki hamun segala benda, sure la aku pelik kan? Plus dia perempuan, perempuan kena la backing perempuan. Ahaks!!

Yang si perempuan tu aku taktau la betul ke jawatan dia hacker atau tak, aku taknak amek tau. Aku takde pun nak backing dia lebih2. Cuma sifat kewanitaan aku terlalu menebal tu yang memaksa aku komen kat wall En Gaban. Anyway, kepada mamat yang terpaksa aku rahsiakan namanya tu, saya belum naik angin lagi.. Belum. En Gaban je tau saya punya angin mcm mana. Sekali jin saya dah keluar memang susah la nak suruh dia masuk balik. Terasa pun tak jugak. Sebab saya bukan emak kepada perempuan itu. CUMA, perkataan betina tu tak patut tertera di page secara terbuka.

Kalau ada lagi para lelaki nak sentap jiwa lepas baca entri ni baik tak payah lah eh. Takde apa yang nak di sentapkan. Aku cuma rasa terpanggil ( bluweekk ) untuk membebel kat sini sebab perkataan betina tu terlalu sadis untuk dipergunakan secara terbuka. Perempuan mesti la back-up perempuan. Hormon kami sama dude!




 Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca entri ini :)



Tata!